Unit Pengurusan Hospital Semporna

PENGENALAN

Unit Pengurusan merupakan Unit Pengurusan Pentadbiran yang melibatkan Unit Pentadbiran,Unit Perkhidmatan, Unit Latihan, Unit Perolehan dan Unit Kewangan yang terletak di bangunan sebelah kiri Unit Kecemasan dan Trauma dari pintu masuk ke Hospital Semporna, Unit Hasil dan Unit Khidmat Pelanggan yang berada di bahagian hadapan Unit Kecemasan dan Trauma, serta Unit Aset dan Unit Modal Insan yang terletak di bangunan belakang Unit Rekod Perubatan.

VISI

Mewujudkan Pengurusan Pentadbran berasakan peraturan-peraturan Kerajaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa dan memupuk serta mengamalkan semangat kerja berpasukan dan profesionlisma dalam kalangan kakitangan.

MISI

  • Memberikan perkhidmatan yang sempurna dan memuaskan kepada stakeholder.
  • Mengeratkan hubungan antara kakitangan melalui amalan mesra pelanggan dan budaya kerja berpasukan.

 

OBJEKTIF

  • Sentiasa berusaha menguruskan tugas dengan lancar dan sempurna.
  • Memberikan perkhidmatan dengan cekap, bertanggungjawab dann professional kepada pelanggan.
  • Memberi dan menyebarkan maklumat yang tepat tentang perkhidmatan berdasarkan pekeliling-pekeliling yang terkini kepada warga Hospital Semporna dan orang ramai.

 

Skop Perkhidmatan

Unit Pengurusan Hospital Semporna bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:

  1. Unit Pentadbiran

Merangkumi tugas-tugas berikut:-

  • Pengurusan fail
  • Pengurusan surat menyurat
  • Pengurusan bilik mesyuarat
  • Pengurusan Kad Perakam Waktu
  • Pengurusan majlis rasmi / tidak rasmi 

 

  B. Unit Perkhidmatan

Merangkumi tugas-tugas berikut:-

  • Urusan pengesahan perlantikan/pengesahan dalam perkhidmatan/pemberian taraf berpencen
  • Pemprosesan dokumen persaraan wajib/pilihan
  • Pengurusan cuti
  • Urusan permohonan perlanjutan kontrak bagi pegawai kontrak
  • Pengemaskian Buku Rekod Perkhidmatan
  • Urusan kenaikan pangkat

 

  C. Unit Latihan

Merangkumi tugas-tugas berikut:-

  • Mengumpul, menyelaras dan menghantar Pelan Operasi Latihan tahunan
  • Memantau dan menilai aktiviti Latihan
  • Menyediakan laporan perbelanjaan Latihan Dalam Perkhidmatan dan pencapaian latihan Hospital Semporna

 

  D. Unit Pembangunan dan Perolehan

Merangkumi tugas-tugas berikut:-

  • Melaksanakan perolehan bekalan dan perkhidmatan mengikut keperluan hospital melalui kaedah perolehan yang ditetapkan dalam pekeliling Perolehan Kerajaan

 

  E. Unit Kewangan dan Hasil

Merangkumi tugas-tugas berikut:-

  • Merancang dan mengurus bajet
  • Melaksanakan kutipan hasil
  • Memantau dan menyelia sistem perakaunan
  • Memantau pelaksanaan peraturan kewangan
  • Pengurusan gaji dan tuntutan elaun kakitangan

 

  F. Unit Aset dan Stor

Merangkumi tugas-tugas berikut:-

  • Melaksanakan pengurusan aset alih kerajaan dan pengurusan stor seperti yang ditetapkan dalam Tatacara Pengurusan Aset dan Stor Kerajaan.

 

  G. Unit Modal Insan

Merangkumi tugas-tugas berikut:-

  • Bertanggungjawab memastikan kakitangan hospital mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993, serta mengambil tindakan awal dan prosedur tindakan tatatertib bagi kakitangan yang melanggar peraturan tersebut.
  • Menyediakan platform yang sesuai sebagai tindakan awal kepada kakitangan sebelum tindakan tatatertib dilaksanakan (sesi kaunseling, kursus, etc.)

 

  H. Unit Khidmat Pelanggan

Merangkumi tugas-tugas berikut:-

  • Menyambut semua jenis panggilan yang masuk ke Hospital Semporna
  • Menyambung semua jenis panggilan yang diterima kepada nombor sambungan / kakitangan yang dikehendaki pemanggil
  • Menyambung panggilan yang dikehendaki oleh kakitangan ke luar Hospital Semporna atas urusan rasmi

 

  I. Unit Keselamatan

Merangkumi tugas-tugas berikut:-

  • Melaksanakan dan meningkatkan pematuhan ke atas keperluan akta, arahan, peraturan dan prosedur berkaitan dengan keselamatan bangunan dan kawasan hospital termasuk isi kandungan, kakitangan dan pelawat hospital.

 

  J. Rumah Kerajaan / Kuarters Hospital

Merangkumi tugas-tugas berikut:-

  • Bertanggungjawab memastikan pengurusan rumah kerajaan / kuarters selari dengan pekeliling dan peraturan yang ditetapkan dalam Perintah Am Bab E

 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan

UNIT PENGURUSAN
HOSPITAL SEMPORNA