Wad Bohey Dulang Hospital Semporna

PENGENALAN

Wad Bohey Dulang merupakan wad khusus menerima pesakit yang mengalami masalah pernafasan dan masalah kesihatan paru-paru, serta menjalankan perawatan bagi  pesakit yang mengalami penyakit berjangkit seperti Tubercolosis dan covid-19. Menerima pesakit Dari Umur Kanak-Kanak Sehingga Dewasa.

Mempunyai kapisiti katil keseluruhan 8 katil yang dilengkapkan dengan bilik “negative presure”. Sekiranya kes-kes seperti covid-19 meningkat, tambahan katil secara tidak rasmi akan dibuka untuk menampung pesakit yang meningkat.

Wad bohey Dulang terletak di bangunan Block C tingkat pertama paling hujung, pintu masuk ke wad di aras tingkat satu bangunan dua tingkat.

VISI

Meningkatkan Mutu kualiti perkhidmatan penjagaan perawatan pesakit secara profesional dan efektif

MISI

Meningkatkan tahap pengetahuan dan kecekapan anggota dalam memberikan perawatan kepada pesakit mengikut piawaian yang ditetapkan .

Setiap pesakit akan diberikan rawatan  dengan cara adil tanpa membezakan status ekonomi,agama dan bangsa.

Pesakit akan menerima rawatan yang berterusan sepanjang berada di wad termasuklah memberikan pendidikan kesihatan menjaga kehormatan/ kerahsiaan dan keselamatan serta diberikan penerangan tentang perkembangan keadaannya.

OBJEKTIF

  1. Memberikan Perkhidmatan Multidisiplin Kepada Pesakit Yang Memerlukan Penjagaan Perawatan Yang Berkualiti, Beretika Dan Selamat.
  2. Berkerjasama Dengan Pesakit, Keluarga Dan Masyarakat Umumnya Dalam Rawatan Serta Mempromosikan Penjagaan Kesihatan Yang Optimum
  3. Memastikan Persekitaran Kerja Yang Kondusif Dan Membudayakan Kerja Berpasukan Dikalangan Anggota Semasa Menjalankan Tugas.

 

PIAGAM PELANGGAN

Tanggungjawab kami adalah:

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan BAIK, MESRA, BERTIMBANG RASA, PENUH HORMAT, BERSOPAN SANTUN, JUJUR DAN IKHLAS sepanjang masa.
  • Setelah tiba diwad, setiap pesakit dan keluarga pegiringnya akan diberikan maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan ke wad.
  • Setiap pesakit akan ditempatkan dikatil dalam tempoh 15 MINIT.
  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa 30minit selepas Pegawai Perubatan dimaklumkan dan sekiranya di perlukan.
  • Setiap pesakit akan diberikan jaminan bahawa KEHORMATANNYA akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatan akan DIRAHSIAKAN dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya kepada undang-undang.
  • Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan rawatan yang lain.

DISCAJ

  • Pesakit akan diberitahu 2 jam lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad.
  • Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara berikut semasa DISCAJ.

a. Maklumat temu janji

b. Risala rawatan susulan

c. Surat rujukan kepada Pakar/ Pegawai Perubatan yang dirujuk.

d. Resit pembayaran discaj Hospital

e. Nasihat perubatan

f. Ubat-ubatan

 

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Fungsi Utama Adalah Memberikan Keperluan Penilaian Diagnosis, Rawatan, Jagaan Kejururawatan Kepada Semua Pesakit .
  2. Wad Bohey Dulang Adalah Satu Unit Yang Menjaga Pesakit yang mengalami masalah pernafasan (SARI), menjaga pesakit yang mengalami penyakit berjangkit, seperti tubercolosis (PTB), dan pesakita Covid-19.
  3. Wad Ini Turut Menjaga Dan Merawat Pesakit  Yang Dirujuk Dari Hospital Lain Contoh Hospital Tawau.
  4. Perkhidmatan Ini Beroperasi 24 Jam Setiap Hari.
  5. Pendidikan Dan Promosi Kesihatan Diberi Kepada Semua Pesakit Semasa Di Wad Dan Sebelum Discaj.

 

POLISI DAN PROSEDUR

KEMASUKAN PESAKIT RESPIRATORY (PTB)

Menerima Kemasukan Pesakit Respiratory. Melalui Unit Kecemasan Dan Trauma Dan Klinik Paru-paru Yang Telah Diperiksa Oleh Pegawai Perubatan Bertugas Di Unit Berkenaan. 

Jururawat Terlatih Wad Bohey Dulang Dimaklumkan Terlebih Dahulu Melalui Telepon. Sekurang-Kurangnya 15-30 Minit Sebelum Kemasukan Pesakit Bagi Memudahkan Prosedur Persediaan Penerimaan Kemasukan Pesakit.

Pesakit Perlu Dihantar Ke Wad Ini Dengan Diiringi Oleh Anggota Unit Kecemasan Untuk Prosedur Serah Tugas,Tindakan Perawatan Dan Pengurusan Yang Telah Dijalankan Ke Atas Pesakit Semasa Berada Di Unit Kecemasan & Trauma Atau Klinik Paru-paru Bagi Memastikan Kesinambungan Perawatan Dan Penyiasatan Pesakit.

Borang Kemasukan Per-Pd 301 Dikepilkan Kepada Setiap Kemasukan Dan Diberi Nombor Pendaftaran.

Setiap Kemasukan Direkodkan Ke Dalam Buku Rekod Kemasukan Pesakit Wad Oleh Jururawat Yang Bertugas. Pesakit Hendaklah Memakai Pakaian Yang Disediakan Untuk Pesakit.

 

KEMASUKAN PESAKIT COVID-19

Menerima kemasukan pesakit Covid-19 daripada unit kecemasan dan dari pejabat   kesihatan Deerah, apabila pesakit  telah diperiksa oleh pengawai perubatan serta mendapat keputusan positif pada sampe RTK dan PCR.

Kemasukan pesakit covid-19 berbeza sedikit iatu kemasukan melalui pintu belakang wad, di bahagian belakang bangunan blok c.

Semasa penerimaan pesakit jururawat akan memakai ppe yang lengkap untuk membuat pemeriksaan rutin kepada pesakit,iatu pengambilan tanda vital dan pengambilan sample darah mengikut arahan daripada doktor yang menjaga.

  

KEMASUKAN PESAKIT SARI

Kemasukan pesakit SARI juga melalui unit kecemasan dan trauma dan akan melalui pintu masuk hadapan wad lelaki.

Setiap pesakit sari yang masuk ke wad bohey dulang akan diambil sample PCR oleh pengawai perubatan yang bertugas.

 

OPSYEN KELAS 

Semua Kelas Di Wad Bohey Dulang Adalah Kelas Tiga Sahaja.

 

PENEMPATAN KATIL PESAKIT DALAM WAD

Penempatan Katil Pesakit untuk pesakit Respiratoty akan Di Letakkan Dalam Bilik Yang Telah Dilengkapi Dengan Keadaan Bilik yang Mempunyai “Negative Pressure”.

Bagi pesakit SARI juga akan ditempatkan di bilik tersebut, oleh kerana mereka telah diambil sampel PCR dan memerlukan rawatan Nebulizer seperti yang diarahkan oleh pengawai perubatan.

Manakala pula bagi pesakit covid-19 akan ditempatkan di bilik cara pulih kerja yang telah dikhaskan untuk pesakit covid-19 dan tambahan katil tidak rasmi 8 buah katil. Yang berada di bahagaian block A paling hujung.

Setiap Kemasukan Pesakit  Di Wad, Dengan Kadar 15-30 Minit Hendaklah Di Tempatkan Dikatilnya.

 

ORIENTASI PESAKIT DALAM WAD 

Setiap Kemasukkan Pesakit Hendaklah Diberiorientasi Sepertimana Dalam Borang Asessmen Kejururawatan Untuk Pesakit Baru- Hspn/Ujh/066 Seperti Yang Tertera Pada Bahagian K,Orentasi Diberi Kepada Peskit.

Seperti saraan kawalan infeksi yang di implementasikan di wad, setiap kubikel pesakit akan di letakkan tape yang berwarna di lantai setiap kubikel pesakit, di mana ini mewakili  bahawa pesakit  covid-19 dilarang untuk keluar daripada garisan atau kawasan tape yang telah disediakan.

Setiap pesakit ,akan diberi orentasi berkaitan dengan garisan tape tersebut, dan akan memaklumkan kepada pesakit juga, bahawa barang-barang yang telah dibawa masuk ke wad semasa kemasukan tidak boleh dibawa keluar sesuka hati. Barang akan dibawa keluar bersama-sama apabila waktu proses keluar dari wad sahaja.

 

PERATURAN WAD 

Berkaitan Dengan Peraturan - Peraturan Yang Ada Di Hospital Yang Patut Dipatuhi Seperti Di Larang Merokok Dan Vape, Larangan  Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Penggunaan Mesin-Mesin Tertentu, Menggambil Foto Dan Video Di Dalam Wad.

 

PENGURUSAN HARTA BENDA PESAKIT

Pesakit Dan Keluarga Tidak  Dibenarkan Membawa Barangan Yang Berharga Dan Wang Tunai Yang Berlebihan. Pihak Hospital Tidak Bertanggungjawab Atas Kehilangan Harta Benda Pesakit.  

‘Polisi’ Hak-Hak Pesakit Dan Keluarga Pesakit-

Kemudahan Asas Yang Terdapat Dalam Wad Dan Di Kawasan Hospital Seperti Tandas Awam , Surau, Tempat Buang Sampah Dan Lain-Lain.



RISALAH YANG BERKAITAN

Risalah yang berkaitan akan diberikan kepada pesakit.

Prosedur Rawatan Akan Dilakukan Di kubikel pesakit, Walaubagaimanapun Tertakluk Kepada Keadaan Pesakit, Sekiranya Di Lakukan Di Katil Pesakit Privasi Menjadi Keutamaan Tidak Di Benarkan Penjaga Dan Ahli Keluarga Berada Disisi Pesakit Semasa Prosedure Dijalankan.

Orang Awam Dan Mana-Mana Pihak Media Massa Tidak Di Benarkan Mengambil Gambar Atau Maklumat Sulit Tanpa Kebenaran Pengarah.

Setiap pesakit hanya dibenarkan seorang penjaga perempuan, kecuali dalam keadaan tertentu, contoh pesakit ‘bed ridden’.

Untuk Jadual masa melawat pesakit di Wad bohey Dulang tidak ada, ini disebabkan semua pesakit yang ditempatkan di wad adalah kes berjanggkit dan tidak digalakkan keluarga untuk melawat sepanjang berada di wad.

Sekiranya ada kes-kes tertentu yang tidak dapat dielakkan ,kes akan dirujuk atau perlu mendapat kebenaran daripada pihak atasan.

 

PENGURUSAN PESAKIT DALAM WAD

Untuk Pesakit yang tenat dan dikategorikan dalam keadaan kritikal - DNR atau DIL, ahli keluarga terdekat hendaklah dimaklumkan dan diberi penerangan tentang keadaan progres dan prognosis pesakit oleh Pegawai Perubatan yang merawat pesakit tersebut.

Pengambilan sampel (specimen) darah akan dilakukan oleh jururawat yang bertugas bagi semua kemasukan di wad, tetapi sekiranya gagal hendaklah meminta bantuan Pegawai Perubatan yang bertugas.

Semua ujian darah hendaklah dihantar dan diperolehi mengikut prosedur  yang telah ditetapkan.

Pesakit SARI yang telah diambil ujian sample pcr dan didapati keputusan negatif serta tidak mempunyai masalah SARI lagi, pesakit boleh dipindahkan ke wad biasa selepas pegawai perubatan membuat penilaian terhadap keadaan pesakit tersebut.



PENGURUSAN KESELAMATAN PESAKIT (PATIENT SAFETY) DAN INSIDEN

Pesakit akan dipakaikan tag nama / identity mengikut ‘polisi’ indentiti  pesakit dalam peraturan “patient safety” sepanjang masa berada di dalam wad sehinggalah pesakit discaj.

Penjagaan pesakit tertakluk di bawah peraturan “patient safety” hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pihak wad akan memaklumkan Pengarah hospital / Ketua Jururawat sekiranya ada berlaku sebarang insiden dalam wad. Bagi keadaan yang sangat sibuk, Ketua Jururawat ‘on call’ hendaklah dimaklumkan untuk mendapatkan penembahan anggota.

Wad hendaklah menyimpan rekod pesakit dengan selamat. Banci harian pesakit akan dibuat oleh Jururawat yang bertugas malam dan dihantar ke Unit Rekod setiap pagi selepas disemak.

Keizinan (Consent) akan diperolehi dari pesakit / keluarga pesakit terdekat sebelum melakukan prosedur tertentu. Pegawai Perubatan akan memberi penjelasan kepada pesakit / keluarga pesakit tentang prosedur yang dilakukan.

 

PESAKIT DISCAJ DARIPADA WAD                                                                                                                        

(Balik rumah / AOR / Absconded / Berpindah Hospital / Meninggal dunia)

 

AOR DISCAJ

Pesakit yang ingin keluar dari hospital tanpa mematuhi nasihat Pegawai Perubatan hendaklah mengisi dan menandatangan borang atas tanggungan risiko sendiri (AOR FORM)

Sebelum dibenarkan AOR, Pegawai Perubatan akan memberi penjelasan tentang progres dan prognosis penyakit pesakit dan menerangkan kesan kepada penyakitnya sekiranya tidak menerima rawatan atau keluar wad.

Penjelasan oleh Jururawat dan Pegawai Perubatan bertugas keatas pesakit AOR hendaklah didokumentasikan dalam nota pesakit (case note).

Pesakit dibawah umur 18 tahun hendaklah mendapatkan persetujuan / keizinan daripada ibubapa / penjaga yang sah untuk kebenaran balik dengan risiko sendiri.

 

DISCAJ 

Pesakit yang AOR boleh diberikan ubat untuk meneruskan rawatan yang perlu dan temujanji ulangan sekiranya difikirkan perlu oleh Pegawai Perubatan.

Penyakit berjangkit adalah tidak dibenarkan AOR melainkan mendapat kebenaran dari Inspektor Kesihatan.

Dalam kes tertentu, seperti kes-kes penyakit berjangkit (KPI) seperti Tibi, Kolera, Malaria dan Denggi, Pegawai Perubatan perlulah mendapatkan konsultasi Pakar terlebih dahulu.

 

DISCAJ COVID 

Bagi Proses pesakit covid-19 yang dibenarkan keluar dari wad ada berbeza sedikit pegurusannya, biasanya Doktor akan tentukan mengikut skala risiko pesakit dan akan berbincang terlebih dahulu dengan pakar yang berada di hospital tawau bagi pesakit yang berisiko tinggi, iatu melalui panggilan telefon.  

Apabila keputusan keluar dari wad diarahkan oleh Doktor, jururawat yang bertugas akan menyiapkan segala dokumen-dokumen untuk balik ke rumah, apabila telah selesai memberi dokumen kepada pesakit, barang-barang keperluan pesakit yang akan dibawah balik ke rumah , akan disenitasikan terlebih daluhu dengan semburan Dichlosep yang telah dilarutkan iaitu bersama 1 bji dichosep dengan 5 liter air seperti dalam protokol kawalan jangkitan.Dan ini akan dilakukan oleh jururawat yang mengurus proses Discharge pesakit.

Home Surveillance Order (HSO), juga dipraktikkan dalam wad ,ini adalah bersesuaian untuk pesakit yang memiliki persekitaran rumah yang sesuai, ada bilik persendirian untuk kaurantin, dan tandas tidak berkongsi dengan ahli keluarga yang lain.

Untuk HSO Doktor yang akan menilai keadaan pesakit dan mempunyai skala risiko yang rendah dan tidak mempunyai penyakit cormobid.

Dan borang yang berkaitan contoh ‘Borang Annex 14C dan borang pemantauan akan diberikan kepada pesakit semasa menjalankan perintah (HSO).

Pesakit yang boleh  balik rumah akan melalui laluan yang sama semasa kemasukan wad iatu melalui belakang bangunan blok c.

MENINGGAL DUNIA

Mayat pesakit yang  lambat dibawa pulang hendaklah dimasukkan ke bilik mayat 1 - 2 jam selepas disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.

 

PENGURUSAN JENAZAH BAGI KEMATIAN PESAKIT COVID-19

Bagi pengurusan jenazah untuk pesakit covid-19 ,berbeza dengan general wad.

Untuk pengurusan Jenazah, jururawat yang bertugas pada hari tersebut, akan memakai ppe yang lengkap.Semua persekitaran pesakit akan disembur dengan Dichlosept yang telah dilarukan.

Jenazah akan dibersihkan,selepas semua dalam keadaan yang bersih jenazah akan dibalutkan dengan linen putih dan akan disemburkan sekali lagi dengan larutan Dichlosept. 

BEG BODY’ yang ada tanda pengenalan  jenazah akan dimasukkan dalam beg tersebut dan sekali lagi akan disembur dengan larutan Dichlosept.

‘BEG BODY’ yang kedua akan digunakan sekali lagi,untuk memasukkan jenazah, dan ini peringkat terakhir untuk melakukan semburan larutan Dichosept di seluruh kawasan katil dan barang-barang mendiang yang akan dibawa keluar dari wad.

Sementara menunggu unit Forensik / keluarga datang , screen akan dipasang untuk memberi privacy.

Jururawat yang selesai menguruskan Jenazah akan digalakkan untuk bersihkan diri.

 

DISCAJ – ABSCOND

Pesakit Yang Keluar Dari Wad Tanpa Pengetauhan Jururawat Bertugas Akan Dimaklumkan Kepada Pihak Polis Setelah Pesakit Tersebut Tidak Datang Ke Wad Selepas 24 Jam.

DISCAJ- DIPINDAHKAN KE HOSPITAL LAIN 

Pesakit Akan Diiringi Oleh Jururawat Atau Pegawai Perubatan Mengikut Keperluan Dan Keadaan Pesakit Semasa Berpindah Ke Hospital Lain Atas Arahan Pegawai Perubatan Yang Bertugas

 

KESELAMATAN DAN AKTIVITI KUALITI

Keselamatan

  •  Keselamatan merupakan tanggungjawab setiap kakitangan Wad Lelaki dan pesakit. Setiap kakitangan perlu mengetahui Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Polisi Kebakaran Hospital Semporna serta polisi-polisi berkaitan(Rujuk Polisi keselamatan dan kebakaran). 
  • Setiap pesakit di masukkan ke wad akan dipakaikan tag nama. Tag nama perlu dipakai sepanjang pesakit berada di wad dan sehinggalah pesakit discaj.
  • Semasa rawatan dijalankan, pesakit wajib memberi  maklumbalas terhadap rawatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan . 
  • Pintu utama dan pintu belakang wad mestilah sentiasa berkunci dan dikawal.

 

Kawalan  Jangkitan

  • Jika pesakit memerlukan rawatan pengasingan, pesakit akan ditempatkan di kubikel pengasingan sepertimana tertakluk dalam polisi pengasingan “Standard Precaution” kawalan infeksi wad dan hospital.
  • Semua kes berjangkit akan dinotifikasi ke pejabat Kesihatan  oleh Pegawai Perubatan termasuk notifikasi melalui atas talian (on line) dalam masa 24 jam setelah disahkan mengikut polisi e-notifikasi.
  • Kes HIV/AIDS akan dirawat secara sulit.
  • Pencucian tangan mengikut 7 cara  diwajibkan sebelum membuat sebarang tatacara sebelum dan selepas.
  • Peralatan untuk mencuci luka dan prosedur surgical akan dicuci bersih dan dihantar ke unit CSSU mengikut jadual penghantaran alat tidak steril.
  • Katil pesakit yang telah discaj akan dibersihkan dengan cecair antiseptik. Untuk kes penyakit berjangkit menggunakan dichlosep disinfektan 1 biji dilarutkan dengan  5 liter air. Manakala lantai yang tertumpah dengan sisa buangan manusia ditabur dengan sterrisorb (tertakhluk kepada protocol kawalan infeksi).
  • Sisa klinikal akan dibuang ke dalam beg berwarna kuning.
  • Jarum yang telah dipakai akan dimasukkan ke dalam tong berwarna kuning khas untuk benda tajam. Tong akan ditutup setelah ¾ penuh

 

Kakitangan

  • Kakitangan yang baru perlu diberi orentasi berkenaan Kawalan jangkitan di Unit Kawalan Jangkitan
  • Semua anggota perlu Mendapatkan Imunisasi Hepatitis B secara berjadual, influnza sekali setahun dan imunisasi lain mengikut keperluan.
  • kakitangan yang mengalami Upper Respiratory Track Infection (URTI) perlu memakai surgical mask

 

Personal Protective Equipment (PPE)

  • Penggunaan Disposable glove, mask, apron semasa menjalankan prosedur rawatan  untuk  penyakit berjangkit

 

Hand Hygiene

  • Mematuhi amalan 5 moment hand hygine
  • Amalan 7 langkah mencuci tangan

 

Kebersihan Persekitaran

  • Lantai, tingkap,  dinding, ceiling dan perabot dibersihkan setiap hari.
  • Penggunaan Dust mop, mop dan kain mengelap mengikut standard kod warna yang ditetapkan iaitu 
  1. Dustmop-kuning(Kawasan Umum)
  2. Mop-Kuning (kawasan Umum)&Merah (Tandas)
  3. Mop biru (Kawasan Klinikal)
  4. Mop hijau ( kawasan khas & sisa-sisa klinikal)
  5. Mop putih ( Polish lantai sahaja)
  6. Kain mengelap-Kuning (perabot,kawasan Umum &Merah (Tandas)



Peralatan Perubatan dan bukan perubatan

  • Peralatan perubatan dan bukan perubatan  hendaklah dibersihkan dengan sabun dan dibilas dengan air setiap hari .
  • Peralatan yang digunakan untuk pesaki hendaklah dibersihkan setiap kali selepas rawatan diberikan  dengan sabun dan dibilas dengan air. 
  • Stethoscope (ear piece dan diaphragm) dibersihkan dengan alcohol 70% dan dikeringkan dengan kain bersih selepas digunakan.

Pengurusan Linen

  • Tempat Penyimpanan Linen bersih sentiasa bertutup.
  • Linen seperti cadar dan sarung bantal dan lain-lain lagi hendaklah ditukar setiap hari selepas digunakan dan diletakkan pada beg putih.

Bagi linen yang digunakan oleh pesakit berjangkit perlu diasingkan dan memohon kepada pihak Sedafiat melalui talian 319  bag merah berlapis-lapis (alginated bag)

 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan

WAD BOHEY DULANG
HOSPITAL SEMPORNA