PENGENALAN WAD LELAKI
LOKASI
- Bangunan Wad Lelaki terletak di bahagian Blok C Aras Atas, pintu masuk utama ke Wad Lelaki berhampiran dengan surau lelaki.
SEJARAH
- Wad ini telah dirasmikan pada 24 September 2010 oleh Yang Berbahagia Dato Seri Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal yang pada masa itu merupakan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
FUNGSI
- Fungsi utama adalah untuk memberikan perawatan dan jagaan Kejururawatan kepada pesakit lelaki yang berumur 12 tahun keatas.
WAKTU PERKHIDMATAN
- Perkhidmatan Wad beroperasi selama 24 jam.
VISI
- Menyediakan perkhidmatan kejururawatan dan perawatan yang berkualiti kepada pesakit, dengan mengamalkan prosedur kejururawatan dan perawatan kepada masyarakat demi menjaga kesihatan pada tahap optima.
MISI
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui :
- Pasukan yang mengamalkan Budaya Korporat.
- Fasiliti yang selamat.
- Penglibatan masyarakat.
OBJEKTIF
- Memberikan perkhidmatan dan perawatan yang mesra, cekap, adil dan berkesan serta meningkatkan tahap kualiti agar pelanggan dapat menikmati kesihatan yang optima.
Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan
WAD LELAKI
HOSPITAL SEMPORNA