PENGENALAN
Unit Penolong Pegawai Perubatan merupakan unit yang bertanggungjawab kepada pengurusan sumber, penyeliaan klinikal dan pemantauan semua aktiviti perkhidmatan melibatkan Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Kenderaan di Hospital Semporna.
Visi
Pasukan sokongan perkhidmatan klinikal yang kompiten dan didikasi selari dengan ketetapan pencapaian Hospital
Misi
Memberikan pendedahan perkhidmatan klinikal yang berterusan dikalangan anggota supaya setiap yang diberi secara professional dan berkesan.
Objektif
Unit Penolong Pegawai Perubatan bertanggungjawab menyediakan Perkhidmatan seperti berikut;
- Memastikan perkhidmatan yang dilakukan, dilaksanakan secara professional, cekap dan berkesan
- Memastikan perkhidmatan yang dilakukan oleh anggota sokongnan dibawah jagaan memenuhi kerluan peangan
- Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan penempatan bilangan anggota di unit mengikut kepentingan perkhidmatan
- Merangka dan menyelaras program latihan kepada anggota dibawah Kawalan
Kewajipan Pelanggan
- Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
- Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan penuh bertanggungjawab.
- Menyediakan dan mengemukana dokumen-dokumen yang berkaitan dengan lengkap apabila diperlukan.
Skop Perkhidmatan
- Pengurusan Sumber Manusia
- Urusan Keperluan Anggota / Permohonan Perjawatan Baru.
- Urusan Penempatan
- Urusan Pengagihan Anggota
- Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota
Pengurusan Sumber Manusia
- Anggota di bawah jagaan Unit Penolong Pegawai Perubatan adalah Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Kenderaan yang terdiri dari pelbagai gred. Anggota-anggota di bawah jagaan ditempatkan di jabatan/unit/wad mengikut latihan klinikal yang ada dan mengikut kepentingan perkhidmatan.
- Reputasi profesyen di kalangan masyarakat memerlukan setiap Penolong Pegawai Perubatan mengamalkan tingkah laku dan kelakuan yang baik bukan sahaja semasa melaksanakan tugas profesyennya tetapi hendaklah pada setiap masa.
- Dalam menjalankan amalan profesyen mereka, Penolong Pegawai Perubatan yang Bertugas sebagai ahli pasukan penjagaan kesihatan , adalah membantu Pegawai Perubatan dan Profesional yang lain dalam pengurusan semua kes dan berhak untuk merujuk kepada Pegawai Perubatan semua kes di luar kemampuan profesionalnya.
Pengurusan Latihan
- Orientasi Anggota Baru.
Semua anggota baru akan diberi orientasi berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab di disiplin masing-masing serta penerangan mengenai organisasi hospital secara keseluruhannya
- Merancang latihan bagi anggota.
- Semua anggota yang berkelayakan digalakan menjalani latihan pos-basik.
- Program Pendidikan Berterusan akan diadakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Semua anggota di bawah penyeliaan digalakkan menghadiri sesi CME dan CNE hospital bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kerja masing-masing
- . Menyelaras latihan yang dihadiri oleh anggot
- Mengurus Buku Log Latihan dan Buku CPD anggot
Pendaftaran Penolong Pegawai Perubatan
- Penyelia Penolong Pegawai Perubatan memastikan setiap Penolong Pegawai Perubatan mempunyai dan membaharui Sijil Amalan Tahunan (APC) selaras dengan keperluan Akta 180,1977 Pembantu Perubatan.
Displin
- Setiap anggota di bawah jagaan dimestikan mematuhi waktu bekerja. Kehadiran masa bertugas hendaklah dicatat Kad Perakam Waktu. Anggota akan mencatatkan pergerakan di waktu kerja ke dalam Buku Pergerakan anggota.
- Sokongan dari Penyelia Klinik / Unit dan kelulusan permohonan cuti dari Penyelia Zon hendaklah diperolehi sebelum bercuti. Cuti hendaklah dirancang dan dipohon melalui kaedah yang ditetapkan oleh jabatan.
- Cuti Sakit hendaklah diperolehi dari hospital / Klinik Kerajaan. Cuti sakit perlu diserahkan kepada Penyelia Unit pada hari pertama cuti sakit tersebut dikeluarkan.
- Semua anggota dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap yang dibekalkan dan tanda nama semasa bertugas. Pakaian seragam tidak digalakan dipakai di luar bangunan hospital atau semasa tidak menjalankan tugas rasmi.
Tugas atas panggilan
- Penolong Pegawai Perubatan Gred U32 perlu bersiap sedia bertugas atas panggilan pada bila-bila masa diperlukan seperti jika apabila berlaku kecemasan / bencana dan lain-lain lagi.
- Semua anggota di bawah penyeliaan dikehendaki sentiasa siap siaga menjalankan tugas bila-bila masa apabila diarahkan.
- Penyelia jabatan / unit dikehendaki menyediakan jadual tugas atas panggilan harian bagi anggota di bawah penyeliaan masing-masing.
- Penyelia-Penyelia bertanggungjawab untuk menjalankan pemantauan klinikal dan buka klinikal
Penilaian prestasi anggota
- Setiap anggota di bawah jagaan dinilai prestasi kerja tahunan dan semakan semula perlu dibuat pada pertengahan tahun.
- Proses Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi anggota di bawah jagaan adalah mengikut kaedah / kesesuaian dan arahan semasa.
- Adalah menjadi tugas Ketua Penyelia Penolong Pegawai menyediakan laporan penilaian anggota pada akhir tahun untuk tujuan pergerakan gaji, kenaikan pangkat dan sokongan perkhidmatan seperti pencalonan anugerah dan lain-lain.
Waktu Operasi
- Waktu bekerja pejabat. Hari Isnin hingga jumaat jam 0800 – 1700.
- Hari tidak bekerja pada hari sabtu, ahad dan pada hari-hari kelepasan umum.
Pentadbiran
- Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan akan mengadakan mesyuarat Teknikal Penolong Pegawai Perubatan sekurang-kurangnya tiga kali setahun dengan semua penyelia bagi membincang segala keperluan dan penambahbaikan perkhidmatan
- Menghadiri mesyuarat jabatan yang diarahkan.
- Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti jabatan.
Penyeliaan Klinikal
- Standard Operating Prosedure’(SOP) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembantu Perubatan mengikut aktiviti.
- Mematuhi senarai semak yang ditetapkan mengikut jabatan masing-masing.
- Mematuhi prosedur kawalan jangkitan.
Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan
UNIT PPP
HOSPITAL SEMPORNA