Unit Kecemasan & Trauma Hospital Semporna

PENGENALAN 

Perkhidmatan Rawatan Kecemasan Dan Trauma merupakan salah satu perkhidmatan bidang klinikal utama yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan di setiap hospital. Dikenali dengan unit Jabatan Kecemasan Dan Trauma. Lokasinya terletak di bahagian hadapan Unit-unit sokongan Hospital semporna bagi memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan dengan segera. 

Unit ini menyediakan perkhidmatan rawatan bagi kes-kes kecemasan dan kecederaan kepada masyarakat Daerah semporna dan sekitarnya. Unit ini juga menerima rujukan pesakit dari klinik kesihatan  dan Klinik Swasta di Daerah Semporna

VISI

Mewujudkan Unit Kecemasan yang diyakini pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang cermelang.

MISI

Memberikan rawatan kecemasan yang berkualiti dengan anggota perkhidmatan yang terlatih dan berkemahiran dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.

OBJEKTIF

Memberi Perkhidmatan rawatan kecemasan yang berkesan, Cekap dan Profesional dan sentiasa mengamalkan konsep mesra pelanggan semasa memberikan perkhidmatan kepada pesakit. 

Memberikan Keselesaan kepada pesakit dan keluarga semasa mendaptkan rawatan mengikut keperluan. Menyediakan anggota yang mahir dan cekap dalam menjalankan tugas perawatan kecemasan. 

PIAGAM PELANGGAN

Tanggungjawab kami adalah;

  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan BAIK,MESRA,BERTIMBANG RASA,PENUH HORMAT,BERSOPAN SANTUN, JUJUR DAN IKHLAS sepanjang masa.
  2. Masa Perkhidmatan adalah 24 jam.
  3. Setiap Pelanggan akan dilayan mengikut kategori berikut :
    • Zon Merah  ( Kritikal )
    • Zon Kuning ( Separa Kritikal )
    • Zon Hijau    ( Tidak Kritikal )
  1. Setiap Pesakit akan diberi jaminan KEHORMATANNYA akan terpelihara semasa menerima rawatan.Segala maklumat mengenai penyakit akan DIRAHSIAKAN dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya kepada undang-undang.
  2. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang akan dicadangkan termasuk risiko dan pilihan rawatan yang lain.
  3. Setiap kematian yang tidak dituntut akan disimpan diMortuary selepas 2 jam.
  4. Borang Pengesahan kematian dituntut di Unit Rekod Hospital dalam tempot 3 HARI.

 

SKOP PERIKHIDMATAN

 

1. Perkhidmatan Pre-Hospital (Pre Hospital Care)

  • Perkhidmatan Ambulans Kecemasan:  memberikan perkhidmatan pasukan Ambulans bagi penduduk setempat yang memerlukan. 
  • Liputan Perubatan Bergerak (Medical Standby Team)  

2. Perkhidmatan Rawatan Pesakit (Hospital Care)

3. Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan penstabilan bagi kes-kes kecemasan dan trauma 24 jam sehari, sepanjang tahun. 

4. Melakukan proses triaging (saringan) bagi menentukan keterukkan kes dan memberikan keutamaan kepada kes-kes Merah dan Kuning. 

5. Menyediakan rawatan pesakit bukan kecemasan diluar waktu pejabat. 

6. Pengurusan Bencana

  • Menyediakan Pasukan Perubatan yang bertindak menilai skala kejadian bencana, dan memberikan rawatan awal di tempat kejadian. 
  • Memberikan nasihat dan input bagi mengaktifkan Pelan Tindak Bencana peringkat hospital. 
  • Menjadi penggerak utama dalam merancang, mengkordinasi dan melaksanakan rawatan bagi mangsa bencana sekiranya berlaku. 

7. Perkhidmatan Lain:

  1. Menjalankan pemeriksaan dan rawatan bagi tahanan polis. 
  2. Menguruskan One Stop Crisis Centre 
  3. Menguruskan perkhidmatan Ambulans untuk kes-kes rujukan dan inter-fasiliti. 
  4. Menjadi penghubung kepada unit forensik bagi kes-kes post-mortem dan yang melibatkan perundangan. 
  5. Menyediakan kemudahan Bilik Prosedur

 

POLISI DAN PROSEDUR

Fungsi Utama

1. Kaunter Triage Primer (Primary Triage)

Merupakan kaunter yang ditugaskan untuk melakukan saringan (triaging)  terhadap pesakit   yang datang ke Jabatan Kecemasan dan melakukan zoning  bagi mengkelaskan pesakit mengikut keterukkan dan keutamaan. Kaedah  melakukan Triage hendaklah berpandukan Triage Protocol yang diperakui oleh Ketua Perkhidmatan Kecemasan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

  1. Triage Merah

Triage Merah bermaksud Kritikal dan perlu dimasukkan ke Zon Merah dengan kadar serta merta. Merupakan zon dimana kes-kes yang kritikal dirawat. Semua anggota yang bertugas di zon ini perlu bersedia bagi penerimaan kes.  Zon ini dilengkapkan dengan kelengkapan untuk resusitasi kes-kes yang tenat dan kritikal. Kes-kes yang kritikal adalah seperti yang tersenarai di dalam Triage protokol.

      ii. Triage Kuning

Triage Kuning bermaksud Semi-Kritikal. Pesakit yang di Triage Kuning perlu dirawat selewat-lewatnya 15 minit selepas waktu pesakit didaftarkan, atau sebelum masa maksima yang ditetapkan oleh HPIA/KPI  Kementerian Kesihatan Malaysia. Triage Kuning bermaksud Semi-Kritikal. Pesakit yang triage kuning perlu dirawat selewat-lewatnya 15 minit selepas pesakit didaftarkan atau sebelum, masa maksima yang di tetapkan oleh HPIAlKPI Kementerian Kesihatan Malaysia.

     iii. Triage Hijau

Triage hijau bermaksud Tidak Kritikal. Pesakit yang di triage hijau perlu menjalani saringan bagi menjalani  pemerhatian tanda-tanda vital dan ujian ringkas yang berkaitan. Pesakit yang didapati tidak stabil boleh ditriage ke Triage Merah atau Kuning bagi mendapatkan rawatan segera. Bagi pesakit yang stabil, pesakit akan diminta ke ruang menunggu bagi menanti rawatan oleh Pegawai Perubatan. Bagi pesakit yang stabil tetapi uzur, beliau boleh di masukkan ke bilik Pemerhatian dan akan dilihat oleh Pegawai Perubatan. Pegawai Perubatan bertanggungjawab menemuduga, memeriksa, menilai, menjalankan ujian, merawat dan/atau merujuk pesakit sekiranya perlu. Bagi  pesakit yang di triage sebagai hijau tetapi mengalami kemerosotan keadaan am atau kesedaran, pesakit boleh di uptriage dan dihantar ke zon kritikal atau separa kritikal. Bagi pesakit yang di triage hijau tetapi tidak berupaya untuk menunggu lama seperti orang tua atau orang kelainan upaya, mereka boleh dimasukkan ke bilik pemerhatian setelah tanda- tanda vital diambil. Doktor akan memberikan rawatan di bilik pemerhatian.

    iv. Pesakit Asthma

Pesakit yang di triage sebagai Asthma yang ringan (Mild Asthma) akan dimasukkan terus ke Bilik Asthma (Asthma Bay) dan diberikan rawatan 

Nebuliser. Kad rawatan pesakit Asthma. Bagi Asthma yang sederhana (moderate) dan teruk (Severe), pesakit akan dimasukkan ke Zon Kuning atau Merah dan dirawat di zon berkenaan. Pesakit yang di triage Asthma yang ringan (mild Asthma) akan di rawat  di sudut ini. Pengendalian Asthma hendaklah berpandukan Clinical Practice Guidelines Pengendalian Asthma yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai

     v. Kaunter Pendaftaran 

Kaunter pendaftaran mendaftarkan pesakit yang telah di triage bagi mendapatkan rawatan di zon-zon yang telah ditentukan. Butiran pesakit akan didaftarkan di dalam Buku Pendaftaran dan/atau sistem pendaftaran pesakit  yang lain mengikut kemudahan yang disediakan oleh pihak jabatan/organisasi. 

     vi. Bilik Prosedur

 Prosedur pembedahan kecil dilakukan di bilik ini. Antara prosedur yang dimaksudkan termasuklah Toilet and Suture, Incision and Drainage,  Exploration, Wound Dressing, Irrigation, Nail Avulsion dan prosedur-prosedur  kecil yang lain. 

     vii. One Stop Crisis Centre (OSCC)

Mangsa penderaan dan/atau gangguan seksual, penderaan kanak-kanak, keganasan rumahtangga dan penderaan fizikal akan dimasukkan terus ke dalam bilik OSCC sebaik sahaja ditriage tanpa perlu menunggu di ruang menunggu jabatan kecemasan. Pendaftaran akan dilakukan oleh anggota/waris yang mengiring mangsa dan pemeriksaan tanda vital akan dilakukan di dalam bilik OSCC oleh anggota yang bertugas, sebelum mangsa diperiksa oleh pegawai perubatan. Rujukan ke jabatan yang berkaitan akan dilakukan oleh Pegawai Perubatan yang bertugas sekiranya perlu. 

    viii. Bilik Plaster 

Kes-kes kecederaan dan kepatahan yang tidak memerlukan kemasukan ke wad tetapi perlu rawatan POP, prosedur tersebut akan dilakukan di bilik plaster. Pesakit kemudiannya akan diberikan temujanji di klinik  ulangan. 

    ix. Perkhidmatan Ambulan

 Disediakan 24 jam, mengikut waktu perkhidmatan unit. Panggilan Ambulans  diterima oleh anggota yang bertugas di Primary Triage atau Kaunter jururawat. 

    x. Code Blue

Disediakan 24 jam, mengikut waktu perkhidmatan jabatan. Senarai tempat   yang dilitupi oleh Unit Kecemasan adalah seperti yang tersenarai didalam Protokol Kod Biru ( Code Blue Protocol). Panggilan kecemasan diterima oleh anggota yang bertugas.

    xi. Pemberian Ubat Farmasi 

Beroperasi selepas waktu pejabat dan selepas jam 12.00 tengahari pada hari kelepasan. Dikendalikan sepenuhnya oleh anggota unit kecemasan dan trauma 

    xii. Bilik Pemerhatian

 Bagi pesakit stabil dari zon hijau yang uzur, boleh menempatkan pesakit yang memerlukan pemerhatian berkal

 

PRODUK PERKHIDMATAN

Produk perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit kecemasan adalah bergantung kepada ;

- Fungsi Utama 

- Sasaran pelanggan Pesakit dan keperluan mereka.

- Kewujudan fasiliti dan peralatan yang sesuai

- Kemampuan tenaga kerja (Bilangan dan kepakaran petugas)

 

KAEDAH PEMBERIAN PERKHIDMATAN

Beroperasi 24 jam, mengikut waktu perkhidmatan jabatan. Senarai tempat   yang merangkumi  oleh Daerah Kecemasan.

Semua jenis kes atau perawatan yang berkaitan dengan medical,surgical,musculoskeletal, trauma dan kecederaan sukan, Obestetric and gynecology, dan lain-lain. 

 

SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Semua perkhidmatan yang diberikan akan menggunakan kaedah proses  rawatan  klinikal pesakit seperti Triage Primer, perawatan pesakit oleh  peubatan perubatan sama ada pesakit discaj,masuk  wad atau dirujuk.

 

PELAN/PERANCANGAN DISCAJ PESAKIT

Pegawai Perubatan perlu menulis ringkasan nota discaj dalam borang triage pesakit dan mengisi preskipsi ubat untuk mengambil ubat ke farmasi atau menulis surat rujukan ke hospital berpakar dengan lengkap

 

KOMUNIKASI

Menggunakan pelbagai kaedah bagi mengalakkan hubungan dalam pelbagai Jabatan/Unit  klinikal dan bukan klinikal lain. Komunikasi dijalankan secara : 

  1. Terancang (Formal) seperti ‘Round Pagi’, Mesyuarat Unit, Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan/Unit yang dijalankan secara berjadual
  2. Ad Hoc (Tidak Formal) adalah seperti pertemuan kakitangan dengan ketua Jabatan/Unit bagi membincangkan kes pesakit , memberi cadangan dan sebagainya.

 

PENGURUSAN REKOD PESAKIT (TRIAGE)

  1. Triage hendaklah disusun mengikut tarikh kedatangan 
  2. Menyediakan senarai nama dan pengenalan diri pesakit  terlebih dahulu sebelum dihantar ke Unit Rekod Perubatan.
  3. Triage yang melibatkan kes polis dan berpotensi medico-legal hendaklah diasingkan dan dihantar ke Unit Rekod Perubatan setiap hari.

 

CAJ PERKHIDMATAN RAWATAN

  1. Caj perkhidmatan rawatan di Unit Kecemasan adalah berdasarkan kepada  AKTA FEE 1951 – Perintah Fee (Perubatan)1982 Pindaan 2003. (sila rujuk akta tersebut)
  2. Semua caj rawatan perlu dibayar di Unit Hasil dan pesakit memegang resit pembayaran sebagai bukti.
  3. Pesakit yang dikecualikan dari caj rawatan perlu mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan contohnya, surat pengecualian, pengesahan majikan, kad pesara serta dukomen berkaitan jika perlu.
  4. Pesakit warga asing akan dikenakan caj rm 100 dan deposit sebelum masuk wad mengikut akta fee 1951.

 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan

UNIT KECEMASAN & TRAUMA
HOSPITAL SEMPORNA