Unit CSSU Hospital Semporna

PENGENALAN 

Unit ini terletak dibahagian bangunan  Blok  A  sebaris dan bersebelahan dengan wad bersalin. Unit ini mula ditubuhkan dan beroperasi pada tahun 2004 dengan bilangan anggota setakat ini  seramai 6 orang.

Fungsi utama CSSU adalah untuk menyediakan perkhidmatan pensterilan dan pembekalan bahan-bahan dan peralatan steril dengan memantau kawalan kualiti pada produk yang dibekalkan kepada pengguna.

Jururawat yang bertugas perlu memastikan polisi kawalan infeksi dipatuhi dan sentiasa menepati prinsip-prinsip dan piawaian  pensterilan yang ditetapkan untuk mengelak jangkitan silang. Gangguan dalam proses CSSU akan memberi implikasi terhadap sistem kawalan infeksi keseluruhan hospital/klinik.

 

VISI

CSSU menjadi sebuah pusat bekalan peralatan steril melalui perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang serta sentiasa membekalkan peralatan yang mencukupi.

 

MISI

Menyediakan perkhidmatan yang  selamat dengan penyediaan bekalan peralatan melalui sistem pensterilan yang efisyen serta menjadi tempat rujukan dan memberi tunjuk ajar mengenai perkhidmatan pensterilan yang diperlukan oleh unit lain.

 

OBJEKTIF
  1. Mencegah dan mengawal jangkitan berlaku dalam kawasan hospital
  2. Membekalkan peralatan steril kepada unit-unit yang berkaitan
  3. Menyalaraskan kaedah teknik pensterilan.

 

PIAGAM PELANGGAN
  • Untuk Memberi Perkhidmatan Secara Profesional, Selamat, Mesra, Penyayang Dan Berkualiti.
  • Peralatan instrumen/set steril yang dipesan oleh pelanggan akan diproses dan dibekalkan kepada pelanggan dalam masa 5 jam.
  • Pelanggan akan mendapat peralatan pinjaman seperti instrumen dan pek steril untuk prosedur segera dalam masa 5 minit.

 

 SKOP PERKHIDMATAN
  1. Menerima, mencuci, memeriksa, membungkus, melabel dan mensteril peralatan dan bahan-bahan lain untuk kegunaan di unit-unit serta Wad  di Hospital Semporna.
  2. Memproses pengsterilan peralatan yang diterima dari Klinik-klinik Kesihatan dan kawasan yang berkaitan
  3. Membekal peralatan/ bahan steril termasuk bekalan ‘soft dressing’ untuk kegunaan Unit/ Wad di Hospital.
  4. Melipat, menyusun dan membungkus kain-kain Dewan Bedah mengikut jenis ‘linen packs’ yang diperlukan.

 

WAKTU PERKHIDMATAN

MASA

HARI

CATATAN

Isnin – Jumaat


8pagi – 5petang

 

Sabtu,Ahad dan kelepasan Am


8pagi – 1petang

 

Selain Waktu perkhidmatan Di atas, Unit CSSU juga menyediakan sistem panggilan 24 jam

 

STERILISASI
  • Semua proses pensterilan menggunakan “Steam Sterilization”
  • “Heat Sensitive Item” akan disterilkan dengan cara “Low Temperaturte Sterilization”.
  • Semua Prosedur Set mengandungi “Chemical Indicator” sebelum melalui proses Pensterilan.
  • Setiap peralatan yang disteril hendaklah mempunyai tarikh pensterilan dijalankan.
  • Steriliti dikenal pasti melalui integeriti pek dan tanda-tanda kontaminasi atau rosak semuanya bergantung kepada cara penyelenggaran, penyimpanan dan pengendalian set/pek itu sendiri.
  • Kehilangan sterility adalah bergantung kepada “Even Related” bukannya “Time Related”.
  • Peralatan pakai buang ( single use item ) tidak akan digunakan semula.
  • UBBS berhak untuk menolak peralatan yang didapati tidak sesuai untuk menjalani proses pensterilan.
  • UBBS tidak akan mengeluarkan steril pek/set yang tidak melalui proses pensterilan yang betul dan akan dikeluarkan apabila sesuai.
  • Penyimpanan dan pengeluaran steril set/pek adalah melalui Sistem FIFO                ( First In First Out ).
  • Bekalan keperluan barang-barang steril akan diagihkan apabila perlu selepas waktu pejabat dan pada cuti umum.
  • Penghantaran peralatan kotor ke CSSU dari unit-unit bermula seawal jam 9.00 pagi-11 pagi setiap hari termasuk hari ahad dan kelepasan am.
  • Pengeluaran Steril item ke Unit-unit akan bermula jam 2 petang- 4.30 petang.Setiap hari ISNIN,RABU, dan JUMAAT.
  • Penerimaan dan Pengeluaran peralatan pada bila-bila masa diperlukan atau waktu kecemasan unit berkaitan hendaklah menghubungi kakitangan yang bertugas atas panggilan atau Ketua Unit Yang Menjaga. 
PENYIMPANAN
  • “Sterile Store” hanya digunakan untuk penyimpanan pek/set yang steril sahaja.
  • Hanya kakitangan yang berkaitan sahaja yang dibenarkan memasuki Sterile Store.
  • “Bulk Store” hanya digunakan untuk penyimpanan peralatan , alat pembungkusan dan peralatan pakai buang yang tidak steril.
  • “Linen Store” hanya digunakan untuk penyimpanan dan persediaan linen pek sahaja

 

PERKHIDMATAN DOMESTIK
  • Kumpulan sokongan, swasta bertanggungjawab melakukan proses pembersihan di UBBS.
  • Pembersihan dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapakan.
  • Semua peralatan yang telah digunakan mestilah dinyatakan dan bersesuaian dengan keperluan serta tercatit dalam HSIP.

 

BEKALAN LINEN
  • Pembuangan linen adalah mengikut berpandukan kod warna dan kakitangan Dobi bertanggungjawab mengambil linen terpakai menggunakan troli yang dikhaskan.
  • Bekalan kain bersih dihantar dengar cara lipatan yang telah dipersetujui dan penghantaran mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Penghantaran linen hendaklah melalui laluan yang betul serta troli yang bertutup bagi mengelakkan kontaminasi semasa penghantaran dan penyelenggaraan.

 

KAWALAN UNIT
  • Selepas waktu pejabat, kakitangan UBBS bertanggungjawab untuk mengunci semua laluan masuk dan kunci dipegang oleh staff yang dipertanggungjawab.
  • Semua kakitangan bertanggungjawab memastikan semua suis,mesin lampu dan bekalan air , dimatikan sebelum mengunci dan meninggalkan unit.

 

POLISI OPERASI PENGENDALIAN PERALATAN BIOHAZARD
  • Bagi pengendalian kes-kes biohazard, adalah sebaik-baiknya menggunakan peralatan pakai buang.
  • Disinfeksi untuk kes biohazard dilakukan sendiri oleh kakitangan unit berkaitan sebelum dihantar ke UBBS untuk proses pensterilan mengikut garis panduan pengurusan item “ BIOHAZARD dan STERILIZATION AND DISINFECTION AND INFECTION CONTROL OF MOH “

1.7.1 Langkah 1 (  lokasi wad / unit ) 

    1. Buat  pre rinse peralatan terpakai.  
    2. Sediakan tempat rendaman      
    3. Sediakan bahan disinfectant iaitu tab dichlosep 2.5g dalam 2.5L air selama 20 minit
    4. Catat masa mula rendam dan tamat dalam buku rekod rendaman peralatan.
    5. Selesai proses rendaman masukkan peralatan ke dalam bekas penyimpanan (Peralatan kotor untuk dihantar ke UBBS)

1.7.2 Langkah  2  ( Lokasi UBBS – lokasi penerimaan peralatan terpakai )       

    1. Proses penerimaan dan pencucian dijalankan seperti proses penerimaan peralatan terpakai yang lain.
    2. Kakitangan UBBS hendaklah menggunakan PPE yang lengkap semasa mengendalikan peralatan di UBBS.
  • Dalam kes biohazard, semua peralatan guna semula mestilah melalui proses pensterilan sebelum digunakan semula
  1. Peralatan seterusnya akan melalui proses pembungkusan dan melalui proses pensterilan “high level disinfection”.
  2. Pengagihan peralatan ke unit / wad dilakukan selepas proses pensterilan dan dilakukan menggunakan kontena pemungutan peralatan steril.

 

POLISI OPERASI PERALATAN GUNA SEMULA
  1. Unit Bekalan Bahan Steril merangkumi skop perkhidmatan mengutip, membasuh, mengering, membungkus, mensterilkan, menyimpan dan membekal semua peralatan, linen dan bahan-bahan untuk kegunaan merawat pesakit.
  2. Penerimaan peralatan kotor dilakukan pada masa pejabat dari jam 8.30 pagi sehingga jam 10.30 pagi. Termasuk hari Ahad dan Hari Kelepasan Am.
  3. Penerimaan dan pengeluaran peralatan pada bila-bila masa diperlukan atau waktu kecemasan, unit berkaitan hendaklah menghubungi kakitangan yang bertugas atas panggilan ( on call ) atau Ketua Unit yang menjaga.
  4. “Pre-Rinsing” mesti dilakukan oleh kakitangan di unit masing – masing sebelum dihantar ke UBBS untuk proses pensterilan.
  5. Alatan terpakai dari unit / wad yang dipulangkan semula bagi tujuan ulang proses pensterilan akan dikendalikan sebagai barangan tercemar atau berjangkit.
  6. Pengendalian peralatan UBBS dilakukan menggunakan PPE yang lengkap.
  7. Semua alatan dan bahan yang diterima dari Klinik Kesihatan akan dicuci, diperiksa dan dibungkus di Klinik Kesihatan itu sendiri, manakala proses pensterilan akan dilakukan di UBBS melalui “High Level Disinfection”.
  8. Ujian seperti ATTEST dan BOWIEDICK dilakukan bagi memastikan mesin berfungsi dengan baik dan berkesan untuk proses pensterilan.
  9. Penyimpanan peralatan yang telah di sterilkan akan disimpan didalam bilik penyimpanan steril sebelum diagihkan semula ke wad-wad atau unit yang berkenaan.
  10. Kakitangan yang ingin menggunakan peralatan hendaklah memastikan peralatan yang digunakan telah disterilkan dengan menyemak Tagging pada bungkusan dan Chemical Integrator yang dimasukkan ke dalam Set yang dibekalkan.
  11. Elak menggunakan peralatan yang diragui status kesterilannya dan beritahu kepada UBBS untuk makluman dan tindakan mereka

 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan

UNIT CSSU
HOSPITAL SEMPORNA