PENGENALAN
Unit Perubatan Forensik sebuah unit yang dipertanggungjawabkan mengurus urusan berkaitan Penerimaan, Penyimpanan dan Pelepasan jenazah. Selain dari itu, Unit Perubatan Forensik juga, bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan bedah-siasat dan juga pelupusan jenazah yang tidak dituntut.
TUJUAN
Polisi ini diwujudkan bertujuan memberi panduan kepada kakitangan Unit Perubatan Forensik agar dapat mengendalikan atau mengurus sesuatu tugasan secara berhemah dan sistematik. Selain itu, polisi ini juga bertujuan memberi kefahaman jelas kepada pelanggan yang akan berurusan dengan Unit Perubatan Forensik.
VISI
Memberi perkhidmatan Perubatan Forensik yang terbaik sejajar dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya dan Unit Perubatan Forensik amnya.
MISI
Memastikan visi perkhidmatan Perubatan Forensik Hospital Semporna tercapai dengan adanya kakitangan yang terlatih dan berdisiplin dalam suasana kerja berpasukan disamping menggunakan teknologi yang bersesuaian bagi mengoptimakan perkhidmatan di Unit Perubatan Forensik Hospital Semporna.
OBJEKTIF
1. Menguruskan penerimaan, penyimpanan dan penyerahan mayat dari wad dan unit kecemasan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
2. Mengendalikan mayat yang tidak dituntut mengikut prosedur kerja yang standard.
3. Mengendalikan autopsi ( bedah siasat ) atas permintaan pihak polis atau mahkamah.
4. Membantu mengendalikan autopsi ( bedah siasat ) klinikal apabila ada permintaan daripada Pakar Perubatan yang berkenaan selepas mendapat kebenaran waris.
5. Mengendalikan spesimen mengikut prosedur kerja yang standard.
6. Membantu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran atau Pegawai Kesihatan Awam dalam mengendalikan mayat berisiko tinggi bagi mengelakkan jangkitan.
PIAGAM PELANGGAN
1. Semua pelanggan akan dilayan secara profesional, jujur, mesra, hormat dan prihatin.
2. Memberi perkhidmatan 24 jam bagi pengurusan penerimaan dan penyerahan mayat.
3. Proses penyerahan mayat kepada pihak waris/berkenaan adalah mengikut ‘Standard Operating Procedure’.
4. Setiap pemeriksaan kes perubatan forensik akan dikendalikan mengikut tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan.
5. Setiap spesimen medikolegal akan dikendalikan mengikut tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan.
SKOP PERKHIDMATAN
1. Penerimaan dan penyimpanan Mayat atau Anggota badan
1.1 Individu yang meninggal di Hospital
1.2 Individu yang meninggal di tempat lain dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat atau penyimpanan sementara.
2. Penyerahan Mayat / Anggota badan
2.1 Penyerahan mayat yang dituntut kepada waris atau yang berhak menerimanya.
2.2 Penyerahan mayat yang tidak dituntut kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAINS ) / Badan-badan keagamaan / Pihak Kedutaan / Konsul Negara Asing selepas diiklankan di akhbar dan tamat tempoh yang ditetapkan.
3. Pengendalian Bedah Siasat
3.1 Bedah siasat untuk kes medico-legal setelah mendapat permohonan atau arahan dari Polis( Borang Pol. 61 ) atau Mahkamah.
3.2 Bedah siasat Klinikal untuk menentukan sebab-sebab kematian setelah mendapat keizinan daripada waris.
Waktu Operasi Unit Perubatan Forensik
HARI |
MASA |
Selepas Waktu Pejabat dan Hari Kelepasan Am |
ISNIN – KHAMIS |
8.00am – 1.00pm 2.00pm – 5.00pm |
|
JUMAAT |
8.00am – 11.30am 2.00pm – 5.00pm |
Dikendalikan oleh kakitangan on-call Unit Perubatan Forensik mengikut jadual tugasan. |
SABTU – AHAD Hari Kelepasan Am |
TUTUP |
Polisi Operasi
1. Unit Perubatan Forensik beroperasi 24 jam sehari. Selepas waktu pejabat, kakitangan Unit Perubatan Forensik akan dipanggil mengikut jadual oncall.
2. Pada waktu pejabat ( 8.00am - 5.00pm ) pengambilan dan penghantaran mayat ke Unit Perubatan Forensik akan dilakukan sepenuhnya oleh kakitangan Unit Perubatan Forensik, Hospital Semporna.
3. Selepas waktu pejabat dan hari kelepasan am, penghantaran mayat ke Unit Perubatan Forensik, akan diuruskan oleh kakitangan wad atau unit masing-masing. Kakitangan Unit Perubatan Forensik yang bertugas selaku atas panggilan akan menerima mayat di Forensik dan memasukkan mayat ke dalam Peti Sejuk Mayat.
4. Pengeluaran atau penyerahan mayat akan dilakukan oleh kakitangan Unit Perubatan Forensik sahaja sekiranya tidak melibatkan kes Perundangan.
5. Untuk kes bedah siasat, Pegawai Perubatan yang mengendalikan mayat tersebut akan dipanggil untuk melakukan bedah siasat. Borang Polis 61 / POL. 61 iaitu borang permintaan untuk bedah siasat hendaklah dikeluarkan oleh pihak polis terlebih dahulu. Pakar Perubatan Forensik akan dimaklumkan oleh Pegawai Perubatan yang bertugas setelah borang POL. 61 dikeluarkan dan kebenaran daripada waris simati diperolehi.
6. Kes yang disyaki seperti kes bunuh diri atau mayat yang telah reput ( Decompose Body ) hendaklah dirujuk segera kepada Pakar Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.
7. Mayat yang tidak dituntut selama 2 minggu, pengkebumian akan diuruskan oleh pihak Hospital, JHEAINS atau Pertubuhan Agama yang berkaitan dengan bangsa dan agama simati setelah mendapat kelulusan pelupusan jenazah dari pihak Polis.
8. Semua kematian samada di Unit Kecemasan atau Wad Hospital, kakitangan Unit Kecemasan dan Wad Hospital perlu melengkapkan Borang Notifikasi Kematian dan mengisi Tag Pengenalan Mayat.
9. Permit pengkebumian ( Burial Certificate ) berserta Borang B JPN ( Borang Daftar Kematian ) akan dikeluarkan melalui Wad atau Unit.
10. Laporan kematian akan dihantar ke Unit Rekod Perubatan.
STATISTIK DAN MAKLUMAT
1. Pengumpulan Data
Unit Perubatan Forensik bertanggungjawab dalam mengumpul data kematian di Hospital Semporna. Data kematian akan dimasukkan ke Buku Daftar Kematian PER PD 105 dan juga akan dimasukkan ke dalam pangkalan data SMRP. Data kematian ini merangkumi semua jenis kematian iaitu :
-
- Brought in death ( BID )
-
- Death in Casualty ( DIC )
-
- Death in Ward ( DIW )
2. Penyediaan Laporan Statistik
Laporan statistik kematian yang direkodkan akan dilapor secara Harian, Bulanan dan Tahunan. Berikut merupakan penghantaran laporan statistik kematian Harian, Bulanan dan Tahunan :
- Harian – Rekod harian kematian akan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth.
- Bulanan – Rekod penghantaran kematian secara bulanan akan di hantar ke Unit Rekod Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
- Tahunan – Rekod penghantaran kematian akan di hantar ke Institut Perubatan Forensik Negeri (IPFN) Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
KAWALAN INFEKSI
Objektif Kawalan Infeksi
Menyebarkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan garispanduan Kawalan Infeksi dan memastikan amalan sepenuhnya oleh kakitangan Unit Perubatan Forensik dan kakitangan HSS (SEDAFIAT).
1. Polisi Operasi
1.1 Darah dan semua cecair badan harus dianggap sebagai potensi untuk menyebabkan jangkitan. Justeru itu, semua anggota diwajibkan mengamalkan langkah-langkah Standard Precaution berikut apabila mengendalikan jenazah :
- Semua jenis cecair badan hendaklah disisih / dimasukkan ke dalam beg plastik biohazard berwarna kuning.
- Jarum dan picagari yang sudah digunakan mestilah disimpan di dalam bekas (Sharp Bin) yang disediakan sebaik sahaja digunakan. Semua sharp bin akan ditempatkan di lokasi yang telah dikhaskan dan harus ditutup bila isi kandungan ≥ ¾ penuh.
- Elakkan dari memasang semula penutup, membengkok atau memisahkan jarum dari picagari bagi mengelakkan insiden ‘needle prick injury’.
- Pakaian dan linen yang telah dipakai oleh jenazah yang menghidap penyakit berjangkit akan disiram dengan larutan Dichlosep atau Klorox yang mengandungi Sodium Hypochloride.
- Menggunakan perlindungan diri (PPE) seperti memakai sarung tangan, mask, faceshield, apron, boot atau shoe cover semasa mengendalikan prosedur berisiko tinggi atau penyakit berjangkit
- Mengamalkan pencucian tangan mengikut langkah prosedur yang telah ditetapkan.
- Memberi penerangan dan taklimat khusus kepada mana-mana anggota atau agensi yang terlibat dalam pelaksanaan pengurusan jenazah berisiko tinggi atau penyakit berjangkit.
7.3.1.2 Bagi jenazah yang menghidap penyakit berjangkit seperti AIDS, HIV, Hepatitis dan Covid yang meninggal di Hospital atau dibawa mati ke Hospital, tatacara pengurusan jenazah akan dilakukan sepenuhnya di Unit Perubatan Forensik dibawah pengawasan Unit Kesihatan Awam Hospital atau Pejabat Kesihatan Daerah.
Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan
UNIT FORENSIK
HOSPITAL SEMPORNA