Unit Perubatan Transfusi Hospital Semporna

PENGENALAN

Unit Perubatan Transfusi merupakan Unit Sokongan Klinikal yang terletak bersebelahan dengan Klinik Lawatan Pakar. 

Perkhidmatan Perubatan Transfusi Hospital Semporna adalah bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan perubatan dan perawatan pesakit yang selamat, cekap dan berkualiti serta mematuhi garis panduan transfusi yang dikeluarkan oleh Pusat Darah Negara dari masa ke semasa.


VISI

Menyediakan Perkhidmatan  Perubatan  Transfusi Hospital  Semporna  yang   cekap, tepat   dan  berinovasi  berlandaskan   sistem   kualiti   yang   memenuhi    kepuasan pelanggan

 

MISI

Perkhidmatan   Unit Perubatan   Transfusi  Hospital  Semporna   akan menjadi   satu perkhidmatan   yang   cemerlang   menggunakan    teknologi   yang  sesuai,   terkini dengan  anggota yang berilmu, berjiwa murni  peka terhadap  keperluan  pelanggan berteraskan  budaya  kualiti   dan  kerja  berpasukan   serta  profesionalisme kecemerlangan rawatan pesakit.

 

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan dan mengekalkan sekumpulan penderma darah yang selamat. 
  2. Menyediakan   darah   yang    selamat,  mencukupi dan sesuai   amalan   prosedur saringan serta penyimpanan mengikut piawaian antarabangsa.
  3. Memastikan   penjagaan  pesakit  yang  optima melalui   penggunaan  darah    dan  produk darah yang sesuai.
  4. Mewujudkan dan mengekalkan hubungan kerjasama melalui latihan

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Masa menunggu keputusan ujian Hb (haemoglobin) dan jenis kumpulan darah=10 minit  
  2. Masa menunggu keputusan Ujian Keserasian (GXM)
    • Permohonan biasa = 2 jam
    • Permohonan segera = 1 jam
    • Permohonan mendesak = ½ jam (30 minit)
  1. Stok darah boleh digunakan oleh semua pesakit tertakluk kepada simpanan  stok darah yang mencukupi.. Jika stok darah dalam paras Merah (< 20 unit),  pelanggan diseru supaya membantu kempen derma darah dengan saudara,  jiran dan kawan supaya   darah yang sudah  digunakan  boleh  ditambah kembali demi kegunaan pesakit-pesakit lain.
  2. Penderma mengganti (replacement donor) tidak digalakkan menderma.
  3. Setiap pelanggan akan dilayan secara spontan,profesional dan prihatin.
  4. Setiap pelanggan akan diberi penjelasan mengenai ujian jika perlu.
  5. Setiap spesimen akan dikendali dan diuji mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  6. Ujian-ujian segera akan dilakukan serta merta mengikut piawaian yang ditetapkan.
  7. Semua maklumat pelanggan adalah sulit.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Merangkumi perkhidmatan asas bidang Transfusi Darah dan Haematologi.
  2. Ujian-ujian yang tidak dapat dilakukan akan dirujuk ke unit lain atau ke Hospital Sekundar (Tawau) mengikut prosedur yang ditetapkan.
  3. Unit Perubatan Transfusi akan sentiasa menyimpan Stok Darah yang mencukupi dengan memohon bekalan daripada Pusat Perkhidmatan Darah Hospital Tawau.
  4. Kempen derma darah dijadualkan sekurang-kurangnya sekali sebulan dengan kerjasama NGO dan Persatuan-Persatuan dalam kempen menderma darah.
  5. Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan perubatan transfusi kepada semua wad di Hospital Semporna.
  6. Mengawal selia penggunaan dan stok darah



PELUPUSAN BEG DARAH TAMAT TARIKH LUPUT

Bekalan darah yang disimpan dalam refrigerator uncrossmathed perlu diselenggara dengan baik bagi memastikan bekalan darah yang  dibekalkan  kepada  wad  adalah  berkualiti dan tidak tamat tarikh luputnya.  Bekalan darah (whole blood,packed cells) yang telah tamat tarikh luputnya haruslah  dilupuskan  mengikut  prosedur  standard  yang telah di tetapkan.

OBJEKTIF

  1. Melupuskan darah dalam beg darah yang telah tamat tempoh dengan cara yang betul.
  2. Mewajibkan garis panduan ini dipatuhi.
  3. Memastikan  semua  darah   dalam   simpanan   tidak   berada    dalam  keadaan tamat tempoh luputnya.
  4. Sebelum  memulakan sebarang kerja rutin di Unit Perubatan  Transfusi, pemeriksaan  ke  atas  simpanan  bekalan  darah perlu dilakukan setiap hari.  Sekiranya cuti  kelepasan  am, pemeriksaan stok  bekalan  darah haruslah dilakukan oleh kakitangan yang   dijadualkan   bertugas   pada masa tersebut (kakitangan on call)

 

PEROLEHAN DARAH

Darah hendaklah diperolehi daripada penderma darah   yang  datang  secara  sukarela. Unit  Perubatan  TransfusI  akan  memastikan   terdapat  aktiviti  pengumpulan   darah  dijalankan. Unit Perubatan Transfusi bertanggungjawab untuk :

  1. Mempromosi derma darah
  2. Pengambilan dan pengekalan penderma darah (sukarela) yang sihat 
  3. Penilaian penderma darah yang sesuai dan selamat.
  4. Pengumpulan darah berkualiti daripada perderma darah
  5. Menyediakan   perkhidmatan    kaunseling   yang   berkesan    kepada   penderma  darah yang disaring reaktif (Transfusion Transmitted Infections)
  6. Penyelenggaraan rekod, data  dan  maklumat  yang  berkaitan dengan aktivitinya untuk kebolehkesanan, rujukan dan peningkatan kualiti
  7. Mewujudkan kesedaran orang ramai tentang pendermaan darah.
  8. Memberi    ceramah  kepada   kumpulan   sasar  seperti  pelajar  dan  masyarakat.
  9. Menganjur dan  mempromosikan  kempen  derma  darah  untuk  penganjur  yang  baru.
  10. Penetapan kutipan sasaran mengikut mingguan, bulanan dan tahunan

 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan

UNIT PERUBATAN TRANSFUSI
HOSPITAL SEMPORNA