Unit Radiologi Hospital Semporna

PENGENALAN

Unit  Radiologi  merupakan satu unit sokongan klinikal yang menyediakan perkhidmatan radiologi  kepada  pesakit dalam, pesakit ulangan dan pesakit dari Unit Kecemasan Hospital Semporna. Perkhidmatan ini juga merangkumi pesakit- pesakit yang dirujuk  dari Klinik Pesakit Luar dan hospital-hospital lain.

VISI

Unit Radiologi akan menjadi pusat perkhidmatan pengimejan perubatan yang terunggul di Daerah Semporna

MISI 

Unit Radiologi akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan berdasarkan kepada lima elemen utama standard akreditasi :

  1. Pengurusan Organisasi
  2. Pengurusan Sumber Manusia
  3. Polisi dan prosedur
  4. Fasiliti dan peralatan
  5. Keselamatan dan aktiviti kualiti

 OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan pengimejan yang berdiagnostik tinggi kepada pelanggan/ pesakit dan memberi perlindungan sinaran radiasi yang maksima.


SKOP PERKHIDMATAN

1. Pemeriksaan Radiografi Am

  •  X-ray dada
  •  Extremiti atas dan bawah
  •  Rangka kepala 
  •  Abdomen
  •  Spina Vertebra
  •  Pelvis dan lain-lain.     

2. Pemeriksaan Radiografi mudahalih/Mudahgerak

  • Pemeriksaan Radiografi Forensik
  • Perkhidmatan selepas waktu pejabat ( ON CALL)

 

WAKTU OPERASI

Unit Radiologi beroperasi selama 24 jam dalam sehari.

Masa Operasi Waktu Pejabat :

HARI

MASA

ISNIN – KHAMIS

8.00 Pagi – 1.00 Petang

1petang-2petang (Rehat)

2.00 Petang – 5.00 Petang

JUMAAT

8.00 Pagi – 11.30 Pagi

11.30pagi-2petang (Rehat)

2.00 Petang – 5.00 Petang

SABTU, AHAD, CUTI UMUM

TUTUP

 

Masa Operasi Selepas Waktu Pejabat ( On Call

HARI

MASA


ISNIN – KHAMIS

1.00 Petang – 2.00 Petang

5.00 Petang – 8.00 Pagi


JUMAAT

11.30 Pagi – 2.00 Petang

5.00 Petang – 8.00 Pagi


SABTU, AHAD,

CUTI UMUM


8.00 Pagi – 8.00 pagi (hari berikutnya)

 

 

 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan
 
UNIT RADIOLOGI
HOSPITAL SEMPORNA