Pengenalan
Unit Teknologi Maklumat Hospital Semporna ditubuhkan pada bulan Januari 2017 dan hanya mempunyai seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat sebagai kakitangannya. Ia mempunyai 3 bilik berasingan iaitu 1 bilik Server yang terletak di bangunan kecemasan, 1 Bengkel IT/Penyimpanan dan 1 Bilik Pejabat IT
Antara tanggungjawab Unit Teknologi Maklumat adalah;
- Menyediakan peralatan serta infrastruktur berkaitan ICT
- Menyelenggara peralatan ICT hak milik Hospital Semporna
- Menyelia dan memantau pihak vendor peralatan ICT
- Membantu,Khidmat ICT kepada PTJ luar seperti
- Pejabat Kesihatan Kawasan Semporna
- Klinik Kesihatan Kawasan Semporna
Unit Teknologi Maklumat juga berperanan untuk memantau dan memberi sokongan teknikal terhadap aplikasi-aplikasi kerajaan yang digunapakai di Hospital Semporna antaranya:
- ePerolehan
- HRMIS
- Sistem SUKUSA(Makmal Darah)
- Sistem Pendaftaran Radiologi(X-ray)
- Sistem Orthanc (X-ray)
- eTerimaan
- 1gfmas
- MyCPD
- eNotifikasi
- iKelahiran
- Malaysian DRG
- Servqual KKM
- eBilling
- phis
Objektif
Menyediakan perkhidmatan sokongan teknologi maklumat kepada semua pengguna hospital dalam usaha kearah memperbaiki dan mempertingkatkan keberkesanan,kualiti dan produktiviti dalam sistem pentadbiran KKM dan kesihatan orang awam.
VISI
Hospital Semporna mempunyai sistem pengurusan maklumat yang cekap dan berkesan menerusi teknologi terkini, inovasi berterusan dan perkhidmatan yang cemerlang.
Melahirkan anggota Hospital Semporna yang peka dan celik dalam penggunaan sistem maklumat yang terdapat di Hospital Semporna .
Misi
Untuk menjadikan warga hospital yang mahir menggunakan ICT seiring dengan perkembangan teknologi perubatan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan berkesan dan cemerlang.
Skop Perkhidmatan
1. Merancang dan menyediakan infrastruktur ICT selaras dengan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan garis panduan pelaksanaan aplikasi Kerajaan Elektronik;
2. Menyediakan perkhidmatan dan bantuan teknikal bagi pelaksanaan projek-projek ICT KKM dan aplikasi Kerajaan Elektronik di peringkat Hospital Semporna;
3. Menyelenggara peralatan ICT dan rangkaian di Hospital Semporna supaya dapat digunakan dengan baik.
4. Merancang dan memperkukuh insfrastructur ICT Hospital Semporna
5. Memastikan semua aduan pengguna ICT diambil perhatian dan diberikan penyelesaian segera.
6. Memastikan semua aplikasi KKM dan EG dapat dicapai dan diakses sepanjang masa.
7. Memastikan aplikasi dalaman seperti orthanc,ebilling ,Sukusa dapat dicapai dan diakses sepanjang masa.
8. Memastikan Rangkaian Setempat (LAN) di Hospital Semporna beroperasi dengan baik dan boleh dicapai sepanjang masa
9. Memastikan pengguna dapat membuat capaian internet
10. Memastikan aktiviti housekeeping terhadap semua komputer dibuat setiap tahun.
11. Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal kepada semua pengguna yang memerlukan.
12. Memastikan keselamatan data dan peralatan ICT.
13. Membuat backup data server harian/mingguan/bulanan.
14. Mengurus dan mengatur pelupusan aset ICT Hospital Semporna
15. Membuat kerja-kerja pembaikan peralatan yang rosak yang tidak di selenggara pihak kontraktor
Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
HOSPITAL SEMPORNA