Wad Materniti Hospital Semporna

PENGENALAN

Wad Materniti adalah satu wad di Hospital Semporna yang memberikan perkhidmatan kepada ibu-ibu yang mengandung 24 minggu sehingga kelahiran bayi. Wad Materniti Hospital Semporna terdiri daripada 3 unit iaitu Labour Room (3katil bersalin), Antenatal wad (5katil) dan Postnatal Wad (6katil). Jumlah keseluruhan katil rasmi adalah 14 katil

VISI

Wad Materniti akan menyediakan perkhidmatan kebidanan yangberkualiti,cemerlang dan sempurna ke arah masyarakat yang sihat dan sejahtera.

MISI

Wad Materniti sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui:-

  • Pasukan kerja yang mengamalkan Budaya Korporat
  • Fasiliti yang selamat

OBJEKTIF

Untuk meningkatkan perawatan yang berkualiti, beretika dan selamat kepada ibu-ibu mengandung dan bayi serta memberi pendidikan kesihatan kepada semua ibu antenatal dan postnatal

PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan BAIK, MESRA, BERTIMBANG RASA, PENUH HORMAT, BERSOPAN SANTUN, JUJUR DAN IKHLAS sepanjang masa.
  • Setelah tiba diwad, setiap pesakit dan keluarga pegiringnya akan diberikan maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan ke wad.
  • Setiap pesakit akan ditempatkan dikatil dalam tempoh 30 MINIT.
  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa 30minit selepas Pegawai Perubatan dimaklumkan.
  • Setiap pesakit akan diberikan jaminan bahawa KEHORMATANNYA akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatan akan DIRAHSIAKAN dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya kepada undang-undang.
  • Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan rawatan yang lain.

DISCAJ

  • Pesakit akan diberitahu 2 jam lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad.
  • Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara berikut semasa DISCAJ.

a. Maklumat temu janji

b. Risala rawatan susulan

c. Surat rujukan kepada Pakar/ Pegawai Perubatan yang dirujuk.

d. Resit pembayaran discaj Hospital bagi pesakit.

e. Nasihat perubatan

f. Ubat-ubatan

 

SKOP PERKHIDMATAN 

Penjagaan pesakit dalam (ibu mengandung 24 minggu keatas dan ibu yang bersalin, LSCS dan EMLSCS)

 

STRUKTUR ORGANISASI

  • Pengarah Hospital akan bertanggungjawab ke atas pengurusan secara menyeluruh.
  • Pegawai Perubatan yang dilantik menjaga wad akan merawat semua pesakit dan sentiasa berada di wad semasa waktu pejabat. Pegawai Perubatan “On Call” akan merawat semua pesakit selepas waktu pejabat.
  • Ketua Jururawat bertanggungjawab untuk menyelia anggota unit,penjagaan pesakit,perkhidmatan linen,kebersihan,kawalan infeksi,penyelenggaraan dan pembaikan semua alat perubatan dan bukan perubatan.

WAKTU OPERASI

  • Memberi perkhidmatan 24 jam tanpa  melanggar polisi kementerian kesihatan Malaysia serta adat resam pelanggan.

POLISI  PENYUSUAN HOSPITAL SEMPORNA

  1. Mempunyai polisi bertulis tentang penyusuan Susu ibu yang disampaikan kepada semua anggota kesihatan secara berkala.
  2. Melatih semua anggota dalam kemahiran yang perlu untuk melaksakan polisi ini.
  3. Memberitahu semua ibu hamil tentang kebaikan susu ibu dan pengurusan penyusuan susu ibu
  4. Membantu ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran bayi memerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran sekurang-kurangnya ½ jam. Bantu ibu untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan berikan bantuan sekiranya perlu.
  5. Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupum mereka terpisah daripada bayi.
  6. Tidak memberikan bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
  7. Ibu dan bayi sentiasa dipastikan sentiasa bersama setiap masa.
  8. Mengalakkan penyusuan  susu ibu mengikut kehendak bayi (baby led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda menyusu (feeding cues).
  9. Tidak memberi putting tiruan atau putting kosong kepada bayi yang menyusu susu ibu.
  10. Mengalakkan penubuhan kumpulan sokongsn penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar daripada hospital atau klinik.
  11. Semua anggota kesihatan perlu mematuhi tata etika pemasaran makanan bayi dan prouk berkaitan yang telah ditetapkan dengan melarang sebarang promosi serta penerimaan susu formula, botol susu, putting tiruan dan bahan-bahan yang berkaitan.
  12. Mengamalkan penjagaan mesra ibu, iaitu semua ibu digalakkan untuk mengambil minuman dan makanan ringan, mengalakkan berjalan dan bergerak sebelum melahirkan dan mengalakkan ibu  untuk menggunakan kaedah bukan ubat untuk mengurangkan sakit semasa bersalin
  13. ibu-ibu yang tidak dapat memeberikan penyusuan susu ibu kepada bayi mareka akan diberikan kaunseling tentang cara penyediaan dan pemberian susu yang selamat.

 

POLISI HOSPITAL MESRA IBU HOSPITAL SEMPORNA

  1. Mengalakkan ibu untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu kelahiran.
  2. Ibu-ibu akan dibenarkan mengambil makanan dan minuman ringan jika ibu mahu semasa semasa proses kelahiran di Dewan bersalin. Ini akan dibenarkan kepada ibu-ibu yang berisiko rendah sahaja.
  3. Mengalakkan ibu-ibu memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubat-ubatan melainkan jika diperlukan atau atas permintaan ibu tersebut. Kaedah bukan ubat yang digalakkan atau dilakukan kepada ibu seperti memberi urutan belakang, senaman tarik nafas dan lain-lain lagi mengikut kehendak ibu tersebut
  4. Kaedah kelahiran yang dibenarkan di Hospital semporna hanyalah posisi Dorsal sahaja. Jika ibu-ibu ingin bersalindengan posisi lain adalah tidak digalakkan dan akan diterangkan kepada ibu komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku.
  5. Tidak menggunakan sebarang prosedur invasive semasa proses kelahiran seperti episiotomy, memecahkan selaput ketuban dan mengunakan sebarang “instrument delivery seperti forcep dan vaccum kecuali atas sebab-sebab yang tidak dielakkan.

SKOP PERKHIDMATAN (DETAIL)

Sistem penyampaian perkhidmatan

  • Mengadakan kemudahan pemeriksaan, diagnosa, rawatan, penjagaan kejururawatan dan pemulihan kepada semua ibu mengandung di atas 24 minggu gestasi, ibu-ibu baru bersalin
  • merujuk kes komplikasi atau berisiko tinggi kepada Pakar O&G atau Pakar berkenaan jika ada komplikasi berkaitan dengan masalah perubatan dan pembedahan.
  • Mengadakan persekitaran hospital Rakan Bayi dan Mesra Ibu setiap masa.
  • Memberi suntikan imunisasi pertama Hepatitis B dan BCG.
  • Memberi pendidikan kesihatan denga mengutamakan pendidikan perancang keluarga dan penyusuan susu ibu.
  • Memastikan semua kemasukan telah dimasukkan dalam SMRP dan dikemaskini sebaik sahaja pesakit dibenarkan discaj atau pulang.
  • Memastikan semua kelahiran dimasukkan data-data dalam i-kelahiran.

POLISI OPERASI UMUM

Kemasukan pesakit

  • Sumber kemasukan pesakit adalah dari unit Kecemasan atau pesakit datang sendiri dari rumah.
  • Semua pesakit hendaklah diperiksa terlebih dahulu oleh Pegawai Perubatan dari sumber kemasukan dan didaftafkan terlebih dahulu.
  • Setiap kemasukan direkodkan ke dalam rekod kemasukan dalam wad oleh jururawat yang bertugas dan tanda nama hendaklah dipasngkan dilengan ibu.
  •  Ibu-ibu sudah bersalin yang dirujuk daripada luar ataupun kelahiran sebelum tiba di hospital dalam masa 24 jam dimasukkan terus ke Wad bersalin bersama-sama dengan bayi. Bayi yang baru lahir yang mempunyai komplikasi akan dimasukkan ke Wad Kanak-Kanak.
  • Semua ibu yang mengandung dan ibu bersalin akan diperiksa dibilik pemeriksaanoleh Jururawat dan Pegawai Perubatan.
  • Semua ibu yang dimasukkan ke Wad bersalin yang berisiko hendaklah dirujuk kepada doktor dengan segera dan laporkan kepada Klinik Kesihatan Ibu dan Anak untuk tindakan susulan.
  • Semasa menerima ibu, kakitangan yang bertugas hendaklah memastikan pengenalan diri yang betul seperti dalam borang kemasukan
  • Kes-kes yang memerlukan pemerhatian rapi hendaklah diletakkan berhampiran dengan kaunter jururawat iaitu katil no.2 dan katil no.3.

 

MASA MELAWAT

  • Jadual masa melawat pesakit adalah seperti berikut:

HARI

WAKTU

MASA

ISNIN - JUMAAT

PAGI

6pagi-7pagi

TENGAHARI

12.30 tengahari-2.00petang

PETANG

4.30petang-7.30petang

SABTU,AHAD CUTI UMUM

PAGI

6pagi-7pagi

PETANG

12.30tengahari-7.30malam

         

POLISI WAD

Berkaitan dengan peraturan-peraturan yang ada di hospital yang patut dipatuhi seperti di LARANG MEROKOK dan VAPE, LARANGAN menggunakan telefon bimbit semasa penggunaan Mesin-mesin tertentu, mengambil foto dan video didalam wad.

POLISI PENGURUSAN HARTA BENDA PESAKIT

  • Pesakit dan keluarga tidak dibenarkan membawa barangan yang berharga dan wang tunai yang berlebihan. pihak hospital tidak bertanggungjawab atas kehilangan harta benda pesakit.
  • Polisi hak-hak pesakit dan keluarga pesakit.
  • Kemudahan asas yang terdapat dlam wad dan di kawasan hospital seperti tandas awam, surau, tempat buang sampah dan lain-lain.

 

PENGURUSAN PESAKIT DALAM WAD

  • Setiap ibu yang diperiksa oleh pegawai perubatan lelaki hendaklah disaksikan oleh seorang jururawat perempuan.
  • Setiap tatacara hendaklah dijalankan dibilik rawatan dan tatacara yang dilakukan di katil hendaklah mendapatkan privasi.
  • Semua kes ibu mengandung dibawah 25/54 hendaklah di rawat di unit kecemasan dan dimasukkan di wad Perempuan.
  • kes Red Alert jika berlaku di unit kecemasan hendaklah dirawat di unit tersebut dimana tidak perlu dihantar ke wad bersalin dan kakitangan di wad bersalin hendaklah diberitahu segera.  
  • Kes-kes Single Parent hendaklah dirujuk kepada Pegawai Kebajikan Hospital dan Jabatan Kebajikan.
  • Setiap kakitangan akan sentiasa mengawasi keselamatan bayi mengikut Polisi Keselamatan Bayi yang dikeluarkan dari KKM sekiranya ibu sudah bersalin.
  • Semua ibu digalakkan penyusuan susu ibu selaras dengan polisi “Baby Friendly Hospital”.



PENGURUSAN KESELAMATAN PESAKIT (PATIENT SAFETY) DAN INSIDEN

  •  Pesakit akan dipakaikan tag nama / identity mengikut polisi identity pesakit dalam peraturan “patient safety” sepanjang masa berada  di dalam wad sehinggalah pesakit discaj.
  • Penjagaan pesakit tertakluk di bawah peraturan “patient safety” hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Pihak wad akan memaklumkan Pengarah Hospital/ Ketua Jururawat sekiranya ada berlaku sebarang insiden dalam wad. Bagi keadaan yang sangat sibuk, Ketua Jururawat “On Call” hendaklah dimaklumkan untuk mendapatkan penambahan anggota.
  • Keizinan (consent) akan diperolehi dari pesakit / keluarga  pesakit terdekat sebelum melakukan prosedur tertentu. Pegawai Perubatan akan memberikan penjelasan kepada pesakit/ keluarga pesakit tentang prosedur yang di lakukan.

 

RUJUKAN KE HOSPITAL TAWAU (KLUSTER)

  • Pesakit yang dirujuk ke Hospital Tawau akan diiringi oleh Jururawat dan diiringi oleh Pegawai Perubatan mengikut arahan daripada Pakar O&G dari Tawau terutama yang active phase of labor , berisiko tinggi dan tenat.
  • Kes rujukan yang dihantar ke Hospital Tawau pada sebelah pagi,akan diiringi oleh Jururawat yang bertugas pagi ,
  • Semua kes rujukan hendaklah dibuat laporan dan direkod dalam Buku rekod penghantaran pesakit ke tawau.
  • Jururawat yang mengiringi pesakit ke Tawau memastikan ‘Escort Kit” adalah lengkap dan beg hendaklah diperiksa dan disemak secara berkala mengikut senarai semak.
  • Jururawat yang mengiringi pesakit ke Tawau juga hendaklah memastikan keperluan untuk pemeriksaan tanda-tanda vital adalah lengkap seperti BP SET ,SPO2,DEPTON,TPR,DXT dan pemeriksaan dilakukan setiap 15minit sepanjang perjalanan ke Hospital Rujukan.
  • Pengarah hospital atas keizinan daripada Pakar boleh memberi kebenaran kepada Pegawai Perubatan melakukan pembedahan atau prosedur.
  • Waris pesakit hendaklah diberitahu dan dimaklumkan sekiranya pesakit dalam keadaan tenat.
  • Kes rujukan ibu yang sudah bersalin  ,bayi hendaklah dibawa bersama-sama dan suntikan BCG dan Hepatitis B hendaklah diberi segera walaupun kes pada waktu malam kecuali bayi yang ada komplikasi.
  • Semua rekod perubatan pesakit dibawa bersama pesakit dan disimpan dalam beg berkunci sehingga tiba di Hospital rujukan.

 

DISCAJ DARIPADA WAD

  • Pesakit akan diberitahu oleh Pegawai Perubatan jika dibenarkan pulang ke rumah.
    • Pemeriksaan fizikal ibu dan bayi bagi mengesan sebarang abnormality dan komplikasi dilakukan sebelum dibenarkan pulang.
  • Suntikan BCG dan Hepatitis B akan diberi kepada bayi sebelum pesakit dibenarkan pulang.
  • Ubat-ubatan seperti vitamin dan pencuci pusat bayi serta ubat khusus akan diberikan oleh Pegawai Farmasi secara “Bedside dispencing”.
  • Semua bayi yang baru lahir akan diberi suntikan Hepatitis B dan BCG di Wad bersalin kecuali bayi yang ada komplikasi.
  • Sebelum keluar dari wad,ibu-ibu akan diserahkan: 
  1. Borang Pendaftaran Kelahiran / Kelahiran Mati JPN LM01.
  2. Buku Rekod Kesihatan Bayi & Kanak-kanak 0-6 tahun.
  3. Buku Antenatal KIK/1(a)96.
  4. Kad Temujanji jika ada.
  5. Borang Kepingan Caj jika berkenaan.
  6. Borang Pemeriksaan Pengawal Keselamatan.
  • Semua ibu yang discaj hendaklah mengikut Polisi Keselamatan Bayi seperti dalam Garis Panduan Sistem Kawalan Keselamatan Bayi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Rujuk Polisi Keselamatan Bayi KKM).
  • Pesakit atau waris hendaklah menjelaskan bayaran hospital terlebih dahulu di kaunter hasil Unit Pentadbiran sebelum meninggalkan wad.
  • Data pesakit yang telah bersalin akan dimasukkan dalam Sistem Maklumat Rawatan Perubatan (SMRP) apabila pesakit telah discaj dari wad.
  • Bagi kes ibu yang berisiko dan memerlukan rawatan susulan , tarikh temujanji hendaklah ditempah dengan Jururawat  (klinik Ulangan).

 

AOR DISCAJ

  • Pesakit yang ingin keluar dari hospital tanpa mematuhi nasihat Pegawai Perubatan hendaklah mengisi dan menandatangan boring atas tanggungan risiko sendiri (AOR FORM).
  • Sebelum dibenarkan AOR, Pegawai Perubatan akan memberi penjelasan tentang progress dan prognosis penyakit pesakit dan menerangkan kesan kepada penyakitnya sekiranya tidak menerima rawatan atau keluar wad.
  • Penjelasan oleh Jururawat dan Pegawai Perubatan bertugas ke atas pesakit AOR hendaklah didokumentasikan dalam nota pesakit (case note).
  • Pesakit dibawah umur 18 tahun hendaklah mendapatkan persetujuan/ keizinan daripada ibubapa / penjaga yang sah untuk kebenaran balik dengan risiko sendiri.

ABSCOND DISCAJ

  • Pesakit yang keluar dari wad tanpa pengetahuan Jururawat bertugas akan dimaklumkan kepada pihak polis setelah pesakit tersebut tidak dating ke wad selepas 24 jam. 

KESELAMATAN

  • Setiap pesakit di masukkan ke wad akan dipakaikan tag nama.Tag nama perlu dipakai sepanjang pesakit berada di wad dan sehinggalah pesakit discaj.
  • Pintu utama dan pintu belakang wad mestilah sentiasa berkunci dan dikawal.
  • ibu yang mengiringi bayi di wad mesti memaklumkan kepada Jururawat sebelum meninggalkan bayi untuk sebarang urusan.
  • Pemeriksaan tag dilakukan oleh anggota kesihtan yang mengurtuskan discaj penyemakan dan pemeriksaan.

“TAGGING”

  • Pemasangan Tag dibuat untuk semua kelahiran hidup dan kelahiran mati dan dikekalkan sehingga bayi bawa pulang.
  • Sebaik sahaja bayi dipotong tali pusatnya, bayi ditunjukkan kepada ibu. Ibu diminta menyebut jantina bayi dan menurunkan tandatangan/ cap jari ibu untuk pengesahan jantina sebelum Tag di pasangkan.
  • Tag nama dipakaikan di kaki bayi dihadapan ibu. Tag nama juga dipakaikan di kaki bayi sebelum prosedur resussitasi bagi bayi-bayi yang bermasalah kritikal.

 

DISCAJ BAYI

  • Jururawat / Jururawat Masyarakat yang menguruskan discaj hendaklah memastikan kad pengenalan ibu, Kad Antenatal KIK I(a)/96 dan borang pengesahan kelahiran sepadan dengan Tag nama bayi.
  • Jururawat terlatih / Jururawat Masyarakat memberi arahan supaya ibu/bapa bayi menunjukkan boring kebenaran membawa bayi pelang kepada pengawal di pintu wad.
  • Pastikan Tag nama ibu dan Tag nama bayi di pakai sehingga sampai dirumah dan pemotongan Tag nama hanya di lakukan oleh ibubapa bayi dirumah.
  • Pengawal bertugas di pintu wad akan menyemak;
  • Nama ibu di kad antenatal KIK I(a)/96
  • Kad pengenalan ibu/ Passport.
  • Tag Nama pada bayi adalah sepadan dengan Tag nama pada ibu.
  • Merekodkan dalam buku rekod keluar wad.
  • Borang pengenalan discaj bayi.
  • Proses yang sama dilakukan untuk menuntut jenazah bayi.

 

KAWALAN JANGKITAN

  • Semua kes berjangkit akan dinotifikasikan kepada Pejabat Kesihatan mengikut tempoh masa pelaporan setiap kes.
  • Bagi kes-kes Malaria dan Denggi, kelambu akan dipasang pada katil pesakit bermula dari jam 5 petang hingga jam 8 pagi. 
  • Pengendalian kelahiran untuk kes berjangkit melalui darah;
  • Penggunaan PPE untuk anggota yang mengendalikan kelahiran.
  • “Terminal Cleansing” akan dibuat ke atas pesakit dan persekitaran selepas selesai proses kelahiran dan pesakit discaj.
  • Plasenta dikendalikan mengikut standart yang terdapat dalam polisi pengendalian plasenta.
  • 7 moment hand hygiene perlu dipraktis oleh semua anggota kesihatan.
  • Pesakit dan keluarga akan diberikan tunjuk ajar tentang penggunaan “hand rub” dan kepentingannya.
  • Semua peralatan steril dihantar ke CSSU untuk sucihama.
  • Peralatan steril disimpan di Utiliti Bersih mengikut system FIFO.
  • Pengurusan sisa klinikal, benda tajam dan sisa am dikendalikan mengikut standard kawalan infeksi.
  • Pengurusan linen dikendalikan mengkut standard dalam kawalan infeksi.

 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan

WAD MATERNITI
HOSPITAL SEMPORNA