Unit Kejururawatan Hospital Semporna

PENGENALAN

Tujuan dan matlamat Unit Kejururawatan ditubuhkan adalah untuk memantau kelancaran perlaksanaan aktiviti-aktiviti kejururawatan di Hospital Semporna sentiasa berpandukan Akta Jururawat dan Code of professional Conduct for Nurses.

Mencapai dan patient safety dikekalkan, mengurus isu-isu berkaitan jururawat, mengkompail reten kejururawatan, menjalankan latihan dalaman, turun padang, melaksanakan penyeliaan serta menyampaikan informasi-informasi yang diperolehi daripada Unit Kejururawatan JKN Sabah kepada semua Ketua Jururawat melalui mesyuarat kejururawatan yang diadakan secara berkala iaitu sebanyak empat kali setahun.

Unit Kejururawatan Hospital Semporna berperanan penting terhadap keseluruhan Jururawat yang bertugas di hospital ini dengan jumlah perjawatan  137, pengisian 114 dan kekosongan 23 daripada pelbagai gred sehingga Januari 2022.  

Unit Kejururawatan merupakan Unit Sokongan Klinikal yang terletak bahagian Unit Pesakit Dalam di bangunan lama Blok A berhampiran dengan Unit Radiologi (Bahagian kiri) dan bersebelahan dengan Dewan Lepa (Bahagian kanan) dan semua tadbir urus kejururawatan berpusat di Unit Kejururawatan.  Jumlah Jururawat yang bertugas di unit ini adalah seramai dua orang yang terdiri daripada Jururawat gred U36 dan dibantu oleh seorang Pembantu Perawatan Kesihatan gred U14.

Bahagian ini diketuai oleh seorang Penyelia Jururawat yang dilantik oleh Pengarah Hospital sebagai Ketua Penyelia Jururawat Hospital yang menjaga Unit Kejururawatan.

 

VISI

Bersatu mengembeling tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik melalui kecemerlangan profesionalisma kejururawatan.

 

MISI

Menyediakan perkhidmatan kejururawatan yang berkualiti dengan mengamalkan tata etika kejururawatan demi untuk membantu masyarakat.

 

OBJEKTIF

  • Meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam sektor latihan dan perkhidmatan kejururawatan.
  • Menjana sumber – sumber teknologi, pengetahuan dan teknologi maklumat informasi (ICT) dan perkhidmatan kepakaran kejururawatan.
  • Memperkukuhkan sistem pentadbiran kejururawatan.

 

PIAGAM PELANGGAN

Tanggungjawab kami adalah;

  1. 100% anggota yang melaporkan diri mesti diberi orientasi dalam masa 2 minggu dari tarikh melapor diri.
  2. Memberi perkhidmatan secara professional dan mesra berpandukan polisi KKM, JKN Sabah dan Hospital Semporna.
  3. Sentiasa mengemaskini sebarang pembaharuan dalam perkhidmatan kejururawatan untuk memantapkan kualiti kejururawatan



Mass BLS | hulu

IKRAR JURURAWAT

Dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab,

Kami berikrar hari ini,

Kami sentiasa menjalankan dan menyempurnakan,

Segala tugas kami dengan penuh ikhlas dan taat.

 

Kami akan menjauhkan diri daripada,

Segala perkara yang merosakkan,

Dan tidak memakan, atau,

Memberi sebarang ubat,

Yang mendatangkan mudarat.

 

Kami akan berikhtiar seberapa yang terdaya untuk,

Meningkatkan taraf pekerjaan kami, dan akan,

Menyimpan rahsia yang diamanahkan kepada kami,

Juga segala perihal keluarga pesakit yang kami ketahui,

Semasa menjalankan pekerjaan kami.

 

Dengan segala kejujuran dan dengan segala upaya,

Kami akan bekerjasama antara satu dengan lain,

Dan bersedia memberi segala tenaga,

Bagi mencapai segala kesejahteraan dan kebajikan pesakit,

Yang di bawah jagaan kami.

 

FUNGSI DELEGASI

  • Penyelia Jururawat U36 yang dilantik sebagai Ketua Penyelia  Jururawat Unit Kejururawatan yang diamanahkan oleh Pengarah Hospital Semporna untuk organisasi yang bersesuaian dalam        perkhidmatan berkaitan
  • Ketua Jururawat U32 adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti perkhidmatan oenjagaan pesakit dalam Kejururawatan.  Mereka diamanahkan oleh Penyelia Jururawat yang mentadbir urus untuk memastikan kelancaran fungsi pengurusan klinikal penjagaan pesakit.
  • Ketua Jururawat bertanggungjawab dalam pengurusan penjagaan pesakit dalam kawasan jagaannya.
  • Jururawat berdaftar adalah bertanggungjawab untuk menyediakan penjagaan pesakit secara individual di kawasan perkhidmatannya.
  • Jururawat Masyarakat bertanggungjawab untuk membantu dalam perkhidmatan pesakit dan diamanahkan untuk berfungsi dalam jawatannya mengikut deskripsi tugas mereka.

 

SKOP PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN

  • Menyelaras, merancang, melaksana dan memantau Pengurusan Perkhidmatan Organisasi Kejururawatan, Hospital Semporna.
  • Menyelars, merancang, melaksanakan dan memantau Pengurusan Sumber Manusia Kejururawatan.
  • Menyelars, merancang, melaksanakan dan memantau kompetensi anggota Kejururawatan termasuk aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Unit Kejururawatan Hospital Semporna.
  • Menyelaras dan memastikan penyelidikan kejururawatan yang  dilaksanakan oleh Jururawat berdaftar dengan National Medical Research Register (NMRR)
  • Menyelaras, memantau dan melapor pengurusan penempatan   Pelatih IPTA dan IPTS dalam bidang kejururawatan sekiranya ada.
  • Menyelaras perlaksanaan kefahaman, kepatuhan dan keberkesanan polisi dan prosedur, garis panduan, pekeliling dan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Kejururawatan KKM, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Hospital Semporna.
  • Menyelaras, merancang, melaksana dan memantau program keselamatan dan penambahbaikkan aktiviti kualiti  Kejururawatan termasuk pemantauan pencapaian Performance   Improvement(PI) dan KPI Unit Kejururawatan.
  • Memastikan jagaan dan rawatan yang diberikan oleh jururawat   adalah mengikut standard yang ditetapkan bagi memenuhi   keperluan pelanggan.

 

ORIENTASI KEJURURAWATAN

  • Semua anggota Jururawat yang baru bertugas di Hospital Semporna ini harus melaporkan diri kepada Ketua Penyelia Jururawat dan Pengarah Hospital.
  • Semua anggota Jururawat perlu mengikuti 3 fasa orientasi;
  •  Orientasi kawasan / tempat dalam kawasan hospital ,Diberikan oleh Ketua Penyelia.  Kawasan orientasi adalah seperti berikut: 

a)  Polisi Hospital

b)  Kawalan Infeksi dan pencegahan

c)  Quality Assurance

d)  Tugas dan tanggungjawab

-    Pakaian seragam

-    Prosedur Kejururawatan

-    Disiplin

-    Cuti tahunan

-    Aktivi sosial dan rekriasi

-    Code of professional conduct for nurses

e)  Pertukaran / Perpindahan

 

  • Orientasi Unit – diberikan oleh Ketua Jururawat unit/anggota senior, orientasi unit adalah seperti berikut:

a)  Polisi Unit / Wad

b)  Piawaian Khas Kejururawatan

c)  Pengurusan Bencana

d)  Prosedur Penjagaan Pesakit

e)  Peralatan

f)   Jadual dan tugaan

g)  Aduan Jururawat

h)  Program Mento Mentee

i)   National Nursing Indicator Approach (NNIA)

j)   Program 10S

k)  Pelatih KKM dan IPTS

l)   Patient Safety Goals

m) National Nursing Audit (NNA)

n)  Medication Safety

o)  NORNA

p)  Blood Transfusion Safety

q)  Pain Free

 

PENEMPATAN JURURAWAT

  • Penyelia Jururawat Hospital akan berhubung dengan Penyelia Jururawat Negeri berkaitan dengan keperluan Jururawat di fasiliti.
  • Penyelia Jururawat yang bertanggungjawab memastikan penjadualan dan rotation anggota kejururawatan dilakukan, di mana unit yang memerlukan lebih keperluan perkhidmatan adalah keutamaan.

Penempatan anggota kejururawatan adalah diambil kira oleh factor:

-     keperluan pesakit dan tahap penjagaan pesakit.

-     untuk mematuhi garis panduan dan keperluan peratuaran yang       berkaitan dengan:

      a)  credentialing dan privileging

      b)  pengalaman dalam pelbagai bidang kejururawatan.

  • Jururawat yang mempunyai 2 Pos basik akan ditempatkan di salah satu unit yang memerlukan lebih keperluan perkhidmatan.
  • Penyelia Jururawat Hospital akan merancang dan melaksanakan jadual rotation Jururawat setiap 3 tahun untuk memastikan / menambahkan kecekapan dan prestasi kemahiran dalam tugas.
  • Ketua Jururawat harus memastikan bahawa tugasan anggota kejururawatan dilakukan dengan baik untuk memastikan bahawa aktiviti pesakit dan kesinambungan penjagaan di semua peringkat untuk liputan 24 jam.
  • Ketua Jururawat on-call berhak untuk menggunakan / meminjam kakitangan dari unit /wad yang lain apabila dianggap perlu.
  • Ketua Unit memastikan Jumlah kakitangan Jururawat yang bertugas pada setiap hari mencukupi di wad, Ketua Jururawat setiap wad/unit akan membuat jadual tugas secara mingguan.
  • Dalam keadaan tertentu, di mana semasa ketiadaan Ketua Jururawat, Jururawat senior yang telah dipertanggungkawabkan akan membuat jadual tugas Jururawat.
  • Buku ‘request’ hendaklah disediakan supaya perancangan anggota dapat dilakukan dengan sewajarnya dan anggota yang memohon ‘day off’ pada hari tertentu, akan diberi tanpa mengganggu perkhidmatan kejururawatan.
  • Jururawat tidak dibenarkan untuk mengubah jadual tugas mereka tanpa kelulusan Ketua Unit di unit berkenaan.
  • Apa-apa perubahan jadual tugas hendaklah didokumenkan dalam borang pertukaran jadual tugas dan kedua-dua pihak mesti bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tiada ketidakhadiran yang berlaku pada hari jadual tugas yang ditukar.
  • Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, Ketua Unit perlu berunding sebelum pertukaran tugas, supaya pengganti anggota yang terlibat dapat dicarikan jika diperlukan.
  • Kerja-kerja lebih masa mesti direkodkan dan akan diganti seperti di dalam Perintah Am Bab G: Waktu Bekerja Dan Lebih Masa.

 

PENEMPATAN PELATIH KEJURURAWATAN IPTA/IPTS DI FASILITI KKM (HOSPITAL) LATIHAN AMALI PROGRAM PENGAJIAN KEJURURAWATAN

  • Pihak hospital perlu mendapat perjanjian persefahaman (MOA – Memorandum Of Agreement) di antara KKM dan Kolej IPT untuk membenarkan IPTS/IPTA menggunakan fasiliti hospital.
  • Perlu mendapatkan jadual latihan amali lebih awal.
  • Pihak IPTS perlu menyediakan instruktor klinikal yang mencukupi bagi setiap shif mengikut nisbah yang ditetapkan iaiitu 1:15.
  • Instruktor klinikal mestilah mempunyai pengalaman klinikal sekurang- kurangnya 3 tahun sebagai Jururawat Berdaftar oleh LJM (Lembaga Jururawat Malaysia).
  • Setiap instruktor klinikal wajib mempunyai Sijil Perakuan pengamalan Jururawat Tahunan (APC) yang terkini sebelum memulakan tugas.
  • Jika sekiranya instruktor klinikal setempat (Local) tidak melakukan praktikal kejururawatan untuk tempoh tidak melebihi 1 tahun, beliau perlu menjalani latihan bagi jangka masa tidak kurang dari 3 bulan.
  • Bilangan IPTS bagi setiap hospital dan jumlah pelatih berdasarkan kouta pengambilan pelatih yang ditetapkan oleh LJM dengan nisbah tertakluk pada keupayaan hospital untuk menampung jumlah pelatih.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan

UNIT KEJURURAWATAN
HOSPITAL SEMPORNA