Unit Sajian Hospital Semporna

PENGENALAN

Unit sajian terletak  di antara bahagian Stor Farmasi dan Unit Rekod Hospital. Unit ini beroperasi sejak hospital ini mula dibuka iaitu pada tahun 1970. 

VISI

Menyediakan perkhidmatan sajian makanan dengan mengutamakan aspek kebersihan dan keselamatan makanan kepada pesakit melalui sistem pengagihan yang efisien.

MISI

Memastikan semua garispanduan yang  telah ditetapkan dipatuhi dengan melaksanakan sistem senarai semak berjadual.


OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan makanan yang berkualiti bagi membantu meningkatkan taraf kesihatan melalui diet yang seimbang untuk pesakit dalam.
  • Memastikan tahap kesihatan yang tinggi dalam penyediaan makanan berdasarkan pada piagam pelanggan.
  • Melaksanakan garis panduan penyediaan makanan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat dan bersopan -santun, jujur dan ikhlas.
  • Makanan siap disediakan 30 minit sebelum diagihkan ke wad.
  • Semua diet yang disediakan adalah halal, mengikut menu piawai, bermutu ,bersih, mencukupi dan selamat.
  • Semua diet siap untuk diagihkan mengikut ketetapan berikut :-
  1. Sarapan Pagi 7.30 pagi
  2. Makan Tengahari 11.30 pagi 
  3. Minum Petang 2.30 petang 
  4. Makan Malam 4.30 petang 

 

SKOP PERKHIDMATAN

Unit Sajian Hospital Semporna bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut :

3.2.1 Perkhidmatan Pesakit Dalam

3.2.2 Perkhidmatan Pesakit Luar (Rawatan Harian)

3.2.3 Perkhidmatan Doktor Lawatan Pakar dan Doktor (on call)

 

WAKTU OPERASI

Waktu bertugas bagi jabatan ini adalah dari 6.30 pagi sehingga 5.00 petang .

Secara khususnya terdapat satu syif bertugas di unit ini iaitu:

 

Syif pagi

6.30 pagi – 1.30 tengahari

Minimun 2 orang

OT petang

1.30 tengahari – 5.00 petang

Minimum 2 orang

 

Manakala waktu bekerja bagi pekerja sambilan MyStep sekiranya ada adalah:

Waktu kerja

8.00 pagi – 5.00 petang

 

Jika terdapat PePM yang bercuti / hari rehat / cuti sakit PePM lain akan melakukan kerja lebih masa untuk menampung keperluan tenaga kerja penyediaan makanan pesakit (jika kakitangan tidak mencukupi)

 

MASA HIDANGAN/  DIET KEPADA PESAKIT DAN PENGHANTARAN TROLI

Masa makan pesakit yang telah ditetapkan adalah sebanyak 4 kali dalam sehari

 

MASA PENGHIDANGAN

JENIS HIDANGAN

CATATAN

7.30 pagi - 8.00 pagi

Sarapan pagi

Makanan pesakit Kelas Tiga (3)

11.30 pagi - 12.00 tengahari

Makan tengahari

2.30 petang - 3.00 petang

Minum petang

4.30 petang - 5.00 petang

Makan malam

 

  • Makanan akan disusun pada troli makanan untuk setiap wad. Troli tersebut disimpan di kawasan penyediaan makanan Unit Sajian
  • Makanan yang disediakan oleh Unit Sajian adalah berdasarkan menu harian, bilangan pesakit dan jenis diet khas yang dipesan oleh wad.
  • Makanan hendaklah diambil oleh Pembantu Perawatan Kesihatan (dari wad) untuk diedarkan kepada pesakit. Pembantu Perawatan Kesihatan hendaklah memeriksa setiap makanan yang disediakan terlebih dahulu bagi memastikan jumlahnya mencukupi dan diet teraputiknya adalah betul. Kemudian PPK perlu menandatangan buku rekod penyerahan diet dari Unit Sajian.
  • Tray (Preplating Meal Set) dan bekas bulk akan dikembalikan semula ke Unit Sajian selepas waktu makan pesakit dan jumlah yang dikembalikan adalah sama seperti jumlah yang diterima.
  • Adalah menjadi tanggungjawab Pembantu Perawatan Kesihatan untuk mengambil troli makanan dan tray pesakit dan memulangkan kembali semua peralatan yang digunakan dalam keadaan bersih dan dikeringkan.

 

POLISI DIET

 

MENU

  •  Menu untuk makanan pesakit hendaklah disediakan oleh pegawai yang menjaga Unit Sajian.
  • Menu untuk makanan pesakit dirancang melalui perbincangan semasa mesyuarat anggota Unit Sajian dan akan dirujuk dengan Pegawai dietetik yang berhampiran.
  • Menu hendaklah bersesuaian dengan piagam yang ditetapkan oleh Hospital Diet Manual dan rujuk kepada Manual Diet 2016. Perancangan menu perlu mengambil kira jumlah kakitangan yang ada.
  • Kajian soal selidik untuk mengkaji kepuasan hati pelanggan tentang mutu masakan dibuat 12 kali setahun, manakala menu akan ditukar sekali dalam tempoh dua tahun.
  • Menu yang disediakan mengikut kitaran  15 hari menu. Unit sajian menyediakan makanan kelas tiga (3) sahaja untuk pesakit dan doktor atas panggilan (DOC).
  • Menu yang disediakan adalah halal dan mengikut diet khas sahaja.

 DIET NORMAL

  • Diet Dewasa
  • Diet vegetaria
  • Diet Kanak-Kanak

 DIET MODIFIKASI KONSISTENSI

  •  Blenderised (Kisar)
  • Enteral Formula
  • Soft Diet (diet lembut)
  • Mixed Porridge (bubur campur)
  • Minced diet (cincang)

 DIET TERAPUTIK

  •  Diet ini berdasarkan menu harian yang diubahsuai bagi memenuhi keperluan diet tertentu berdasarkan jenis pesakit di Hospital Semporna (berdasarkan Manual Diet Hospital 2016)

 DOCTOR ON –CALL

  •  Penyediaan diet untuk doktor atas panggilan adalah berdasarkan jadual menu yang ditetapkan oleh Unit sajian dan permintaan secara individu adalah tidak dibenarkan.

PENGENDALIAN DIET NORMAL DAN DIET TERAPUTIK

  •  Anggota unit sajian yang bertugas akan mengira bilangan pesakit mengikut keperluan diet yang dipesan dari wad.
  • Diet yang disediakan terdiri daripada pilihan karbohidrat, protein, pilihan sayur dan buah-buahan (sebagai pencuci mulut)

 

STRUKTUR PERKHIDMATAN MAKANAN

 

1.  PESANAN MAKANAN DARI WAD

  • Pesanan diet dibuat oleh pihak wad sebanyak 2 kali sehari. Setiap pesanan diet mestilah menggunakan Borang Perubatan 33 (pindaan 1/2019) yang lengkap perlu dihantar ke Unit Sajian selewat-lewatnya sebelum jam 7.00 pagi dan Pesanan kedua sebelum jam 2.00 petang. Sekiranya borang tidak lengkap akan dikembalikan wad. Kegagalan memberikan borang pesanan seperti ketetapan berikut akan menyukarkan proses penyediaan diet untuk pesakit. Borang ini akan difailkan untuk rujukan dan bukti kepada audit.
  •  Manakala makanan tambahan (new admission), pihak wad perlu membuat panggilan pemberitahuan kepada Unit Sajian terlebih dahulu untuk pengesahan tambahan kepada Unit Sajian dengan segera dan menghantar Borang Penambahan Diet kepada unit sajian.
  • Pesanan bahan mentah adalah berpandukan jumlah pesakit pada Borang Pesanan Diet dari wad. Pesanan bahan mentah untuk hari esok adalah berpandukan jumlah pesakit dalam Borang Pesanan Diet pada hari ini. Pada hari kelepasan am atau cuti hujung minggu, pesanan bahan mentah dibuat pada hari terakhir bekerja dengan berpandukan jumlah pesakit hari tersebut.
  • Bagi pesakit berjangkit, diet disediakan adalah sama dengan pesakit lain. Tiada peralatan yang khas yang diperlukan untuk mereka kecuali pembungkusan. Bagi pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit makanan akan disediakan dalam bekas lain iaitu bekas makanan pakai buang untuk mengelakkan jangkitan dan dalam Borang Pesanan Makanan akan ditanda/ditulis untuk membezakannya dengan pesakit-pesakit yang lain.

 

PEMBELIAN DAN PENERIMAAN BAHAN MENTAH

 

Pesanan bahan-bahan makanan mentah dilakukan setiap hari melalui pembekal, berpandukan syarat-syarat kontrak yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta merujuk kepada bilangan pesakit pada hari tersebut.

Bahan-bahan makanan dipesan melalui Borang Pesanan Dan Penerimaan Bahan Mentah KKM/FS-030, salinan kedua akan diserahkan kepada pembekal untuk proses pembelian.

Bekalan hendaklah dihantar tidak lewat dari pukul 8.30 pagi.

Pegawai Bebas yang dilantik adalah bertanggungjawab untuk menjadi saksi penerimaan bahan-bahan makanan. Semua bahan-bahan makanan akan diperiksa kualiti dan kuantitinya terlebih dahulu oleh anggota Unit Sajian.

 Kuantiti dan kualiti bahan-bahan makanan serta waktu bekalan diterima akan dicatit dalam  Borang Pesanan Dan Penerimaan Bahan Mentah KKM/FS-030 serta rekod  harian prestasi pembekal oleh Pegawai Bebas yang dilantik.

 Jika terdapat penggantian, penolakan  dan kekurangan sesuatu bahan makanan, penggantian hendaklah diserahkan sebelum pukul 11.00 pagi. Jika barang tersebut tidak dibekalkan dalam tempoh tersebut denda 10% akan dikenakan. Semua maklumat berkaitan penggantian, penolakan dan kekurangan bahan makanan akan direkodkan dalam buku laporan prestasi harian pembekal.




PERATURAN-PERATURAN PEMERIKSA BAHAN-BAHAN MAKANAN DI UNIT SAJIAN, HOSPITAL SEMPORNA

 

PENGENALAN

Pemeriksaan bahan-bahan makanan / pegawai bebas dilantik untuk menjadi saksi penerimaan bahan-bahan makanan di Unit Sajian Hospital Semporna setiap hari mengikut jadual yang telah disediakan.

 

ANGGOTA TERLIBAT 

Saksi penerimaan bahan-bahan makanan (Pegawai Bebas) adalah terdiri daripada anggota di setiap unit yang terpilih. Ketua unit berhak menentukan anggota di bawah jagaan untuk menjadi saksi penerimaan bahan-bahan ma kanan di Unit Sajian. Manakalah pada hari kelepasan am, saksi penerimaan bahan-bahan makanan adalah terdiri daripada anggota wad iaitu Jururawat Terlatih.

 

PERATURAN-PERATURAN

1. Jadual saksi penerimaan bahan-bahan makanan akan dikeluarkan dan diedarkan kepada unit/wad yang terlibat setiap bulan/tahunan.

2. Masa penerimaan bahan-bahan makanan ialah pada pukul 7.30 – 8.30am setiap hari.

3. Setiap hari setelah pembekal tiba di Unit Sajian, anggota unit ini akan menghubungi unit yang ditugaskan untuk menjadi saksi penerimaan bahan-bahan makanan.

4. Sekiranya wakil yang dilantik oleh unit tersebut tiada/ bercuti, anggota lain dari unit tersebut akan dipanggil untuk menjadi saksi penerimaan bahan-bahan makanan.

5. Pegawai bebas yang dilantik hendaklah memakai kelengkapan PPE yang disediakan seperti penutup kepala/tudung, glove, dan apron sebelum memulakan operasi penerimaan bahan mentah basah/kering.

6. Anggota Unit Sajian akan memeriksa setiap bahan-bahan makanan yang diterima dengan mengambil kira kualiti dan kuantiti bahan mengikut pesanan dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

7. Pegawai Bebas akan mencatit kuantiti bahan yang diterima dalamBorang Pesanan Dan Penerimaan Bahan Mentah KKM/FS-030.

8. Semua penolakan, penggantian dan kekurangan akan dicatat dalam Borang Pesanan Dan Penerimaan Bahan Mentah KKM/FS-030 dan rekod prestasi harian pembekal.

9. Setelah selesai, Pegawai Bebas akan menurunkan tandatangan pada Borang Pesanan Dan Penerimaan Bahan Mentah KKM/FS-030 dan rekod prestsai harian pembekal.

 

  • Peraturan-peraturan ini diwujudkan adalah untuk kebaikan Unit Sajian khususnya dan Hospital Semporna amnya. Di mana dengan kerjasama semua pihak, setiap bekalan yang dibekalkan bermutu tinggi dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan


PENYIMPANAN BAHAN MENTAH

 

Bahan-bahan makanan harian yang dibekalkan terbahagi kepada dua bahagian iaitu:-

  1. Stok bahan makanan kering.
  2. Stok bahan makanan basah.

Stok bahan makanan basah seperti ikan, ayam, daging, sayuran dan buah-buahan akan disimpan jika berlaku penurunan pesakit.

Stok bahan makanan kering akan disimpan dalam stor bekalan pukal (bulk store), manakala stok bahan makanan basah disimpan di dalam peti sejuk dan peti sejukbeku (freezer / chiller).

Stok bahan makanan  kering akan direkodkan jumlah masuk dan keluar dalam kad petak  bahan makanan kering. Kad petak perlu ditandatangani oleh anggota yang bertanggungjawab.

 

KAWALAN KUALITI MAKANAN

 

1. Menerima bahan-bahan makanan yang berkualiti, segar dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

2. Menggunakan peralatan yang sesuai dan bersih mengikut jenis bahan makanan yang hendak diproses (mengikut kod warna).

3. Makanan yang dimasak akan melalui ujian rasa oleh Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (PPPM) terlebih dahulu sebelum makanan diagihkan.

4. Ini adalah untuk memastikan makanan yang disediakan kepada pesakit, dimasak mengikut standard yang telah ditetapkan pada garis panduan menu serta mengikut piawaian diet yang betul.

5. Penilaian akan dibuat setiap hari oleh pegawai kepada semua anggota di bawah jagaan berdasarkan kriteria disiplin diri, penampilan kekemasan diri dan proses penyediaan makanan.

6. Makanan akan disimpan dalam tray yang bertutup dan makanan untuk pesakit berjangkit akan di simpan dalam bekas tapau pakai buang (bukan polisterin).

 

KESELAMATAN DAN AKTIVITI KUALITI

 KESELAMATAN

  • Keselamatan merupakan tanggungjawab setiap kakitangan Unit Sajian.. Setiap kakitangan perlu mengetahui Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Polisi Kebakaran Hospital Semporna serta polisi-polisi berkaitan(Rujuk Polisi keselamatan dan kebakaran)

 

POLISI KAWALAN INFEKSI

1. HAND HYGIENE

  • Amalan kebersihan tangan mesti dipatuhi oleh setiap anggota yang bertugas di unit sajian.
  • Bersihkan tangan menggunakan sabun & air yang bersih dengan mematuhi    cara penyucian 7 langkah pemyucian tangan.
  • Anggota mensti membasuh tangan menggunakan air dan sabun sebelum dan selepas  menyediakan makanan serta selepas menggunakan bilik air.

2. ANGGOTA

    • kebersihan diri mesti diamalkan.
    • Menggunakan pakaian yang bersih setiap hari.
    • Anggota yang baru perlu dirujuk ke Unit Kawalan Infeksi untuk orientasi berkaitan  amalan - amalan kawalan infeksi.
    • Dilarang memakai barang perhiasan/barang kemas dan jam semasa bertugas.
    • Anggota di Unit Sajian yang tidak sihat hendaklah direhatkan dari bertugas . 
    • Jika mengalami batuk-batuk atau cirit-birit  hendaklah memberitahu kepada ketua unit dengan segera dan mendapatkan rawatan.
    • Kuku hendaklah dipotong pendek dan bersih.
  • Sekiranya anggota mengalami luka pada tangan ia perlu dibalut dengan Waterproof Dressing.

 

3. PROGRAM KESIHATAN 

  • Semua anggota perlu menjalani Program Saringan dan Imunisasi Hepatitis B dan  Program   Saringan Tuberkulosis(TB) semasa melapor diri.
  • Pengendali makanan adalah diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun dan   mendapatkan suntikan thyphoid serta mempunyai sijil asas pengendali makanan.
  • Pembantu perawatan kesihatan (PPK) diwajibkan mendapatkan sutikan typhoid,  kerana PPK terlibat dalam menghidang makanan pesakit diwad.
  • Pekerja syarikat konsesi yang ditugaskan di unit sajian perlu mendapatkan suntikan thyphoid.



4. PERSONNEL PROTECTIVE EQUIPMENT(PPE)

Semua anggota perlu memakai PPE semasa bertugas iaitu:-

  • semasa memasak
  • semasa menerima bahan mentah
  • semasa prapenyediaan makanan
  • semasa menghidang

 

5. PELAWAT

  • Semua pelawat yang masuk ke dalam Unit Sajian hendaklah memakai PPE yang telah disediakan.
  • Kasut dari luar tidak boleh dibawa masuk ke dalam Unit Sajian, sekiranya hendak masuk ke unit ianya perlu memakai kasut yang telah disediakan.

 

6. KEBERSIHAN PERSEKITARAN

  • Lantai, tingkap, dinding, cilling dan perabot perlu dibersihakan setiap hari.
  • Kesan minyak pada permukaan lantai, dinding, cilling, tingkap dan cabinet peralatan perlu   dibersihkan setiap hari.
  • Penggunaan dust mop, mop dan kain mengelap perlu mengikut kod warna yang telah ditetapkan iaitu:-
  1. Merah untuk kawasan tandas & utility kotor
  2. Biru untuk kawasan khas
  3. Kuning 1 untuk kawasan koridor dan pejabat 
  4. Kuning 2 untuk meja pra penyediaan dan penghidangan makanan.
  • Jaringan nyamuk perlu dibersihkan menggunakan air dan sabun seminggu sekali untuk  membersihkan kotoran seperti habuk yang melekat pada jaring.
  • Tiada binatang seperti kucing/anjing di kawasan luar sajian.
  • Kebersihan pada alt Fat Trap perlu dilakuan;
  1. Sisa-sisa yang terkumpul pada fat trap perlu dibuang setiap hari oleh syarikat konsesi bertugas.
  2. Penyucian secara General perlu dilakukan sekali seminggu oleh pihak Konsesi.

 

7. PEMANTAUAN PETI SEJUK

  • Suhu peti sejuk mestilah mencapai standard yang telah ditetapkan untuk memastikan keadaan bahan-bahan tersebut sentiasa segar dan tidak rosak. 
  • Bacaan suhu perlu dilakukan dua kali sehari dan dicatatkan dalam carta suhu.
  • Bacaan suhu untuk Freezer (-18°c hingga -24°c) dan Chiller (1°c hingga 4°c).
  • Bahan-bahan basah seperti sayuran dan buah-buahan, daging, ikan perlu disimpan secara berasingan.
  • Peti sejuk perlu dibersihkan sekali seminggu dan direkod dalam borang pembersihan perkakasan / peralatan. 

 

8. KAWALAN VEKTOR

  • Aktiviti kawalan Vektor dilakukan sebulan sekali oleh pihak konsesi yang telah dilantik.
  • Insect Killer perlu dibersihkan oleh petugas kawalan vector setiap bulan.
  • Alat menghalau tikus/serangga merayap disediakan oleh pihak kawalan vektor mengikut protocol.

9. AIR

  • Bekalan air yang digunakan di Unit Sajian adalah air yang bersih dan terawat.
  • Kebersihan air perlu dipantau dengan mendapatkan laporan persampelan air 6 bulan sekali  bulan daripada pihak konsesi. 

 

10. PENGEDARAN MAKANAN

  • Semua bekas makanan yang berisi makanan hendaklah dibalut dengan plastik(Seal) untuk elak pencemaran.
  • Basuh tanggan sebelum memakai PPE semasa hendak menghidang makanan.
  • Pakai PPE sebelum menghidang  makanan kepada pesakit.
  • Kain penutup troli perlu diganti dengan yang bersih setiap hari.

 

11. SOP COVID 19 (SEMENTARA)

  • Semua anggota dan pelawat perlu menjalani saringan umum iaitu imbas QR, pemeriksaan suhu dan penilaian secara lisan status kesihatan. 

 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan

UNIT SAJIAN
HOSPITAL SEMPORNA