PENGENALAN
Unit Hemodialisis Hospital Semporna telah beroperasi selama 17 tahun iaitu sejak tahun 2005 di Daerah Semporna. Pada ketika itu bilangan pesakit adalah 4 orang sahaja dan kian bertambah setiap tahun kepada 38 orang pada tahun 2022,sejajar peningkatan kesedaran dan kefahaman orang awam tentang rawatan Hemodialisis. Unit Hemodialisis Semporna terletak bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Semporna.
VISI
Menjadi Pusat Rawatan Hemodialisis yang terbaik di Sabah.
MISI
Menyediakan perkhidmatan rawatan yang berkualiti bagi memastikan keperluan pelanggan di penuhi mengikut keupayaan unit ini.
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan rawatan Hemodialisis kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik yang dirujuk oleh Pakar Perubatan/Pakar Nefrologi mengikut syarat yang telah ditentukan.
- Memberi nasihat dan kaunseling serta maklumat mengenai rawatan penyakit kegagalan Buah Pinggang serta memastikan setiap pelanggan mendapat “adequate Dialysis”.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pesakit akan dilayan dengan mesra, baik, bertimbang rasa, sopan santun, jujur, ihklas dan bersedia membantu.
- Setiap pesakit akan didaftar dalam masa 15 minit.
- Setiap pesakit akan menjalani rawatan Hemodialisis sekurang- kurangnya 4 jam setiap kali rawatan dan 3 kali seminggu kecuali jika ada masalah yang tidak dapat dielakkan.
- Masa menunggu untuk rawatan hemodialisis tidak melebihi 60 minit dari masa yang telah ditetapkan kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan termasuk perkara seperti berikut:
-
- Mesin mengalami kerosakan
- Mesin terpaksa digunakan untuk kekecemasan.
- Gangguan bekalan elektrik.
- Gangguan bekalan air.
PENTADBIRAN UNIT HEMODIALISIS
Unit hemodialysis ialah satu unit yang memberi rawatan dialysis yang ditubuhkan Khas untuk merawat pesakit ‘END STAGE RENAL FAILURE STAGE 5’.
Pengambilan masuk kes-kes ‘Chronic Renal Failure’yang tetap hendaklah dibawah bidang kuasa jawatankuasa pemilihan. Jawatankuasa ini salah seorang ahlinya adalah daripada pakar nefrologi.Pakar perunding nefrplogi akan mempengerusikan jawatankuasa ini.Proses pemilihan dan kriteria adalah seperti berikut:
- Masa menunggu
-
- Tempoh dalam senarai menunggu adalah kriteria utama untuk penerimaan.
- Kumpulan “Priority”
a) Pesakit yang mengalami kegagalan allograft seperti kegagalan ‘Renal transplantation di Hospital kerajaan.
b) Pesakit peritoneal di Hospital KKM yang memerlukan perubahan.
c) Pesakit yang dipindahkan dari unit dialysis KKM yang lain.
d) Kanak-kanak
e) Faktor lain yang perlu diambil kira termasuk:Pekerja kerajaan(dan tanggungan mereka) dan status social ekonomi.
3. Pengambilan dan kemasukan pesakit adala berdasarkan, siapa dahulu dia dapat (First come first serve).
4. Warganegara Malaysia yang disahkan benar Kad Pengenalan mereka oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
5. Warganegara Asing tidak dibenarkan untuk menerima rawatan “long term Haemodialysis” kecuali pesakit yang dimasukkan ke wad (untuk kes Kecemasan sahaja).
6. Pegawai Perubatan tidak dibenarkan dengan sewenang- wenangnya memasukkan pesakit ke dalam program rawatan “Long term Haemodialisis” kecuali dengan kebenaran Pakar Nefrologi dan selepas di mesyuaratkan dan berbincang dengan Penolong Pegawai Perubatan “incharge”unit untuk mendapatkan peruntukan bagi kos rawatan pesakit.
7. Pesakit-pesakit yang diterima dan akan diberi rawatan haemodialisis mestilah terlebih dahulu menjalani ujian darah berikut sebelum proses rawatan boleh dilakukan.
-
- HIV
- Hepatitis B
- Hepatitis C
8. Pentadbiran Unit Hemodialysis dari segi peruntukan stor, alat disposable,Pharmaseutical items dipantau oleh Pegawai Farmasi Intergrasi yang menjaga.
9. Pesakit yang diterima masuk ke dalam program perawatan “long term haemodialysis” hendaklah dibuat Vascular Access seperti berikut :-
-
- Access Kekal (AVF / BCF).
-
- Access Sementara (CVC / IJC / FMC).
10. Semua Access kekal hanya boleh digunakan selepas matang (6- 8 minggu selepas dipasang). Hanya Pakar Vascular, Pakar Perubatan,Pegawai Perubatan dan Kakitangan Unit Hemodialisis sahaja yang boleh mengesahkannya.
11. Pesakit-pesakit yang sesuai akan diajar untuk membuat ‘Self Care dialysis’. Jika tidak ada pembantu atau pengiring,pesakit mestilah mempelajari perkara asas berkaitan dialysis.
12. Layanan yang diberikan kepada semua pesakit adalah sama rata tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama.
WAKTU OPERASI UNIT HEMODIALISIS
Anggota di unit ini bertugas mengikut jadual waktu yang telah disediakan.Hari isnin,rabu dan jumaat ada 3 shif,manakala hari selasa,khamis dan sabtu ada 2 shif.
Unit beroperasi mengikut waktu shif
|
Hari |
Masa Shif pagi |
Shif petang |
Shif malam |
|
Isnin.Rabu,Jumaat (3 shif) |
7.00 pagi–2.00 petang |
11.00pagi–6.00 petang |
1.00petang – 8.00malam |
|
Selasa,Khamis,sabtu (2 shif) |
7.00 pagi – 2.00 petang |
11.00 pagi – 6.00 petang |
Tiada |
|
Ahad |
Hari Rehat |
||
KLINIK PAKAR NEFROLOGI
Klinik pakar Nefrologi diadakan setiap 3 bulan sekali dimana Pakar Nefrologi akan datang Unit Hemodialisis Hospital Semporna.Pesakit akan diperiksa di Unit Hemodialisis.(Bergantung dengan jadual yang disusun oleh Pakar Nefrologi).
HAEMODIALYSIS PATIENT REGISTRATION AND DISCHARGE
1. Patient registration for “Day Care”
1.1 Registration patient particular in the registration book PER-PL101(pind.1/2003) & borang daftar pesakit rawatan harian (per-rh 30(pin.1/2016)
-
- Haemodialysis Registration Number
- Name
- Age
- Race
- Sex
- Identity Card Number (New)
- Address
- Telephone contact number.
- Occupation
- Next of kin (spouse) name
- Diagnosis
- Date registration
- Date Outcome
2. Patient Discharge
2.1 Record into registration book
UJIAN DARAH RUTIN
1 Ujian Darah ada beberapa peringkat mengikut jenis ujian darah iaitu setiap 3 bulan,6 bulan dan setahun sekali.Jenis ujian adalah seperti berikut:Rujuk lampiran 3
- Renal Profile
- Liver Function Test
- Full Blood Count
- Calcium Phosphate
- Intact PTH
- Fasting Blood Sugar
- Iron / TIBC
- Lipid Profile
- Serum Magnesium
- Hep Bs, HCV Ab, HIV for negative patient
- HEP Bs AG, HIV for HCV Ab positive
PEMASANGAN ACCESS SEMENTARA
1. Bagi Access sementara (CVC / IJC / FMC) hendaklah dipasang terlebih dahulu sebelum dilakukan Dialisis dan ciri-ciri keselamatan seperti berikut MESTILAH dipatuhi:-
-
- Memohon keizinan daripada pesakit atau waris terdekat.
- Pastikan posisi yang betul dan selamat di gunakan.
- Pemeriksaan X-ray selepas Access Sementara dipasang untuk memastikan catheter berada di dalam keadaan dan posisi yang betul.
2. Pemasangan acces sementara CVC , IJC , FMC hendaklah dilakukan oleh pegawai perubatan terlatih dan berpengalaman dalam bidang berkaitan.
3. Apabila AVF pesakit yang telah matang dan boleh digunakan atau pesakit tidak lagi memerlukan dialysis, maka catheter hendaklah di “ off ” atau dicabut dan dibuang. Prosedur ini hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Perubatan sahaja.
PEMBERIAN SUNTIKAN ERYTHROPOETIN
1. Suntikan Eprythropoetin hanya boleh diberi kepada pesakit dengan arahan atau kelulusan daripada Pakar Nefrology. Pakar Perubatan yang menanggung tugas hendaklah merujuk semua kes pesakit yang memerlukan suntikan Epoetin kepada pakar Nephrology.
2. Pegawai Perubatan hanya boleh memberi preskripsi suntikan Epoetin kepada pesakit selepas mendapat kelulusan daripada Pakar Nephrology dan selepas berbincang dengan Penolong Pegawai Perubatan Yang Menjaga Unit bagi penyelarasan stok (Epoetin) dan mendapatkan peruntukan tambahan.
REKOD PERUBATAN PESAKIT
1. Rekod perubatan pesakit hemodialisis disimpan di unit Hemodialisis. Urusan peminjaman turut tertakluk kepada prosedur yang telah ditetapkan. Unit Rekod akan melakukan lawatan ke Unit Hemodialisis bagi memastikan peraturan yang telah ditetapkan dipatuhi. Nota rawatan pesakit dialisis (review pakar nefrologi dan Pegawai Perubatan) di simpan di Unit Hemodialisis.
2. Nota rawatan pesakit dialisis (review pakar nefrologi dan Pegawai Perubatan) di simpan di Unit Hemodialisis.
3. Nota pesakit luar/RPP pesakit semasa di wad di simpan dalam satu fail yang sama di Unit Rekod Hospital.
4. Pesakit yang telah didaftarkan di Unit apabila dirujukkan ke Unit Pusat tidak perlu didaftarkan sebagai pesakit baru. Ini adalah kerana National Renal Registry mengendalikan nama-nama
pesakit dari seluruh negara.
5. Kandungan rekod perubatan pesakit hendaklah disemak dan susun atur.
PERKHIDMATAN SOKONGAN
1. Perkhidmatan Domestik (CLS)
i. Kebersihan unit dijalankan oleh perkhidmatan sokongan Hospital selepas diswastakan.
2 Perkhidmatan Penyelenggaraan Aset (FEMS)
- Keperluan perkhidmatan peralatan, bekalan air, elektrikal dan penyelenggaraan bangunan mengikut jadual yang ditetapkan dalam perjanjian penswastaan (HSIP) Sedafiat Sdn Bhd.
3. Pengendalian Sisa Sampah (HWMS)
i. Sisa klinikal dan sisa am di isi dalam plastik mengikut warna yang ditetapkan.
ii. Pembuangan benda tajam ke dalam tong yang di khaskan.
iii. Kutipan sisa dijalankan setiap hari oleh petugas mengikut jadual yang ditetapkan dalam perjanjian penswastaan (HSIP) Sedafiat Sdn Bhd.
4. Perkhidmatan Laundry (LLS)
i. Keperluan dan kebersihan kain yang diperlukan oleh unit dibekalkan oleh perkhidmatan penswastaan Sedafiat Sdn Bhd.
5. Pengendalian Aset (BEMS)
i. Semua asset perubatan hendahlah didaftarkan di Unit Aset dan pastikan ada nombor pendaftaran asset tersebut.Staf MOH hendaklah menjaga dan memastikan peralatan diperiksa mengikut jadual yang ditetapkan supaya asset berfungsi dan selamat digunakan.
KEMASUKAN KE WAD
- Pesakit akan didaftarkan dan maklumat pesakit serta waris akan diambil.
- Pesakit yang dimasukkan ke wad akan diringi oleh Penolong Pegawai Perubatan/Jururawat Terlatih dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
- Harta dan barang-barang kepunyaan pesakit disimpan dan didaftarkan mengikut arahan pengendalian barang-barang pesakit dan dikembalikan kepada waris pesakit jika bersama.
- Bagi pesakit baru yang hendak diberi rawatan dialysis mestilah dimaklumkan kepada kakitangan unit haemodialisis sehari sebelum rawatan dibuat untuk menyeleraskan jadual rawatan dengan pesakit yang sedia ada. Pastikan ujian saringan darah hepatitis B, hepatitis C dan HIV telah dibuat dan keputusannya disertakan bersama dalam fail (case Note) pesakit.
- Kakitangan unit haemodialysis hendaklah memastikan ada keputusan ujian darah pesakit disertakan terlebih dahulu sebelum rawatan dialysis dimulakan.
- Pesakit yang dihantar ke unit hemodialisis untuk menjalani rawatan mestilah diiringi oleh Jururawat wad dan disertakan bersama fail (RRP) pesakit yang telah ditulis arahan (preskripsi) oleh pegawai perubatan dari wad yang terlibat.
- Semua pegawai perubatan yang mengarahkan (preskripsi) rawatan hemodialisis ke atas pesakit mestilah menulis perkara-perkara berikut di dalam fail pesakit :-
-
- UF { Ultrafiltration }
- QB { Blood Pump }
- QD { Duration of Rx }
- Type of heparinization, sila tulis samada :-
-
-
- Normal heparine
- Tight heparine
- Free heparin
-
Arahan rawatan ini mestilah ditandatangani pegawai perubatan berkenaan di dalam ‘RPP’ pesakit.
- Semua pesakit yang diarahkan untuk transfusi darah dari wad semasa rawatan dialysis, akan dipasang oleh kakitangan di unit hemodialisis ketika rawatan dialisis sedang berjalan dengan syarat :
a. Bekalan pek darah diambil oleh Jururawat wad dari makmal dan dihantar bersama pesakit ke unit hemodialisis
b. Borang persetujuan(consent) pemindahan darah atau komponen darah telah lengkap di isi dan pesakit telah menurunkan tandatangan.
c. Pastikan Pek darah dan borang GXM telah disemak dan di tandatangan oleh Doktor.
d. Selepas transfusi darah dan sesi rawatan dialisis tamat, kakitangan unit hemodialisis akan melengkapkan ‘Kad Taging Darah’ kemudian mengembalikannya ke wad bersama pesakit.
POLISI HAK PESAKIT & KELUARGA
- Borang persetujuan untuk rawatan Hemodialysis. Mendapat penerangan mengenai pemeriksaan, ujian,rawatan atau pun prosedur yang akan dilakukan sebelum memberikan kebenaran.Pesakit perlu tahu kakitangan yang melakukan prosedur tersebut.
2. Pesakit akan diberi informasi berkenaan rawatan,diagnosis dan perancangan perawatan termasuk saranan untuk mendapatkan “second” opinion dari pihak ketiga.
3. Tanggungjawab pelanggan/Pesakit & “Patient Right”.
- Pesakit harus memikul tanggungjawab untuk melunaskan semua kos rawatan yang terlibat.
- Memberi kerjasama kepada pihak Hospital/Staf HDU yang dipertanggungjawabkan untuk memberi rawatan kepada beliau.
- Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat tentang tahap kesihatannya sekiranya diperlukan oleh pihak hospital/Unit, bagi menjamin ketepatan dan keberkesanaan rawatan perubatan yang bakal diberikan kepada pesakit. Maklumat yang perlu adalah seperti rawatan perubatan yang sedang dijalani dan diterima daripada pengamal perubatan tradisional (sekiranya ada).
- Pesakit perlu menepati setiap temujanji yang diberikan dan memaklumkan kepada staf Unit jika mempunyai sebarang kesulitan untuk menepatinya.
- Tidak menyalahgunakan fasiliti penjagaan kesihatan yang terdapat di hospital.
- Menjaga tatasusila diri agar tidak menggangu keselesaan dan hak-hak pesakit lain.
- Orentasi.
-
- Semua pesakit baru & keluarga yang mengiringi akan diberi orentasi tentang Unit Hemodialisis.
-
viii. Caj rawatan pesakit.
-
-
- Caj rawatan yang dikenakan adalah mengikut Pekeliling perintah Fee yang dikuatkuasa masa kini dan dirujuk ke unit Hasil Hospital.
-
ix. Perkhidmatan penyediaan makanan disediakan dibawah kawalan dan penyeliaan Penolong Pegawai Penyediaan makanan Unit Dapur Hospital semporna.Makanan halal serta diet seimbang adalah mengikut sukatan untuk pesakit Renal.
x. Polisi Pelawat.
-
-
- Jadual masa melawat pesakit yang sedang menjalani rawatan adalah bergantung dengan situasi semasa atau seperti berikut::-
- Lawatan kepada pesakit pada masa diluar waktu melawat adalah tertakluk kepada budibicara dan kebenaran anggota yang sedang bertugas.
- Hanya dua orang pelawat yang dibenarkan melawat pesakit semasa rawatan dialysis sedang berjalan pada satu-satu masa.
- Jadual masa melawat pesakit yang sedang menjalani rawatan adalah bergantung dengan situasi semasa atau seperti berikut::-
-
POLISI DERMA ORGAN (RENAL TRANSPLANT)
1. Penderma yang terbaik adalah terdiri daripada ahli Keluarga terdekat pesakit.Umur mestilah tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun. Penderma hendaklah memaklumkan kepada Pakar Nefrologi,Pegawai Perubatan atau Penolong Pegawai Perubatan /Ketua Jururawat Y/M HDU.
2. Pemeriksaan Makmal berikut akan dilakukan, pemeriksaan air kencing dan pemeriksaan darah untuk serologi :- ABO Blood Grouping Rhesus typing/ FBC / Platlets / Uric acid / LFT / RBS / HbsAg /Anti HIV / Anti HCV / VDRL / Anti HBC / CMV / IgG /Toxoplasma dan HLA typing.
3. Segala keputusan ujian rutin untuk saringan sebagai penderma akan dimaklumkan secara lisan atau/ dan bertulis kepada transplant nurse yang bertanggungjawab kepada pesakit dan penderma.
4. Pihak ko-ordinasi ”organ donation” akan menghubungi dan memanggil penderma dan penerima ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan dan pengurusan selanjutnya.
Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan