Klinik Pakar Hospital Semporna

PENGENALAN

Perkhidmatan kepakaran dan Sub-kepakaran telah berkembang dengan pesatnya di hospital hospital berpakar di Sabah. Pertambahan skop perkhidmatan kepakaran juga telah memperlihatkan peningkatan jumlah rujukan pesakit dari daerah yang memerlukan perkhidmatan ‘step-up care’  yang bersesuaian. Persakit pesakit ini dirujuk dari fasiliti kesihatan primer disektor kerajaan dan sector swasta ke Hospital  kerajaan berpakar. 

Dalam usaha untuk memantapkan sistem rujukan diantara fasiliti (inter-fasility referrals) bagi memastikan kesinambungan rawatan pesakit serta untuk memastikan agar perkhidmatan berkualiti dapat diberikan semasa proses rujukan  maka klinik Pakar Hospital Semporna  telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Polisi Klinik Pakar Hospital Semporna  bagi melancarkan lagi proses rujukan.

 

Klinik Pakar ini juga dikenali sebagai KLINIK PAKAR TUANKU SYED PUTRA PERLIS. 

Pada  20hb Mei 2019 Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail , Raja Muda Perlis merangkap pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, telah membuat lawatan rasmi ke Hospital Semporna dan telah merasmikan Klinik Berhenti Merokok dan Klinik Ulangan Pakar. Maka nama klinik tersebut telah berubah dari klinik Ulangan Pakar kepada Klinik  Pakar Tuanku Syed Putra Perlis.

 

VISI

Berusaha meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan dikalangan masyarakat tempatan melalui peerkhidmatan yang berkualiti dan sentiasa mengutamakan kehendak dan kepuasan pelanggan.

 

MISI

  • Memudahkan pesakit mendapatkan rawatan susulan dan rujukan melalui perkhidmatan lawatan pakar.
  • Memberi perkhidmatan dan rawatan kepakaran yang berkualiti cekap, berkesan serta prihatin kepada semua pelanggan.

 

OBJEKTIF

  • Menyediakan serta memudahkan sisitem rujukan pesakit antara fasiliti kesihatan primer(kerajaan dan swasta) dan Hospital tanpa pakar.

 

PIAGAM PELANGGAN

Tanggungjawab kami adalah;

  1. Pelanggan yang memerlukan temujanji adalah mereka yang berada dalam keadaan yang stabil.
  2. Setiap Pelanggan akan dilayan berdasarkan nilai-nilai murni, profesional dan penyayang tanpa mengira bangsa, agama dan taraf sosio-ekonomi.
  3. Mengutamakan kerahsiaan, maruah, dan hak pelanggan sentiasa dilindungi dan dipelihara.
  4. Setiap pelanggan akan dibekalkan dengan maklumat temujanji dan surat rujukan jika perlu.
  5. Memastikan semua kes diberikan rawatan sewajarnya.
  6. Memastikan program promosi kesihatan dijalankan setiap masa disamping memberi khidmat nasihat kepada pesakit tertentu dan keluarga mereka jika perlu.

 

SKOP PERKHIDMATAN

2.2.1 Rawatan Susulan Klinik Pakar

  1. Klinik beroperasi bermula dari jam 7.30pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.30 petang.
  2. Semua pesakit akan diberikan nombor giliran.
  3. Setiap pesakit akan menerima rawatan mengikut temujanji yang ditetapkan kecuali kes-kes akut dan kecemasan.
  4. Tanggungjawab pelanggan :

            i) Membawa dukuman seperti berikut ;

  • Kad pengenalan/sijil lahir/passport
  • Surat Majikan/GL/Kad OKU/Kad Pesara
  • Sijil nikah/surat sekolah

     ii)   Menjelaskan Bayaran pendaftaran di kaunter hasil

  • Kakitangan Kerajaan (GL) – Percuma
  • Warga Emas >60tahun(warganegara) – Percuma
  • Pesara(kad pesara), Pemegang Kad kebajukan(OKU) – percuma.
  • Pelajar sekolah(Surat Sekolah) - Percuma
  • Bayaran Warganegara RM5.00
  • Bayaran Bukan Warganegara RM120.00

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumbalas lanjut, sila hubungi  talian no. tel 089-782108/089-781522 Ext. 354.

 

 

FUNGSI UTAMA  
  • Memberi perkhidmatan rawatan susulan kepada pesakit yang dirujuk kepada Pakar dengan berbagai disiplin.
PRODUK PERKHIDMATAN

Produk perkhidmatan yang ditawarkan oleh klinik pakar adalah bergantung kepada ;

  • Fungsi Utama (Promotive, preventive dan curative)
  • Sasaran pelanggan (Pesakit dalam dan pesakit luar).
  • Kewujudan fasiliti dan peralatan yang sesuai
  • Kemampuan tenaga kerja (Bilangan dan kepakaran petugas)
 
KAEDAH PEMBERIAN PERKHIDMATAN

Unit klinik pakar Hospital Semporna bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan rawatan susulan bagi disiplin berikut;



BIL

DISIPLIN

KEKERAPAN

1

Pakar O&G

Empat kali sebulan

2

Pakar Perubatan

Sebulan sekali

3

Pakar Ortho

Sebulan sekali

4

Pakar Pembedahan

Sebulan sekali

5

Pakar Pediatrik

Sebulan sekali

6

Pakar Psikiatrik

Dua kali sebulan

7

Pakar Oftalmologi

Dua bulan sekali

8

Pakar Otorinolaringologi

Dua bulan sekali



SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Perkhidmatan disediakan di Hospital Semporna melalui  rujukan dari klinik kesihatan, Hospital, Jabatan kecemasan dan unit pesakit dalam.

 

1. Rujukan Pesakit Dalam

  • Pesakit Dalam adalah pesakit yang dirujuk daripada Wad-wad oleh Pegawai Perubatan. 
  • Temujanji hendaklah dibuat melalui klinik pakar untuk tujuan pendaftaran kehadiran ke klinik dan berjumpa dengan Pakar.
  • Semua penilaian dan rawatan yang telah dijalankan kepada pesakit dalam perlu direkodkan dalam nota pesakit berdasarkan ‘ Problem Orientated Medical Record System’(POMR) dan ditandatangani oleh kakitangan yang bertugas.
  • Pesakit dalam yang telah di discaj dan memerlukan rawatan susulan pakar hendaklah dirujuk oleh pegawai perubatan kepada pakar mengikut disiplin penyakit.

2. Rujukan Pesakit Luar

  • Pesakit Luar adalah pesakit yang menerima surat atau borang rujukan daripada Pegawai-pegawai Perubatan atau Pakar-pakar Perubatan klinik/hospital-hospital kerajaan atau swasta.
  • Pesakit luar adalah tertakluk kepada sistem temujanji yang diberikan  pada kad temujanji Klinik Pakar oleh Kakitangan klinik. Jika Pesakit tersebut gagal mengikuti tarikh dan masa temujanji yang diberikan dan gagal memaklumkan sebarang perubahan temujanji selama 3 minggu berturut-turut, pesakit tersebut akan diberhentikan dari menjalankan rawatan susulan dan perlu mendapatkan borang rujukan yang baru. 
  • Penilaian dan rawatan kepada pesakit Luar direkodkan ke dalam fail Pesakit (RPP)  dan disimpan oleh Unit rekod.

 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan

KLINIK PAKAR
HOSPITAL SEMPORNA