Unit Dewan Bedah Hospital Semporna

PENGENALAN

Unit Dewan Bedah terletak diantara unit Rekod dan unit X-Ray. Unit Dewan Bedah dibuka dalam tahun 1970 dan mula beroperasi untuk kemudahan pesakit yang memerlukan pembedahan. Dewan Bedah Hospital Semporna mempunyai 1 bilik pembedahan sahaja untuk melakukan prosedur pembedahan. Unit Dewan Bedah mempunyai dua unit Perkhidmatan yang penting iaitu perkhidmatan anestesia dan perkhidmatan `operating suite’

 

VISI

Memberi perkhidmatan rawatan surgery dan anesthesia yang cekap, berkesan dan berkualiti dengan anggota perkhidmatan yang terlatih dan berkemahiran dalam mrngendalikan kes-kes pembedahan.

 

MISI

Mewujudkan unit Dewan Bedah yang diyakini pelanggan dengan memberi perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan mesra serta menghormati dan melindungi kerahsiaan pelanggan setiap masa.

 

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan perawatan pembedahan dalam masa 24 jam setelah diarahkan oleh pegawai perubatan.

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  2. Setiap pelanggan akan dijaga keselesaan, keselamatan, kepentingan dan kerahsiaan.
  3. Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedure pembedahan atau pembiusan termasuk risikonya.
  4. Setiap pelanggan akan dipantau dengan rapi semasa pembedahan atau pembiusan sehingga pelanggan dibenarkan kembali ke wad masing-masing.

 

PEMBEDAHAN

  1. Pesakit akan diterima dan didaftarkan 15 minit lebih awal sebelum pembedahan bermula
  2. Memberi penerangan mengenai jenis pembedahan yang akan dilakukan kepada pesakit dan keluarga pesakit sebelum pembedahan dilakukan
  3. Pembedahan dijalankan dengan teknik steril dan dalam persekitaran BERSIH, SELESA dan SELAMAT.
  4. Sebelum, semasa dan selepas pembedahan dilakukan, keselamatan dan keselesaan pesakit akan sentiasa dijaga

PEMBIUSAN

  1. Memastikan semua peralatan dan ubatan yang digunakan dalam proses pembiusan adalah selamat untuk digunakan.
  2. Memastikan Keadaan pesakit pulih sepenuhnya daripada kesan pembiusan (Mengenali Persekitaran) sebelum dihantar ke wad.


WAKTU PERKHIDMATAN

 

HARI

MASA

ISNIN - KHAMIS

8.00pagi - 1.00petang

1.00petang - 2.00 petang (REHAT)

2.00petang - 5.00petang

JUMAAT

8.00pagi - 11.30pagi

11.30pagi - 2.00 petang (REHAT)

2.00petang - 5.00petang

SELEPAS WAKTU BEKERJA, SABTU, AHAD & CUTI UMUM

Bertugas Atas Panggilan





 SKOP PERKHIDMATAN

  1. Menyediakan kemudahan perkhidmatan untuk pembedahan dan prosedur Diagnostik kepada pesakit.
  2. Memberi perkhidmatan pembiusan kepada pesakit samada keseluruhan atau sebahagian(General and Reginal Anaesthesia)
  3. Dewan Bedah juga memberi perkhidmatan untuk pakar pelawat dari disiplin pembedahan am.

 

POLISI AM OPERASI DEWAN BEDAH

  1. Skop pengurusan operasi ditentukan oleh Ketua Unit.
  2. Semua kakitangan Unit Dewan Bedah harus sentiasa berkerjasama sebagai satu pasukan.
  3. Setiap sub unit mempunyai polisi operasi tersendiri. Bagaimanapun masih tertakluk dalam peraturan Dewan Bedah.
  4. Semua kakitangan, pesakit dan tetamu adalah terikat dengan peraturan Am Dewan Bedah.
  5. Keselamatan pesakit dan pekerja adalah keutamaan dalam semua aktiviti.
  6. Menjaga rahsia dan privasi pelanggan.

 

PERATURAN AM BILIK DEWAN BEDAH

  1. Mengutamakan keselamatan dan keselesaan pesakit semasa berada di Dewan Bedah.
  2. Menentukan keselamatan dan prosedur dijalankan dengan betul dan sentiasa mengamalkan dan mengekalkan teknik aseptik.
  3. Menukar pakaian sebelum masuk ke dalam Dewan Bedah,serta mematuhi cara pemakaian yang ditetapkan.
  4. Melakukan tugas dengan bertanggungjawab, jujur, betul dan pantas.
  5. Memastikan semua pintu Dewan Bedah sentiasa tertutup.
  6. Memberitahu Ketua Unit apabila meninggalkan Dewan Bedah untuk urusan luar unit.
  7. Hendaklah sentiasa bekerjasama diantara satu sama lain.
  8. Menggantikan benda-benda yang telah dipakai dan pastikan ianya seperti keadaan asalnya.
  9. Memastikan pesakit dalam keadaan selesa dan menjaga keselamatan pesakit semasa berada di Dewan Bedah.
  10. Sentiasa ceria dan bertanggungjawab semasa bekerja demi keharmonian sesama kakitangan dan keselamatan pesakit.
  11. Memastikan semua spesimen dibungkus dan dilabel dengan betul, didokumentasikan dan  menandatangani buku penghantaran spesimen.
  12. Jangan membiarkan Pegawai Perubatan menunggu lama.
  13. Jangan melintasi diantara kawasan steril.
  14. Jangan meninggalkan kerja-kerja yang belum selesai.
  15. Mengekalkan sikap profesionalisma semasa pembedahan dijalankan.
  16. Jangan membuka pintu secara kuat yang boleh menyebabkan gangguan tekanan udara didalam Unit Dewan Bedah (Air Violation).
  17. Memeriksa bekalan keperluan yang sentiasa diperlukan di Unit Dewan Bedah.
  18. Tidak berdiam diri jika ada sebarang masalah yang dihadapi.
  19. Memastikan keselamatan pesakit yang dipasangkan/menggunakan “Tourniquet “dan “ Electrical Surgical Unit “ sebelum,semasa dan selepas mengikut masa yang ditetapkan.
  20. Semua kes pembedahan LSCS hendaklah diambil bacaan denyutan jantung bayi “baby fetal heart” semasa penerimaan pesakit atau sebelum  proses pembedahan dimulakan.

 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan

UNIT DEWAN BEDAH
HOSPITAL SEMPORNA