Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Semporna

PENGENALAN

Bidang kerja sosial perubatan wujud sebagai satu perkhidmatan yang menguruskan fungsi psikososial individu, keluarga dan komuniti bagi membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Praktis kerja sosial perubatan berasaskan kepada pengetahuan dalam bidang kerja sosial yang merangkumi aspek psikologi, antropolgi & sosiologi, perundangan sosial dan aspek kesihatan. Praktis kerja sosial perubatan merupakan aplikasi kerja sosial untuk menangani ketidakfungsian fizikal, sosial dan psikologi melalui kaedah kerja kes, kerja kumpulan dan kerja komuniti. Perkhidmatan diberikan dalam bentuk bantuan praktik dan terapi sokongan.

Secara amnya, Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan menangani pelbagai isu biopsikososial yang melibatkan pendekatan multi-disiplin dalam mencapai objektif total patient care. Perkhidmatan yang disediakan adalah untuk memberi bantuan psikososial kepada pesakit semasa proses rawatan, pemulihan dan pencegahan. Perkhidmatan ini membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi lebih produktif, berdikari dan kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.



VISI

Memastikan keperluan psikososial klien dipenuhi bagi mencapai kesihatan dan fungsi sosial klien ditahap optimum.

 

MISI

Memberikan perkhidmatan cemerlang dengan sentiasa meningkatkan kualiti kerja bagi memenuhi keperluan psikososial klien.  

 

OBJEKTIF

  • Mengenalpasti jenis bantuan praktik yang bersesuaian dengan keperluan kes setelah penilaian biopsikososial dijalankan
  • Memastikan permohonan bantuan praktik (bantuan kewangan dan lain-lain) diproses dalam tempoh masa yang telah ditetapkan (7 hari masa bekerja)
  • Membantu memulihkan kefungsian sosial klien agar menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti seiring keupayaan klien

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap klien akan dilayan dengan mesra, jujur, ikhlas dan bersopan santun.
  • Setiap klien akan diberi perkhidmatan secara professional.
  • Setiap klien akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan pelan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
  • Setiap klien akan diberi jaminan bahawa kehormatannya akan dipelihara semasa menerima perkhidmatan. Kerahsiaan klien akan dilindungi dan hanya boleh diberitahu dengan pihak tertentu dengan keizinannya serta tertakluk kepada undang-undang.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Penjagaan Pesakit Dalam & Luar

Perkhidmatan diberikan kepada kedua-dua pesakit dalam (wad) dan luar (Klinik Ulangan, Kecemasan) berpandukan rujukan Pegawai Perubatan dan keperluan klien selepas penilaian biopsikososial dijalankan.

Waktu Operasi

Unit Kerja Sosial Perubatan beroperasi pada waktu bekerja pejabat seperti pada jadual dibawah mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bagi negeri Sabah:

HARI

PAGI

TUTUP

PETANG

ISNIN - KHAMIS

8.00 pagi – 1.00 petang

1.00 petang – 2.00 petang

2.00 petang – 5.00 petang

JUMAAT

8.00 pagi – 11.30 pagi

11.30 pagi – 2.00 petang

2.00 petang – 5.00 petang

SABTU / AHAD 

& CUTI UMUM

TUTUP

 

Skop Perkhidmatan (Detail)

1. Fungsi Utama

Memberikan perkhidmatan Bantuan Praktik dan Bantuan Terapi Sokongan melalui rujukan Pegawai Perubatan bagi klien yang memerlukan bantuan sesuai dengan keperluan klien pada masa tersebut.

2. Produk Perkhidmatan  

Bantuan Praktik :

  • Bantuan Kewangan ( Peralatan / Ubatan / Rawatan / Bantuan Am)
  • Penempatan Institusi ( Warga Emas, Gelandangan dan lain-lain)
  • Mengesan waris

Bantuan Terapi sokongan :

  • Khidmat Perundingan
  • Sokongan Emosi
  • Intervensi Krisis


3. Kaedah Pemberian Perkhidmatan

Pemberian perkhidmatan adalah melalui rujukan oleh Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan dengan menggunakan borang rujukan unit (HSPN)Bor/UKSP/020 yang telah diedarkan kepada setiap unit/wad.

4. Sistem Penyampaian Perkhidmatan

Sistem penyampaian akan disalurkan oleh agensi-agensi berkaitan melalui:

i. Pembayaran terus kepada pembekal (bagi bantuan melibatkan peralatan / Ubatan bergantung kepada agensi pemberi bantuan)

ii. Pengkreditan langsung ke akaun klien (bagi permohonan bantuan kewangan kepada agensi luar pemberi bantuan) ataupun pemberian tunai sekaligus bagi bantuan yang melibatkan jumlah yang kecil tidak melebihi RM400.00 yang akan dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atas penggunaan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia hospital Semporna

 

POLISI OPERASI UMUM

1. Rujukan Pesakit Dalam & Pesakit Luar

i. Perkhidmatan Unit Kerja Sosial Perubatan diberikan untuk pesakit dalam dan luar (Wad dan luar wad) 

ii. Prosedur perkhidmatan hanya boleh dijalankan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang berkelayakan dan petugas yang diberikan kuasa untuk menjalankan tugas-tugas Pegawai Kerja Sosial Perubatan

iii. Rujukan pesakit mestilah melalui Pegawai Perubatan dengan menggunakan borang rujukan Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Semporna dan dihantar kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan. 

iv. Bagi pesakit yang dirujuk dari luar (Klinik Kesihatan) hendaklah dirujuk melalui Pegawai Perubatan hospital 

ii. Temubual dan intervensi akan dijalankan dalam tempoh 24 jam selepas rujukan. Temujanji akan ditetapkan sekiranya perlu.

 

2. Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit

i. Kaedah penyimpanan rekod pesakit dalam kabinet besi berkunci dan berpalang

ii. Pemantauan dilakukan oleh Unit Rekod Perubatan secara berkala yang akan ditetapkan oleh Unit Rekod Perubatan.

iii. Sistem penyusunan rekod pesakit mengikut sistem MTDFS (Modified Terminal Digit Filing System)

iv. Format pendaftaran adalah mengikut maklumat Buku Daftar Pesakit atau Sistem Maklumat Rawatan Pesakit SMRP)

 

3. Bayaran Perkhidmatan

Bayaran bagi perkhidmatan Unit Kerja Sosial Perubatan adalah secara percuma. Namun, perkhidmatan hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.

 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan

UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN 
HOSPITAL SEMPORNA