PENGENALAN
Unit Patologi merupakan Unit Sokongan Klinikal yang terletak bersebelahan dengan Klinik Lawatan Pakar.
Perkhidmatan Patologi Hospital Semporna adalah bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan perawatan pesakit yang selamat, cekap dan berkualiti.
Visi
Menyediakan perkhidmatan Patologi yang cekap, tepat dan berinovasi berlandaskan sistem pengurusan berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.
Misi
Perkhidmatan Patologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang, menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan, berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisma demi kecemerlangan rawatan pesakit.
Objektif
A. Kecepatan (Timelines)
- LTAT* untuk urgent test seperti FBC, PT, PTT, INR, BUSE, Glukosa, Sr. Bilirubin untuk bayi, UPT dan UFEME dalam masa 1 jam.
- LTAT untuk kes bukan urgent yang dijalankan setiap hari akan siap dalam masa 3 jam.
- Ujian berkala dalam satu minggu seperti LFT dan lain-lain.
- LTAT untuk ujian keserasian darah dalam masa 45 minit.
B. Kecekapan
- Semua anggota mencapai tahap 90% dalam ujian kecekapan (profiency testing).
C. Ketepatan (Accuracy)
- Menentukan semua keputusan ujian dalam julat 95% confidence level.
- Zero defect dalam perkhidmatan transfusi darah.
*LTAT = Lab Turn Around Time
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan jujur, mesra, hormat dan bertimbang rasa.
- Setiap ujian yang diminta akan diberi penerangan yang lengkap dan jelas apabila perlu.
- Setiap spesimen yang diminta akan dikendalikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
- Setiap ujian yang akan dijalankan dengan cepat dan tepat dengan menggunakan teknologi yang sesuai serta sumber yang sedia ada.
- Semua ujian yang segera akan dikendalikan dengan serta merta.
- Segala maklumat adalah sulit.
SKOP PERKHIDMATAN
- Menyediakan perkhidmatan diagnostik, saringan dan pemantauan dalam pelbagai disiplin Patologi seperti Patologi Kimia, Mikrobiologi, Hematologi, Serologi, dan Transfusi Darah.
- Memberi perkhidmatan rundingcara kepada Pegawai Perubatan atau kakitangan lain yang berkaitan berkenaan ujian yang dilakukan untuk pengdiagnosan penyakit, pemilihan siasatan ujian makmal, tafsiran dan ujian ulangan jika diperlukan.
- Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dalam pengurusan penjagaan pesakit dengan membantu dalam memberi ulasan dan penilaian klinikal mengenai pendiagnosan pesakit.
- Menyediakan bekalan darah yang diperlukan untuk kegunaan transfusi darah kepada pesakit.
- Merancang strategi aktiviti kempen derma darah untuk memenuhi keperluan Perkhidmatan Perubatan Transfusi Hospital Semporna.
- Memberi pendidikan kepada pelbagai lapisan masyarakat berkenaan kepentingan menderma darah dan faedahnya melalui pameran poster/ banner serta ceramah-ceramah yang diadakan.
- Menghantar sampel-sampel ke makmal rujukan seperti di Jabatan Patologi Hospital Queen Elizabeth, Jabatan Patologi Hospital Tawau, Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKAKK), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi ujian-ujian yang tidak dilakukan di Unit Patologi & Perubatan Transfusi Hospital Semporna.
Perkhidmatan yang disediakan
Merangkumi perkhidmatan asas bidang Patologi Kimia, Hematologi, Mikrobiologi, Serologi dan Transfusi Darah.
- Patologi Kimia
- Clinical Chemistry
- Urinalysis
- Profile test: Liver Function Test (LFT), Renal Profile (RF)
- Arterial/ Venous Blood Gases
- Stool Occult Blood
- Urine Pregnancy Test
- Troponin I
- Hematologi
- Full Blood Count (FBC)
- Reticulocyte Count
- Ujian Koagulasi, Activated Partial Prothrombin Time (APTT)
- Ujian Koagulasi, Prothrombin Time (PT/INR)
- Peripheral Blood Film (PBF)
- Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR)
- Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD) Deficiency Screening
- Mikrobiologi
- Gram Stain
- Indian Ink Stain for CSF
- Blood Smear for Malaria Parasite (BSMP)
- Blood Smear for Microfilaria
- Stool Parasite (ova & cyst)
- CSF, Sputum, Respiratory spesimen, Sterile body fluids and Urine for AFB
- Rectal Swab Culture for Vibrio cholerae (RSVC)
- Blood Culture (Botol positif dihantar ke Jabatan Patologi Tawau untuk pengenalpastian bakteria dan ujian antibiotik)
- Serologi
- Anti-streptolysin O Titer (ASOT)
- Dengue NS-1 Antigen
- Dengue IgM/IgG
- Leptospira Rapid Test
- Rapid Plasma Reagin (RPR)
- Rheumatoid Factor (RF)
- Rapid Antigen Test for COVID-19
- Transfusi Darah
- Blood Grouping – ABO dan Rh (D)
- Coombs Test
- Group, Screen and Hold (GSH)
- Grouping and Crossmatching (GXM)
- Ujian-ujian yang dirujuk
Ujian-ujian yang tidak ditawarkan di Unit Patologi & Perubatan Transfusi akan dirujuk ke Jabatan Patologi Hospital Tawau dan makmal rujukan yang berkaitan mengikut polisi penghantaran spesimen yang ditetapkan.
- Permohonan Ujian Makmal
- Permohonan ujian hanya boleh diminta oleh Pegawai Perubatan atau pegawai yang diberi kuasa.
- Semua permintaan ujian hendaklah menggunakan borang patologi yang standard (PER-PAT 301) kecuali untuk ujian-ujian khas tertentu dan borang hendaklah diisi dengan lengkap.
- Semua sampel pesakit berserta dengan borang permintaan ujian yang diterima di kaunter akan disemak dan jika tidak mematuhi kriteria akan ditolak.
- Spesimen yang diterima di kaunter penerimaan akan direkod (seperti: tarikh, nama pesakit, IC/RN) dan diagihkan ke seksyen-seksyen yang berkenaan.
- Spesimen yang sudah direkodkan akan diproses dan seterusnya ujian dilakukan sebagaimana yang diminta oleh pegawai perubatan, mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan keputusan ujian bersama maklumat pesakit akan direkodkan secara manual.
- Spesimen-spesimen di mana ujian tidak dijalankan pada hari yang sama akan diproses (spin and separate plasma/ serum) dan seterusnya disimpan di dalam peti sejuk pada suhu yang ditetapkan.
- Spesimen yang perlu dihantar ke makmal rujukan akan diproses, disimpan, dibungkus dan dihantar melalui kereta jabatan atau melalui pos mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
- Ujian-ujian yang dilakukan, samada secara manual atau automation, adalah mengikut protokol atau prosedur yang standard.
- Definisi ujian segera/ STAT ialah, ujian yang perlu dilakukan dengan serta merta untuk rawatan pesakit yang kritikal.[1] Semua ujian segera hanya boleh diminta oleh Pegawai Perubatan sahaja dan borang permohonan ujian perlulah mempunyai 3 kriteria berikut:
- Borang yang lengkap dengan ringkasan klinikal dan diagnosis yang ditulis sendiri oleh Pegawai Perubatan
- Cop STAT, dan
- Cop dan tandatangan Pegawai Perubatan yang memohon ujian
- Keputusan ujian segera akan dikeluarkan mengikut turn-around-time (TAT) yang telah ditetapkan.
- Ujian berikut boleh diminta jika BUKAN KES MEDICO LEGAL oleh Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Unit Kecemasan & Trauma sahaja.
- Blood Urea Serum Electrolytes (BUSE)
- Urine FEME (Full Examination Microscopic Examination)
- Urine Pregnancy Test (UPT)
- Full Blood Count (FBC)
- Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR)
- Permohonan bagi ujian-ujian yang tidak dijalankan di Unit Patologi & Perubatan Transfusi dan perlu dirujuk ke makmal rujukan hanya boleh diminta oleh Pegawai Perubatan dan tertakluk kepada syarat-syarat dikuatkuasakan oleh institusi rujukan.
- Borang Permintaan Ujian
Semua permintaan ujian makmal hendaklah diisi dengan lengkap dan menggunakan borang-borang seperti berikut:
- Borang PER-PAT 301 - Permintaan ujian makmal Patologi Kimia, Mikrobiologi, Hematologi, Serologi dan lain-lain ujian.
- Borang TBIS 20C - Permintaan ujian Tibi
- Borang permintaan ujian pengesanan dadah dalam air kencing
- Borang Path/Hbe/1/2006 - Hb Electrophoresis
- Borang IMR/SDC/BC/FORM-RQ - IEM
- Borang PS 1/98 (pindaan 2007) - Permintaan Ujian Saringan Pap Smear
- Borang Permohonan Transfusi Darah
- Borang TR01/2014 - Transfusion Reaction Investigation
- Lain-lain borang
Borang yang dikeluarkan oleh makmal rujukan atau institusi lain
- Borang Permintaan ujian untuk Measles (MSLF01:2004)
- Borang Permintaan Ujian MERS-COV
- Borang Permohonan Bagi Pemeriksaan Forensik/ Toksikologi (Kimia 15- Pin.2/2016)
- Lain-lain borang
Borang permohonan hendaklah diisi menggunakan pen mata bulat dengan maklumat yang lengkap, jelas yang merangkumi identiti pesakit seperti:
- Nama penuh pesakit
- Nombor pendaftaran perubatan
- Tarikh lahir
- Jantina
- Nombor kad pengenalan / passpot
- Ujian yang diminta
- Pegawai yang memohon / meminta
Borang permohonan hendaklah berasingan mengikut disiplin dan satu borang untuk setiap permintaan ujian yang dirujuk ke Unit Patologi & Perubatan Transfusi. Borang yang tidak lengkap dan tidak sesuai akan ditolak dengan menggunakan notis penolakan spesimen.
- Pungutan spesimen, bekas dan label
- Spesimen hendaklah diambil mengikut Garispanduan Pungutan Spesimen Makmal dan dihantar ke Unit Patologi & Perubatan Transfusi bersama dengan borang permohonan ujian.
- Bekas spesimen hendaklah dilabel dengan butiran seperti berikut:
Nama pesakit :
IC/Reg no :
Spesimen :
- Bekas spesimen boleh didapati dari makmal pada waktu pejabat (hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja) dengan memesan menggunakan Borang Pesanan Makmal.
- Jenis-jenis dan kegunaan utama konsumabel yang dibekalkan oleh makmal adalah seperti berikut:
|
BIL |
NAMA BOTOL |
BOTOL |
KEGUNAAN |
|
1 |
BACTEC Plus Aerobic/F |
|
Untuk pengulkuturan and pemencilan mikroorganisma (bakteria dan yis) aerobik dari specimen darah. |
|
2 |
BACTEC Lytic/10 Anaerobic/ F Culture Vial |
|
Untuk pengulkuturan and pemencilan mikroorganisma anerobik dari specimen darah. |
|
3 |
BACTEC PEDS Plus |
|
Untuk pengulkuturan and pemencilan mikroorganisma (terutamanya bakteria dan yis) aerobik dari specimen darah. |
|
4 |
BACTEC Myco/F LYTIC |
|
Untuk pemencilan Mikobacteria, yis dan kulat dari spesimen darah dan sterile body fluids. |
|
BIL |
NAMA TIUB |
TIUB |
KEGUNAAN UTAMA |
|
5 |
Microtube Plain |
~5cm |
Untuk ujian biokimia, serologi dan sebagainya bagi kanak-kanak berumur 1 tahun ke bawah. |
|
6 |
Microtube EDTA |
~5cm |
Untuk ujian-ujian hematologi seperti FBC dan ESR bagi kanak - kanak berumur 1 tahun ke bawah. |
|
7 |
Microtube Sodium Citrate |
~5cm |
Digunakan untuk ujian-ujian koagulasi (PT dan APTT) bagi kanak-kanak berumur 1 tahun ke bawah; Darah WAJIB diisi sampai paras yang ditetapkan untuk mendapat keputusan yang tepat. |
|
BIL |
NAMA TIUB |
TIUB |
KEGUNAAN UTAMA |
|
8 |
Plain Tube |
|
Untuk kebanyakkan ujian biokimia, serologi, terapeutic drug minitoring (TDM) dan sebagainya. |
|
9 |
EDTA Tube |
|
Untuk ujian - ujian hematologi seperti FBC,ESR, ABO Grouping, GXM, Coombs Test dan sebagainya. |
|
10 |
Sodium Citrate Tube |
|
Untuk ujian-ujian koagulasi (PT dan APTT); Darah WAJIB diisi sampai paras yang ditetapkan untuk mendapat keputusan yang tepat. |
|
11 |
Sodium Fluoride Tube |
Untuk ujian serum glukosa. |
|
BIL |
NAMA BEKAS |
BEKAS |
KEGUNAAN |
||||
|
12 |
Universal Container |
Pengumpulan sampel air kencing, body fluids, pus, tissue, sampel HPE yang kecil dan sebagainya. |
|||||
|
13 |
Urine Container with Boric Acid |
|
Pengumpulan sampel air kencing bagi tujuan pengkulturan (Urine C&S). |
||||
|
14 |
Stool Container |
|
Pengumpulan sampel najis bagi ujian-ujian selain Stool C&S seperti stool ova and cyst, stool occult blood dan sebagainya. |
||||
|
15 |
Sputum Cup |
Pengumpulan sampel- sampel sputum seperti Sputum C&S, AFB, MTB C&S dan sebagainya. |
|||||
|
16 |
ESR Tube |
|
Untuk pengumpulan sampel darah bagi ujian ESR sahaja. |
||||
|
17 |
Small Platic Tube |
Untuk pengumpulan sampel CSF dan body fluids yang berisipadu rendah. |
|||||
|
BIL |
NAMA MEDIA |
MEDIA |
KEGUNAAN |
||||
|
18 |
Selenite F Broth |
Pengumpulan sampel najis bagi ujian Stool C&S. |
|||||
|
19 |
Alkaline Peptone Water |
Pengumpulan sampel rectal swab bagi pemencilan Vibrio cholerae (RSVC). |
|||||
|
20 |
Virus Transport Media (VTM) |
Pengumpulan sampel yang perlu diuji untuk virus, seperti MERSCoV, Influenza dan sebagainya. |
|||||
|
21 |
Amies Transport Media |
Pengumpulan sampel Swab C&S. |
|||||
Lain-lain konsumabel
|
BIL |
NAMA KONSUMABEL |
KONSUMABEL |
KEGUNAAN |
|
22 |
Plastik |
Pengumpulan sampel - sampel HPE. |
|
|
23 |
Frosted Slide |
Untuk membuat calitan darah tebal dan nipis bagi ujian BSMP. |
|
|
24 |
Filter Paper |
Untuk ujian G6PD; Boleh digunakan untuk meletakkan sampel HPE yang kecil sebelum masukkan ke dalam formalin dan sebagainya. |
|
|
25 |
Plain Cotton Swab |
|
Sesuai untuk pengambilan sampel untuk dimasukkan ke dalam media pengkulturan. Contohnya untuk ujian Stool C&S dan RSVC. |
|
26 |
DXT Strip |
Untuk ujian glukosa. |
- Tatacara Penyimpanan Media Pengangkutan dan Bekas Spesimen yang Dibekalkan
|
Jenis Peralatan |
Penyimpanan |
Botol Blood Culture |
|
Tiub Darah:
dan sebagainya. |
|
Media yang disediakan in-house:
|
|
Lain-lain Media:
|
|
Bekas dan Lain-Lain Konsumabel:
dan sebagainya. |
digunakan. |
|
Jenis Peralatan |
Penyimpanan |
Glucostrip |
|
- Penghantaran Spesimen ke Makmal
- Spesimen hendaklah dihantar seberapa segera yang boleh dan diserahkan kepada petugas kaunter makmal. Penghantaran spesimen hendaklah menggunakan bekas tertutup dan buku Nota Hantaran Spesimen yang perlu ditandatangani oleh anggota makmal yang menerima.
- Spesimen yang diterima kurang daripada 30 minit sebelum waktu kerja akan diproses pada sesi kerja berikutnya kecuali ujian kecemasan, JTMP bertugas hendaklah dipanggil. Spesimen yang tidak menepati spesifikasi dan tidak cukup untuk tujuan ujian akan ditolak.
- Penolakan Spesimen
- Polisi penolakan spesimen ini digunapakai apabila spesimen atau borang permintaan ujian yang tidak memenuhi kriteria atau protokol pemungutan sampel dan tidak sesuai untuk dijalankan ujian, yang diterima pakai di Unit Patologi & Perubatan Transfusi Hospital Semporna.
- Spesimen yang diterima akan diperiksa kesesuaiannya terlebih dahulu. Spesimen yang tidak memenuhi protokol pemungutan sampel dan memenuhi mana–mana kriteria penolakan spesimen tidak akan dijalankan ujian (sila rujuk kriteria penolakan spesimen).
- Rekod penolakan spesimen:
- Butir – butir spesimen yang ditolak direkod dalam Buku Rekod Penolakan Spesimen.
- Sebab – sebab penolakan spesimen dicatatkan atau dicopkan pada borang permintaan ujian, jika perlu sertakan / kepilkan memo penolakan spesimen.
- Borang permintaan ujian dihantar ke pigeon hole untuk tindakan wad atau unit berkenaan.
- Untuk spesimen ‘segera / urgent’ maklumkan wad atau unit berkenaan tentang spesimen yang yang ditolak.
Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan
UNIT PATOLOGI
HOSPITAL SEMPORNA