Unit Fisioterapi Hospital Semporna

  • TUJUAN

Polisi  ini disediakan khusus kepada kegunaan Unit Fisioterapi, Hospital Semporna. Polisi ini secara ringkasnya sebagai rujukan umum kepada Unit Fisioterapi dan Unit-unit lain di Hospital Semporna dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Polisi ini akan dikemaskini setiap  setahun seperti yang ditetapkan. Walaubagaimana pun, polisi ini akan sentiasa disemak dan dikemaskini  dari masa ke semasa mengikut keadaan dan keperluan

Jurupulih Perubatan Fisioterapi (Yang Menjaga) adalah bertanggungjawab memastikan polisi ini diikuti dan dipatuhi dalam menjalankan operasi harian Unit.

 

  • PENGENALAN

Unit Fisioterapi merupakan Unit Sokongan Klinikal yang terletak bersebelahan dengan Unit Radiologi (Bahagian Kanan) dan pintu masuk ke Unit Pesakit Dalam (Bahagian Kiri). Bahagian hadapan unit ini adalah Unit Pathologi dan Tabung Darah serta bahagian belakang Unit Fisioterapi adalah Unit Kejururawatan.

 

  • VISI

Memberi perkhidmatan Fisioterapi yang cermerlang, berteknologi tinggi dan menepati keperluan segenap lapisan masyarakat  ke arah meningkatkan kualiti hidup.

 

  • MISI

Komited terhadap penyediaan perkhidmatan Fisioterapi yang berkualiti,cekap, berkesan dan ‘Cost-Effective’ serta prihatin kepada semua pelanggan berteraskan Budaya Korporat.

 

  • OBJEKTIF

Menyediakan Fasiliti, peralatan, tenaga kerja yang mencukupi dalam memberikan perkhidmatan fisioterapi yang komprehensif mengikut standard Fisioterapi yang telah ditetapkan oleh kementerian Kesihatan Malaysia

  • PIAGAM PELANGGAN

Tanggungjawab kami adalah;

  1. Setiap Pelanggan akan dilayan berdasarkan nilai-nilai murni, professional dan penyayang tanpa mengira bangsa, agama dan taraf sosio-ekonomi.
  2. Mengutamakan kerahsiaan, maruah, dan hak pelanggan sentiasa dilindungi dan dipelihara.

Pesakit Luar

  1. Pendaftaran kes baru 20 minit dan kes ulangan 15 minit
  2. Mendapat rawatan dalam 30 minit selepas pendaftaran
  3. Setiap pesakit akan menerima rawatan mengikut temujanji yang ditetapkan kecuali kes-kes akut dan kecemasan.

Pesakit Dalam

  1. Setiap kes akan diberi rawatan dalam tempoh 24 jam hari bekerja selepas borang rujukan diterima.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumbalas lanjut, sila hubungi Jurupulih Perubatan Fisioterapi (Yang Menjaga) di talian 089-782108 sambungan 331

 

SKOP PERKHIDMATAN

Unit Fisioterapi Hospital Semporna bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut :

  1. Perkhidmatan Pesakit Dalam
  2. Perkhidmatan Pesakit Luar
  3. Perkhidmatan Pemulihan Dalam Kuminiti (PDK)  

 

POLISI DAN PROSEDUR

 

Fungsi Utama  

  • Memberi perawatan ‘Curative’ dan ‘rehabilitative’ kepada pesakit yang mempunyai ketidakupayaan akibat pelbagai jenis penyakit dan kecederaan.
  • Memberi perkhidmatan ‘Preventive’ dan ‘Promotif’ kepada komuniti
  • Mengambil bahagian dalam program latihan profesional kepada pelatih perawatan Fisioterapi.(Jika ada) 

 

Produk Perkhidmatan

Produk perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Fisioterapi adalah bergantung kepada ;

  • Fungsi Utama (Promotive, preventive, curative dan Rehabilitative)
  • Sasaran pelanggan (Pesakit dan pelanggan dalaman) dan keperluan mereka.
  • Kewujudan fasiliti dan peralatan yang sesuai
  • Kemampuan tenaga kerja (Bilangan dan kepakaran petugas)

 

Senarai Produk Perkhidmatan

  1. Perkhidmatan Teras :
  1. Perawatan Fisioterapi Muskulaskeletal
  2. Perawatan Fisioterapi Respiratori
  3. Perawatan Fisioterapi Neurologi(Dewasa)
  4. Perawatan Fisioterapi Neurologi(Peadiatrik)
  5. Perawatan Fisioterapi Geriatrik
  6. Perawatan Fisioterapi Urinari Inkontinen
  7. Perawatan Fisioterapi Kecederaan Sukan

 

  1. Perkhidmatan Pengkhususan :

Tiada Rawatan pengkhususan dijalankan di Unit Fisioterapi Hospital Semporna. Pesakit/pelanggan yang memerlukan rawatan tersebut digalakkan untuk dirujuk terus ke Jabatan Fisioterapi Hospital Tawau.

  1. Perkhidmatan Multidisplinari
  1. Pemulihan Amputee
  2. Pemulihan kecederaan Saraf Tunjang(SCI)
  3. Pemulihan Strok
  4. Chronic Pain Management

 

KAEDAH PEMBERIAN PERKHIDMATAN

 Semua perkhidmatan yang diberikan akan menggunakan kaedah proses penjagaan klinikal pesakit iaitu :

1. Penilaian

-Penentuan Diagnose

2. Perancangan rawatan
3. Intervensi
4. Pendidikan pesakit serta kaunseling
5. Penilaian semula
6. Penerusan rawatan atau discaj

 

SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

 

Sistem Penjagaan Pesakit Dalam

Perkhidmatan disediakan di Hospital Semporna melalui Borang rujukan Fisio/b.ruj/hosp/2015 yang telah ditandatangani oleh Pakar/Pegawai perubatan sahaja. Jurupulih Perubatan (Fisioterapi akan memberi rawatan di wad-wad atau di Unit Fisioterapi).

 Fasiliti dan Kelengkapan

Kelengkapan mudah alih disediakan di wad, termasuklah peralatan ambulasi, peralatan mengalih pesakit, peralatan untuk perawatan respiratori fisioterapi, peralatan mudah alih (TENS, Cold Pack dan Hot Pack) dan lain-lain yang bersesuaian. Pesakit yang boleh dipindahkan akan menggunakan apa jua fasiliti di Unit Fisioterapi.

  • Masa Perkhidmatan Diberi

Perkhidmatan diberi terhad dalam masa pejabat pada hari bekerja sahaja. Perkhidmatan Tugas panggilan tidak disediakan di Hospital Semporna.

 

Sistem Penjagaan Pesakit Luar

 Perkhidmatan boleh didapati melalui rujukan di mana Jurupulih Perubatan (Fisioterapi) akan memberi Rawatan di Unit Fisioterapi Hospital Semporna melalui sistem temujanji yang telah ditetapkan.

  1. Fasiliti dan Kelengkapan

Fasiliti di Unit Pesakit Luar merupakan fasiliti utama perawatan fisioterapi. Unit Fisioterapi Hospital Semporna dilengkapi dengan peralatan yang disenaraikan dalam Lampiran 3.

  1. Masa Perkhidmatan diberi

 

HARI

PAGI

PETANG

Isnin – Khamis

8.00 pagi – 01.00 petang

2.00 petang – 5.00 petang

Jumaat

8.00 pagi – 11.30 pagi

2.00 petang – 5.00 petang

Sabtu,Ahad & Cuti Umum

Tidak beroperasi

 

 

Perkhidmatan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Perkhidmatan diberikan kepada pelanggan PDK mengikut Jadual yang ditetapkan. Perawatan yang diberikan  akan melibatkan penjaga atau sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO).

  1. Fasiliti dan kelengkapan

Kelengkapan yang disediakan termasuklah peralatan ambulasi, perlatan mudah alih (TENS, Cold Pack,Hot Pack) dan beberapa peralatan senaman yang disediakan oleh pihak PDK.

  1. Masa Perkhidmatan diberi

Jadual lawatan ke PDK ditetapkan dalam masa pejabat pada hari bekerja mengikut sistem giliran.

 

Perkhidmatan Klinik Kesihatan/Klinik Pesakit Luar

Perkhidmatan diperolehi melalui rujukan Fisio/b.ruj/KK/2015. Pesakit boleh menerima perkhidmatan di Unit Fisioterapi Klinik Kesihatan Semporna atau Unit Fisioterapi Hospital Semporna bergantung kepada Fasiliti dan kelengkapan yang disediakan. Pesakit akan tertakluk kepada sistem penjagaan Pesakit Luar (Sistem Temujanji) masing-masing.

 

Pelan/Perancangan Discaj Pesakit

Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi / Jurupulih Perubatan Fisioterapi perlu menulis ringkasan nota discaj dalam rekod perubatan pesakit dan mengisi borang discaj HSPN/PHYSIO/009 dengan lengkap

Penilaian semula perlu dijalankan sebelum pesakit tamat rawatan pemulihan. Pelan discaj perlu dimaklumkan kepada pesakit / penjaga dan pegawai perujuk Kriteria discaj rawatan Fisioterapi:

  • Pesakit telah mencapai tahap pemulihan optima(Tidak menunjukan sebarang perubahan selama 4x sesi rawatan)
  • Pesakit meninggal dunia.
  • Pesakit sendiri memohon menamatkan rawatan.
  • Pesakit dirujuk atau berpindah ke hospital atau institusi lain.
  • Pesakit “defaulted” sesi rawatan minimum 2 bulan berturut-turut.

 

Komunikasi

Menggunakan pelbagai kaedah bagi mengalakkan hubungan dalam pelbagai Jabatan/Unit klinikal dan bukan klinikal lain. Komunikasi dijalankan secara :

  • Terancang (Formal) seperti Renungan Pagi, Mesyuarat Unit, Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan/Unit yang dijalankan secara berjadual
  • Ad Hoc (Tidak Formal) adalah seperti pertemuan kakitangan dengan ketua Jabatan/Unit bagi membincangkan kes pesakit , memberi cadangan dan sebagainya.



POLISI OPERASI

1.Polisi umum

Polisi Perkhidmatan Fisioterapi adalah berpandukan kepada polisi dan objektif KKM. Polisi operasi adalah berdasarkan polisi teras berikut :

  • Semua kes yang memerlukan perkhidmatan Fisioterapi mesti dirujuk oleh Pakar-pakar/ Pegawai Perubatan sahaja.
  • Pesakit perlu dikendalikan oleh seseorang yang bertauliah dalam bidang Fisioterapi.
  • Fasiliti dan peralatan rawatan di Unit Fisioterapi mesti diselenggara dengan baik dan selamat digunakan.
  • Perkhidmatan Fisioterapi akan menyediakan pelan penjagaan/tindakan pesakit,dokumentasi dan evaluasi untuk setiap pesakit yang dirawat.
  • Keizinan pesakit/penjaga perlu diambil sebelum menjalankan sebarang prosedur.
  • Setiap Pesakit hendaklah dikenal pasti pengenalannya semasa pendaftaran dan rawatan susulan dilakukan melalui perbandingan data pengenalan pesakit dan data yang direkodkan.
  • Standard Precaution mesti dipatuhi semasa menjalankan prosedur (Rujuk Polisi & Prosedur kawalan Jangkitan, KKM)
  • Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan mestilah digunapakai dan dipatuhi semasa menjalankan perawatan Fisioterapi (Rujuk Senarai Prosedur)
  • Keselamatan, hak pesakit dan keluarganya akan diutamakan.


RUJUKAN PESAKIT DALAM

  • Pesakit Dalam adalah pesakit yang dirujuk daripada Wad-wad, Hospital Semporna Oleh Pegawai Perubatan atau Pakar-pakar Perubatan dengan menggunakan borang rujukan yang disediakan oleh Unit Fisioterapi (Fisio/b.ruj/hosp/2015)
  • Borang yang telah lengkap perlu dihantar ke Unit Fisioterapi untuk tujuan pendaftaran sebelum Penilaian dan rawatan dijalankan oleh Kakitangan yang bertugas.
  • Semua penilaian dan rawatan yang telah dijalankan kepada pesakit dalam perlu direkodkan dalam nota pesakit berdasarkan ‘ Problem Orientated Medical Record System’(POMR) dan ditandatangani oleh kakitangan yang bertugas.
  • Pesakit yang dipindahkan ke wad lain  (Wad-Wad, Hospital Semporna) dan masih memerlukan rawatan Fisioterapi, perlu membuat rujukan  baru.
  • Pesakit dalam yang telah discharge dan masih memerlukan rawatan susulan pesakit Luar perlu mendapatkan borang atau surat rujukan baru.  

RUJUKAN PESAKIT LUAR

  • Pesakit Luar adalah pesakit yang menerima surat atau borang rujukan daripada Pegawai-pegawai Perubatan atau Pakar-pakar Perubatan klinik/hospital-hospital kerajaan atau swasta.
  • Pesakit luar adalah tertakluk kepada sistem temujanji yang diberikan  pada kad temujanji pesakit luar (HSPN/PHYSIO/002) oleh Kakitangan Unit Fisioterapi. Jika Pesakit tersebut gagal mengikuti tarikh dan masa temujanji yang diberikan dan gagal memaklumkan sebarang perubahan temujanji selama 4 minggu berturut-turut, pesakit tersebut akan diberhentikan dari menjalankan rawatan susulan dan perlu mendapatkan borang rujukan yang baru. 
  • Penilaian dan rawatan kepada pesakit Luar direkodkan ke dalam Kad Pesakit Luar (HSPN/PHYSIO/001) mengikut system POMR yang disimpan di Unit Fisioterapi. 

 

PENGURUSAN REKOD PESAKIT

  • Kad pesakit Luar adalah SULIT dan disimpan di Unit Fisioterapi sahaja. Semua kad pesakit luar mestilah lengkap dan direkodkan mengikut kehadiran pesakit ke Unit Fisioterapi dan ditandatangani serta dicop oleh kakitangan yang menjalankan penilaian dan rawatan ke atas pesakit tersebut.
  • Kad Pesakit Luar disimpan mengikut ‘Modified Terminal Digit Filing System’ (MTDFS). Manakala Kad Pesakit luar yang telah discharge akan disimpan pada cabinet yang berasingan bagi tujuan pelupusan (Jika Telah Melebihi tempoh 7 Tahun)

 

CAJ PERKHIDMATAN RAWATAN

  • Caj perkhidmatan rawatan fisioterapi adalah berdasarkan kepada AKTA FEE 1951 – Perintah Fee (Perubatan)1982 Pindaan 2003. (sila rujuk akta tersebut)
  • Warganegara berumur 60 tahun ke atas (Warga emas) dikecualikan daripada bayaran caj rawatan fiisioterapi termasuk rawatan-rawatan susulan. (Pekeliling Bahagian Kewangan Bil.2 Tahun 2012)
  • Semua caj rawatan perlu dibayar di Unit Hasil dan nombor Resit perlu direkodkan pada kad pesakit luar sebagai bukti.
  • Pesakit yang dikecualikan dari caj rawatan perlu mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan contohnya, surat pengecualian, pengesahan majikan, kad pesara serta dukomen berkaitan jika perlu.
  • Bagi pesakit dalam, semua caj rawatan fiisioterapi akan dimasukkan bersama caj-caj lain dalam helaian caj yang disediakan oleh kakitangan pesakit dalam.


KEMUDAHAN DAN PERALATAN

  • Antara kemudahan yang terdapat di Unit Fisioterapi adalah ruang gimnasium, ruang rawatan elektroterapi, tandas, kemudahan ICT, Peralatan Pejabat dan beberapa peralatan rawatan teras (Lampiran3)
  • Semua perolehan baru perlu didaftarkan kepada unit aset (rujuk TatacaraPengurusan Aset Kerajaan)
  • Semua peralatan rawatan dan peralatan senaman perlu diselenggara dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Sebarang kerosakan perlu membuat permohonan pembaikan ke pihak Sedafiat. Bagi kehilangan peralatan, perlu membuat laporan segera kepada unit asset.
  • Semua mesin hanya dikendalikan oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi bagi tujuan keselamatan dan mengelak sebarang kerosakan.

 

KESELAMATAN DAN AKTIVITI KUALITI

  • Keselamatan
    • Keselamatan merupakan tanggungjawab setiap kakitangan Unit fisioterapi dan pesakit. Setiap kakitangan perlu mengetahui Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Polisi Kebakaran Hospital Semporna serta polisi-polisi berkaitan(Rujuk Polisi keselamatan dan kebakaran)
  • Setiap pesakit yang menjalani rawatan Electrotherapy Thermal dan seumpamanya wajib menjalankan ujian sensasi, dan haba (Rujuk Protokol Ujian Sensasi)
  • Therapist perlu menitikberatkan ‘Contraindications’ setiap rawatan yang diberikan serta perlu memberi penjelasan dan kefahaman kepada pesakit terhadap rawatan yang diberikan.
  • Semasa rawatan dijalankan, pesakit wajib memberi  maklumbalas terhadap rawatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau mengalami ‘acute condition’. Rawatan perlu diberhentikan serta merta dan memaklumkan kepada pihak Kecemasan (Rujuk Carta ‘Blue code’).

 

KAWALAN JANGKITAN

 

Kakitangan
  • Kakitangan yang baru perlu diberi orentasi berkenaan Kawalan jangkitan di Unit Kawalan Jangkitan
  • Semua anggota perlu Mendapatkan Imunisasi Hepatitis B secara berjadual, influnza sekali setahun dan imunisasi lain mengikut keperluan.
  • Menggunakan Lab coat semasa menjalankan prosedur rawatan dan ianya dicuci setiap hari.
  • kakitangan yang mengalami Upper Respiratory Track Infection (URTI) perlu memakai surgical mask

 

1. Personal Protective Equipment (PPE)

  • Penggunaan Disposable glove, mask, apron semasa menjalankan prosedur rawatan suction
  • Penggunaan ‘FULL PPE’ jika pesakit mempunyai risiko jangkitan yang tinggi seperti TB, Heptitis B,C ,HIV Positive dan jangkitan lain.

 2. Hand Hygiene

  • Mematuhi amalan five moment 
  • Amalan 7 langkah mencuci tangan

 3. Kebersihan Persekitaran

  • Lantai, tingkap,  dinding, ceiling dan perabot dibersihkan setiap hari.
  • Penggunaan Dust mop, mop dan kain mengelap mengikut standard kod warna yang ditetapkan iaitu 
  1. Dust Mop-kuning (Kawasan Umum)
  2. Mop-Kuning (kawasan Umum) & Merah (Tandas)
  3. Kain mengelap-Kuning (perabot,kawasan Umum & Merah (Tandas)

5. Peralatan Rawatan dan Alat Senaman

  • Peralatan rawatan dan alat-alat senaman  hendaklah dibersihkan dengan sabun dan dibilas dengan air setiap hari.
  • Katil ‘Plinths’ perlu dibersihkan setiap hari dengan sabun dan dibilas dengan air.
  • Rawatan suction perlu dibersihkan setiap kali selepas rawatan dijalankan dengan sabun dan dibilas dengan air. Endotracheal tube digunakan secara pakai buang
  • Stethoscope (ear piece dan diaphragm) dibersihkan dengan alcohol 70% dan dikeringkan dengan kain bersih selepas digunakan.

 

Pesakit

1. Pesakit Tidak berjangkit

  • Pesakit yang tidak berjangkit akan dirawat dahulu
  • Pesakit yang menjalankan rawatan tangan perlu mecuci tangan sebelum memulakan rawatan

2. Pesakit Berjangkit

  • Mengikut standard prosedur yang ditetapkan iaitu penggunaan Linen(rujuk pengurusan Linen), Penggunaan PPE yang lengkap dan penggunaan peralatan pakai buang jika ada.
  • Mengelap semua peralatan yang digunakan dengan Sodium Hypochloride 1% .

 

PENGURUSAN LINEN

  • Tempat Penyimpanan Linen bersih sentiasa bertutup
  • Linen seperti tuala, cadar dan sarung bantal hendaklah ditukar setiap hari selepas digunakan dan diletakkan pada beg putih.
  • Bagi linen yang digunakan oleh pesakit berjangkit perlu diasingkan dan memohon kepada pihak Sedafiat melalui talian 319  bag Merah berlapis-lapis (alginated bag)

 

SOP COVID19 (Sementara)

  • Semua pesakit yang dirujuk ke Unit Fisioterapi perlu menjalani saringan secara umum iaitu imbasan QR, pemeriksaan suhu dan penilaian secara lisan status kesihatan dan status Vaksin Covid 19. Jika pesakit didapati kurang sihat seperti demam, batuk temujanji akan ditangguhkan bagi mengelak sebarang jangkitan.
  • Sistem penjarakkan temujanji 1 jam kepada pesakit luar dijalankan bagi mengelakkan kesesakan serta mengelakkan jangkitan. 

 

PEMANTAUAN KUALITI

Aktiviti Kualiti yang dijalankan di Unit Fisioterapi adalah :

  1. Statistik Unit yang perlu dihantar kepada Unit Rekod dan Bahagian Profesion Negeri sebelum 5hb setiap bulan.
  2. Maklumat Rawatan Pesakit yang perlu dimasukkan dalam Sistem Maklumat Rawatan Pelanggan (SMRP) setiap hari
  3. Pemantauan kejadian melecur kepada pesakit semasa menjalani rawatan haba dan elektro-terapi (Pencapaian-Tiada kejadian Melecur)
  4. Pemantauan pesakit ‘musculoskeletel’ yang bertindakbalas terhadap pengurangan skala kesakitan bagi tempoh 2 bulan atau 3 kali sesi rawatan fisioterapi  (80%)
  5. Merawat Pesakit dalam dalam tempoh 24 jam selepas dirujuk (90%)

  

Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan

UNIT FISIOTERAPI
HOSPITAL SEMPORNA