PENGENALAN
Wad Perempuan terletak di Block C , pintu masuk ke wad di aras bawah bersebelahan pintu masuk unit Kualiti. Wad Perempuan adalah wad yang menempatkan pesakit perempuan dari berbagai disiplin (medical 6),(Gynae 3) ,(surgical 1), (infectious 1), (ortho 1) kapasiti 12 buah katil.
VISI
Meningkatkan Mutu kualiti perkhidmatan penjagaan perawatan pesakit secara profesional dan efektif
MISI
Meningkatkan tahap pengetahuan dan kecekapan anggota dalam memberikan perawatan kepada pesakit mengikut piawaian yang ditetapkan .
Setiap pesakit akan diberikan rawatan mengikut disiplin dan status kesihatan dengan cara adil tanpa membezakan status ekonomi,agama dan bangsa.
Pesakit akan menerima rawatan yang berterusan sepanjang berada di wad termasuklah memberikan pendidikan kesihatan menjaga kehormatan/ kerahsiaan dan keselamatan serta diberikan penerangan tentang perkembangan keadaannya.
OBJEKTIF
Memberikan Perkhidmatan Multidisiplin Kepada Pesakit Yang Memerlukan Penjagaan Perawatan Yang Berkualiti, Beretika Dan Selamat.
PIAGAM PELANGGAN
Tanggungjawab kami adalah:
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan BAIK, MESRA, BERTIMBANG RASA, PENUH HORMAT, BERSOPAN SANTUN, JUJUR DAN IKHLAS sepanjang masa.
- Setelah tiba diwad, setiap pesakit dan keluarga pegiringnya akan diberikan maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan ke wad.
- Setiap pesakit akan ditempatkan dikatil dalam tempoh 15 MINIT.
- Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa 30minit selepas Pegawai Perubatan dimaklumkan dan sekiranya di perlukan.
- Setiap pesakit akan diberikan jaminan bahawa KEHORMATANNYA akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatan akan DIRAHSIAKAN dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya kepada undang-undang.
- Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan rawatan yang lain.
DISCAJ
- Pesakit akan diberitahu 2 jam lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad.
- Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara berikut semasa DISCAJ.
a. Maklumat temu janji
b. Risalah rawatan susulan
c. Surat rujukan kepada Pakar/ Pegawai Perubatan yang dirujuk.
d. Resit pembayaran discaj Hospital bagi pesakit.
e. Nasihat perubatan
f. Ubat-ubatan
Skop Perkhidmatan
Wad Perempuan Hospital Semporna bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan menjaga dan merawat pesakit Rehabilitasi dan pesakit yang di rujuk ke Hospital Kluster serta pesakit “stepdown” untuk sambungan rawatan antibiotic dan nursing care.
Waktu Operasi
- Memberi perkhidmatan 24 jam tanpa melanggar polisi kementerian kesihatan Malaysia serta adat resam pelanggan.
Fungsi Utama
- Memberikan penilaian diagnosis,rawatan, jagaan kejururawatan dan rehabilatasipesakit.
- Sasaran pelanggan (pesakit dan keperluan) mereka.
- Mewujudan fasiliti dan peralatan yang bersesuai
- Kemampuan tenaga kerja (Bilangan dan kepakaran petugas)
Produk Perkhidmatan
- Wad Perempuan Menjaga dan merawat pesakit Medikal (Clauster) Orthopedic (Clauster) ,Surgical (Cluster) serta Rehabilitasi Yang Dirujuk Dari Hospital Lain Contoh Hospital Tawau.
- merujuk kes komplikasi atau berisiko tinggi kepada Pakar mengikut disiplin jika ada komplikasi berkaitan dengan masalah perubatan.
- Perkhidmatan Ini Beroperasi 24 Jan Setiap Hari
- Pendidikan dan Promosi Kesihatan diberi kepada semua pesakit semasa di wad dan sebelum discaj.
Kaedah Pemberian Perkhidmatan
Semua perkhidmatan yang diberikan akan menggunakan kaedah proses penjagaan klinikal pesakit iaitu:
a) Penilaian
b) Penentuan Diagnosis
c) Perancangan rawatan
d) Intervensi
e)Pendidikan kesihatan kepada pesakit
f) Penilaian semula
g) Penerusan rawatan atau discaj atau di rujuk ke hospital lain
Sistem Penyampaian Perkhidmatan
a) Kemasukan pesakit
- Menerima Kemasukan pesakit melalui Unit Kecemasan dan Trauma dan Klinik Ulangan yang telah diperiksa oleh Pegawai Perubatan bertugas di Unit berkenaan .
- Borang Kemasukan Per-Pd 301 dikepilkan kepada setiap kemasukan dan diberi nombor pendaftaran.
- Penempatan katil pesakit bergantung kepada penilaian jururawat mengikut tahap keadaan dan diagnosa pesakit dan juga disiplin.
- Setiap Kemasukkan Pesakit Hendaklah diberi orientasi sepertimana dalam borang Penilaian Kejururawatan untuk pesakit baru- Hspn/Ujh/066 .
b) Discaj
- Pesakit yang AOR boleh diberikan ubat untuk meneruskan rawatan yangperlu dan temujanji ulangan sekiranya difikirkan perlu oleh Pegawai Perubatan.
- Penyakit berjangkit adalah tidak dibenarkan AOR melainkan mendapat kebenaran dari Inspektor Kesihatan.
- Dalam kes tertentu, seperti kes-kes penyakit berjangkit (KPI) seperti Tibi, Kolera, Malaria dan Denggi, Pegawai Perubatan perlulah mendapatkan konsultasi Pakar terlebih dahulu.
c) AOR discaj
- Pesakit yang ingin keluar dari hospital tanpa mematuhi nasihat PegawaiPerubatan hendaklah mengisi dan menandatangan borang atas tanggungan risiko sendiri (AOR FORM)
- Sebelum dibenarkan AOR, Pegawai Perubatan akan memberi penjelasan tentang progres dan prognosis penyakit pesakit dan menerangkan kesan kepada penyakitnya sekiranya tidak menerima rawatan atau keluar wad.
- Penjelasan oleh Jururawat dan Pegawai Perubatan bertugas keatas pesakit AOR hendaklah didokumentasikan dalam nota pesakit (case note).
- Pesakit dibawah umur 18 tahun hendaklah mendapatkan persetujuan / keizinan daripada ibubapa / penjaga yang sah untuk kebenaran balik dengan risiko sendiri
d) Meninggal Dunia
Mayat pesakit yang tidak atau lambat dibawa pulang hendaklah dimasukkan ke bilik mayat 1 - 2 jam selepas disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.
e) Discaj – abscond
Pesakit yang keluar dari wad tanpa pengetahuan jururawat bertugas akan dimaklumkan kepada pihak polis setelah pesakit tersebut tidak datang ke wad selepas 24 Jam.
f) Discaj- dipindahkan ke hospital lain
Pesakit akan diiringi oleh Jururawat atau Pegawai Perubatan mengikut keperluan dan keadaan pesakit semasa berpindah ke hospital lain atas arahan Pegawai Perubatan yang bertugas.
POLISI OPERASI
Polisi umum
a) Kemasukan pesakit
- Menerima kemasukan pesakit melalui Unit Kecemasan dan Trauma dan Klinik ulangan yang telah diperiksa oleh Pegawai Perubatan bertugas di Unit berkenaan .
- Jururawat terlatih Wad Perempuan dimaklumkan terlebih dahulu melalui telepon. sekurang-Kurangnya 15-30 minit sebelum kemasukan pesakit bagi memudahkan prosedur persediaan penerimaan kemasukan pesakit.
- Pesakit perlu dihantar ke wad Ini dengan diiringi oleh anggota unit Kecemasan untuk prosedur serah tugas,tindakan perawatan dan pengurusan yang telah dijalankan ke atas pesakit semasa berada di Unit Kecemasan & Trauma atau Klinik Ulangan bagi memastikan kesinambungan perawatan dan penyiasatan pesakit.
- Borang Kemasukan Per-Pd 301 dikepilkan kepada setiap kemasukan dan diberi nombor pendaftaran.
- Setiap kemasukan direkodkan ke dalam buku rekod kemasukan pesakit wad oleh jururawat yang bertugas. Pesakit hendaklah memakai pakaian yang disediakan untuk pesakit.
- Penempatan katil pesakit bergantung kepada penilaian jururawat mengikut tahap keadaan dan diagnosa pesakit dan juga disiplin.
- Setiap kemasukan pesakit di wad, dengan kadar 15-30 minit hendaklah di tempatkan dikatilnya.
- Penempatan khas untuk kes denggi (With Warning Sign) biasa atau yang tidak kritikal adalah di male wad .
Polisi wad
Berkaitan dengan Peraturan - Peraturan yang ada di hospital yang patut dipatuhi seperti di larang merokok dan vape, Larangan menggunakan telefon bimbit semasa penggunaan mesin-mesin tertentu, menggambil foto dan video di dalam wad.
Polisi pengurusan harta benda pesakit
- Pesakit dan keluarga tidak dibenarkan membawa barangan yang berharga dan wang tunai yang berlebihan. pihak hospital tidak bertanggungjawab atas kehilangan harta benda pesakit.
- Polisi hak-hak pesakit dan keluarga pesakit.
- Kemudahan asas yang terdapat dalam wad dan di kawasan hospital seperti tandas awam, surau, tempat buang sampah dan lain-lain
KESELAMATAN DAN AKTIVITI KUALITI
Keselamatan
- Keselamatan merupakan tanggungjawab setiap kakitangan Wad Perempuan dan pesakit. Setiap kakitangan perlu mengetahui Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Polisi Kebakaran Hospital Semporna serta polisi-polisi berkaitan(Rujuk Polisi keselamatan dan kebakaran).
- Setiap pesakit di masukkan ke wad akan dipakaikan tag nama. Tag nama perlu dipakai sepanjang pesakit berada di wad dan sehinggalah pesakit discaj.
- Semasa rawatan dijalankan, pesakit wajib memberi maklumbalas terhadap rawatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan .
- Pintu utama dan pintu belakang wad mestilah sentiasa berkunci dan dikawal.
Kawalan Jangkitan
- Jika pesakit memerlukan rawatan pengasingan, pesakit akan ditempatkan di kubikel pengasingan sepertimana tertakluk dalam polisi pengasingan “Standard Precaution” kawalan infeksi wad dan hospital.
- Semua kes berjangkit akan dinotifikasi ke pejabat Kesihatan oleh Pegawai Perubatan termasuk notifikasi melalui atas talian (on line) dalam masa 24 jam setelah disahkan mengikut polisi e-notifikasi.
- Kes kolera akan ditempatkan di wad bed no 10 dan 11 dan sekiranya wabak kolera berlaku semua kes AGE akan ditempatkan di wad yang akan di tentukan mengikut keadaan.
- Kes berjangkit yang lain yang memerlukan “Standard Precaution” seperti HEPATITIS, THYPOID dan lain-lain boleh ditempatkan di kubikel biasa yang mana pesakit akan di ‘cohort’ dan tidak perlu dipindahkan ke wad pengasingan .
- Kes HIV/AIDS akan dirawat secara sulit.
- Bagi kes MALARIA dan DEMAM DENGGI ditetapkan dalam pengurusan rawatan penyakit berkenaan
- Pencucian tangan mengikut 7 cara diwajibkan sebelum membuat sebarang tatacara sebelum dan selepas.
- Peralatan untuk mencuci luka dan prosedur surgical akan dicuci bersih dan dihantar ke unit CSSU mengikut jadual penghantaran alat tidak steril.
- Katil pesakit yang telah discaj akan dibersihkan dengan cecair antiseptik. Untuk kes penyakit berjangkit menggunakan dichlosep disinfektan 1 biji dilarutkan dengan 5 liter air. Manakala lantai yang tertumpah dengan sisa buangan manusia ditabur dengan sterrisorb (tertakhluk kepada protocol kawalan infeksi).
- Sisa klinikal akan dibuang ke dalam beg berwarna kuning.
- Jarum yang telah dipakai akan dimasukkan ke dalam tong berwarna kuning khas untuk benda tajam. Tong akan ditutup setelah ¾ penuh
Kakitangan
- Kakitangan yang baru perlu diberi orentasi berkenaan Kawalan jangkitan di Unit Kawalan Jangkitan
- Semua anggota perlu Mendapatkan Imunisasi Hepatitis B secara berjadual, influnza sekali setahun dan imunisasi lain mengikut keperluan.
- kakitangan yang mengalami Upper Respiratory Track Infection (URTI) perlu memakai surgical mask
Personal Protective Equipment (PPE)
- Penggunaan Disposable glove, mask, apron semasa menjalankan prosedur rawatan untuk penyakit berjangkit
- Penggunaan ‘FULL PPE’ jika pesakit mempunyai risiko jangkitan yang tinggi seperti TB, Heptitis B,C ,HIV Positive dan jangkitan lain.
Hand Hygiene
- Mematuhi amalan 5 moment hand hygine
- Amalan 7 langkah mencuci tangan
Kebersihan Persekitaran
- Lantai, tingkap, dinding, ceiling dan perabot dibersihkan setiap hari.
- Penggunaan Dust mop, mop dan kain mengelap mengikut standard kod warna yang ditetapkan iaitu
- Dustmop-kuning(Kawasan Umum)
- Mop-Kuning (kawasan Umum)&Merah (Tandas)
- Mop biru (Kawasan Klinikal)
- Mop hijau ( kawasan khas & sisa-sisa klinikal)
- Mop putih ( Polish lantai sahaja)
- Kain mengelap-Kuning (perabot,kawasan Umum &Merah (Tandas)
Peralatan Perubatan dan bukan perubatan
- Peralatan perubatan dan bukan perubatan hendaklah dibersihkan dengan sabun dan dibilas dengan air setiap hari .
- Peralatan yang digunakan untuk pesaki hendaklah dibersihkan setiap kali selepas rawatan diberikan dengan sabun dan dibilas dengan air.
- Stethoscope (ear piece dan diaphragm) dibersihkan dengan alcohol 70% dan dikeringkan dengan kain bersih selepas digunakan.
Pengurusan Linen
- Tempat Penyimpanan Linen bersih sentiasa bertutup.
- Linen seperti cadar dan sarung bantal dan lain-lain lagi hendaklah ditukar setiap hari selepas digunakan dan diletakkan pada beg putih.
- Bagi linen yang digunakan oleh pesakit berjangkit perlu diasingkan dan memohon kepada pihak Sedafiat melalui talian 319 bag merah berlapis-lapis (alginated bag)
SOP Covid19 (Sementara)
- Semua pesakit yang dimasukkan ke Wad Perempuan pastikan telah menjalani pemeriksaan RTK dari unit kecemasan dan keputusan adalah negative bagi mengelak sebarang jangkitan.
- Penjaga yang menjaga pesakit hendaklah juga menjalani pemeriksaan RTK pada hari dan masa yang sama dengan keputusan negative baru dibenarkan untuk menjaga dan tidak di benarkan balik rumah sepanjang tempoh perawatan pesakit di wad.
Pemantauan Kualiti
Aktiviti Kualiti yang dijalankan di Wad Perempuan adalah :
- Statistik Unit yang perlu dihantar kepada Unit Rekod dan Bahagian Profesion Negeri sebelum 5hb setiap bulan.
- Maklumat Rawatan Pesakit yang perlu di rekod semasa discaj, AOR,dan pesakit yang di rujuk ke hospital lain .
- Merawat Pesakit dalam dalam tempoh 24 jam .
Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan
WAD PEREMPUAN
HOSPITAL SEMPORNA