Unit Farmasi Hospital Semporna

VISI FARMASI

Memberi Perkhidmatan Farmasi yang terbaik dan berkualiti untuk kesihatan dan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.

 

MISI FARMASI

Menerajui Perkhidmatan Farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada tahap kewibawaan yang tinggi, profesionalisma dan adil sejajar dengan aspirasi Negara.

 

OBJEKTIF FARMASI

 

  1. Memastikan setiap pelanggan memperoleh produk-produk farmaseutikal dan pemeliharaan kesihatan yang berkualiti, selamat, berkesan, mampu diperolehi dan termasuk nasihat mengenai penggunaannya secara rasional.
  1. Mengukuhkan system pembekalan termasuk pengedaran bekalan dan penyimpanan supaya memenuhi keperluan diperingkat hospital dan pelanggan bagi mengurangkan pembaziran.
  1. Memelihara perhubungan yang harmonis dan mesra diantara anggota Farmasi dengan pelanggan luaran dan dalaman. 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Kenyataan Piagam Pelanggan Unit Farmasi Pesakit Luar

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:


  1. Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
  2. Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.

Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan,

sila hubungi Pegawai Farmasi /Penolong Pegawai Farmasi :

Nama Pegawai Farmasi/ Penolong Pegawai Farmasi : Cik Ling Mee Siew

No. Telefon Pejabat: 089-781522 samb 313

 

Kenyataan Piagam Pelanggan Unit Farmasi Pesakit Dalam

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:


Memastikan pembekalan ubat ke wad/unit bagi preskripsi/pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 3 jam dalam waktu pejabat.


Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan,

sila hubungi Pegawai Farmasi :

Nama Pegawai Farmasi: Encik Muhamad Amirul Ikhwan Bin Ishak

No. Telefon Pejabat: 089-781522 samb 313

 

Kenyataan Piagam Pelanggan Unit Farmasi Logistik

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:


  1. Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
  2. Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 14 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.

Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan,

sila hubungi Pegawai Farmasi :

Nama Pegawai Farmasi: Encik Muhammad Amin Bin Sanusi

No. Telefon Pejabat: 089-781522  samb 323/ 324

 

Kenyataan Piagam Pelanggan Unit Farmasi Wad

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:


1. Sejarah pengubatan bagi semua pesakit yang masuk ke wad akan diperolehi dalam tempoh 48 jam selepas kemasukan.

2. Semua pesakit dengan "medication devices"akan diberi kaunseling di wad.


Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan,

sila hubungi Pegawai Farmasi :

Nama Pegawai Farmasi: Goh Jun Xian, Joel

No. Telefon Pejabat: 089-781522 samb 351

 

FUNGSI FARMASI & SKOP PERKHIDMATAN FARMASI

Unit Farmasi beroperasi berdasarkan 3 fungsi utama:

Perkhidmatan Bekalan Farmasi

Perkhidmatan ini melibatkan perkhidmatan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit luar dan pesakit dalam wad iaitu:

  1. Farmasi Pesakit Luar
  2. Farmasi Pesakit Dalam 
  3. Farmasi Bahagian Pengeluaran

 

Perkhidmatan Farmasi Klinikal

Perkhidmatan ini melibatkan perkhidmatan di mana aspek penjagaan farmaseutikal dilaksanakan secara optima meliputi:

  1. Perkhidmatan Pemantauan Terapeutik Ubat
  2. Perkhidmatan Maklumat Ubat-Ubatan dan Racun
  3. Perkhidmatan Kaunseling Ubat-Ubatan
  4. Perkhidmatan Klinikal Farmasi Wad
  5. Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)

 

Perkhidmatan Pengurusan Logistik Farmaseutikal

Perkhidmatan ini melibatkan perkhidmatan perolehan dan bekalan ubat-ubatan dan bahan bukan ubat melalui:

  1. Farmasi Logistik

 

Perkhidmatan Bekalan Farmasi

  • Mendispen ubat-ubatan di kaunter Farmasi Pesakit Luar kepada pesakit dari Unit Pesakit Luar, Unit Kecemasan dan lain-lain fasiliti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Mendispen ubat-ubatan untuk pesakit discaj dari wad.
  • Membekalkan ubat-ubatan untuk kegunaan pesakit di wad melalui Farmasi Pesakit Dalam secara sistem Unit-of-Use (UoU) dan Unit Dose System (UDS).
  • Membekalkan stok ubat-ubatan kepada wad-wad dan unit-unit hospital melalui sistem Floor Stock dan troli kecemasan.

  

Perkhidmatan Farmasi Klinikal

  • Menjalankan, perkhidmatan farmakokinetik pemonitoran terapeutik ubat (TDM) untuk pesakit luar dan pesakit dalam.
  • Menyediakan perkhidmatan maklumat ubat dan racun untuk pesakit, anggota hospital dan orang awam.
  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan untuk pesakit luar dan pesakit dalam wad.
  • Menjalankan perkhidmatan klinikal farmasi wad di wad-wad yang ditetapkan.

Perkhidmatan Pengurusan Logistik Farmaseutikal

  • Memesan, menyimpan stok dan membekal ubat-ubatan dan item bukan ubat untuk keperluan hospital.
  • Memesan, menyimpan stok dan membekal ubat-ubatan dan item bukan ubat daripada Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sabah (CFLNS) untuk keperluan Klinik Kesihatan di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Semporna
  • Memesan, menyimpan stok dan membekal gas perubatan untuk keperluan hospital

 

OBJEKTIF POLISI

 

  1. Memperoleh ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang mencukupi dan mengikut keperluan perkhidmatan rawatan pesakit dan kesihatan dari proses pembelian, pembuatan dan pembungkusan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Arahan Perbendaharaan dan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia berdasarkan kepada batas belanjawan yang dibenarkan secara optima, bermanfaat dan pembaziran paling minima.
  1. Membekalkan ubat dan bahan bukan ubat kepada unit-unit dalaman Hospital Semporna dan Klinik Kesihatan Semporna dibawah Pejabat Kesihatan Daerah Semporna mengikut peraturan yang sedia ada.
  1. Membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut peraturan sedia ada.
  1. Mengadakan latihan untuk anggota farmasi, anggota perubatan dan separa perubatan berkenaan bidang farmasi melalui sesi pembelajaran berterusan Continuous Medical Education dan Continuous Professional Development.

 

DESKRIPSI POLISI UMUM

 

  1. Bekalan ubat bagi penggunaan di Unit Farmasi dipesan daripada stor Farmasi Logistik mengikut jadual pesanan yang telah ditetapkan.
  2.  Pegawai Farmasi bertanggungjawab mengawasi stok ubat-ubatan dan pengawasan berterusan perlu dilakukan oleh Penolong Pegawai Farmasi U29 yang bertanggungjawab di bahagian masing-masing.
  3. Ubat- ubatan yang terdapat di Hospital Semporna dikategorikan mengikut kategori pempreskriban dalam Formulari Kementerian Kesihatan Malaysia:
    1. A*   - Pakar Runding/ Pakar bagi indikasi spesifik sahaja
    2. A   - Pakar Perunding/ Pakar
    3. A/KK   - Pakar Perunding/ Pakar/ Pakar Perubatan Keluarga
    4. B   - Pegawai Perubatan
    5. C   - Anggota Paramedik
    6. C+   - Anggota Paramedik dalam Perbidanan
  4. Preskripsi yang mengandungi ubat Kategori A atau A* atau A/KK yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan perlu mendapatkan persetujuan dari Pakar berkaitan untuk kali pertama penggunaan ubatan tersebut sahaja sebelum ubat boleh didispen. 
  5. Pesakit yang dirujuk dari mana-mana hospital dan dipreskrib ubat pakar/ SRQ mestilah mempunyai surat rujukan dari fasiliti yang merujuk. Pesakit berkenaan boleh dibekalkan dengan menggunakan stok buffer (jika ada) sementara menunggu bekalan sampai. 
  6. Unit Farmasi menggunakan sistem Pharmacy Information System (PhIS) dibawah rancangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua urusan yang melibatkan ubata-ubatan serta perkhidmatan yang ditawarkan.

 

1. FARMASI PESAKIT LUAR

 

1.1 ‘PRESCRIBING’ UBAT-UBATAN

  1. Semua rawatan/ubatan/preskripsi ubatan kepada pesakit hendaklah dicatit di dalam fail pesakit.
  2. Preskripsi mesti ditulis menggunakan preskripsi berkarbon yang diluluskan KKM iaitu Perub.6A-Pin.3/96 dan mematuhi AKta Racun 1952, Peraturan-Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989 Akta Dadah Berbahaya 1952, Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (FUKKM) dan pekeliling/surat arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa.
  3. Setiap preskripsi yang ditulis hendaklah:
      • Menggunakan pen dengan lengkap dan jelas serta cop rasmi, oleh Pegawai Perubatan/ Penolong Pegawai Perubatan mengikut kategori ubat dalam FUKKM.
      • Butiran pesakit preskripsi perlu dilengkapkan iaitu Nama penuh pesakit, umur, nombor kad pengenalan dan diagnosa. Berat badan pesakit perlu dicatat bagi pesakit bayi/kanak-kanak.
      • Nama, jenis serta kekuatan ubat hendaklah ditulis jelas menggunakan nama generik ubat dan tidak disingkatkan. Hanya singkatan tertentu sahaja dibenarkan. 
      • Dos dan kekerapan serta jangkamasa ubat dinyatakan.

      4.  Preskripsi yang tidak lengkap/tidak jelas akan dikembalikan kepada prescriber untuk pembetulan atau dilengkapkan.

      5. Pempreskriban ubat melalui telefon / secara lisan tanpa preskripsi adalah tidak dibenarkan. 

      6.  Bagi kes-kes memerlukan konsultasi pakar melalui telefon dan pesakit dipreskrib ubat-ubatan Kategori A atau A* atau A/KK,  maka Pegawai Perubatan dibenarkan mempreskrib ubat tersebut dengan menulis Spoken To atau ‘S/T’ diikuti nama pakar  mempreskrib (contoh: S/T Dr.XYZ) pada preskripsi.

 

1.2 PEMBEKALAN UBAT-UBATAN DI KAUNTER FARMASI PESAKIT LUAR

  1. Ubat-ubatan akan didispenskan mengikut preskripsi sah yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan/penolong pegawai perubatan hospital ini dan juga lawatan pakar dari Hospital Tawau serta pegawai perubatan pergigian yang memantau pesakit di pesakit dalam sahaja. Semua pesakit akan dibekalkan dengan ubat yang betul, berkualiti, mencukupi dan berlabel mengikut preskripsi pesakit. Ubat-ubatan dalam preskripsi sah yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan hospital lain akan diberikan pesakit melalui walk-in dan tempoh pemberian ubat berkenaan adalah untuk satu bulan bagi ubatan biasa. Bagi ubatan pakar pesakit itu akan disuruh ke hospital berkenaan semula.
  2. Bekalan ubatan untuk satu-satu masa hanyalah untuk tempoh tidak melebihi 1 bulan atau kurang, bergantung kepada stok semasa. Pembekalan lebih akan dibuat berdasarkan kes atau di atas budi bicara Pegawai Farmasi/ Pembantu Farmasi untuk memastikan keselamatan penggunaan ubat serta keadaan penyimpanan ubat.
  3. Pesakit boleh diwakilkan oleh ahli keluarganya untuk datang mengambil ubat bagi pihaknya di kaunter farmasi tetapi perkara ini adalah tidak digalakkan. 
  4. Pesakit perlu menepati tarikh ulangan pengambilan ubat untuk mengelakkan masalah kekurangan ubat. 
  5. Semua ubat haruslah dilabel dengan nama pesakit dan cara penggunaan/ pengambilan ubat. Penyemakan silang ubat-ubatan yang disediakan perlu dibuat sebelum ubat didispen kepada pesakit.
  6. Semua pendispensan ubat dilakukan di kaunter biasa. Manakala Kaunter khas iaitu R-Lane adalah dikhaskan untuk Warga emas (melebihi 60 tahun), Orang Kurang Upaya (OKU), Ibu Mengandung, Kanak Kanak bawah 5 tahun dan Pesara Kerajaan. 
  7. Preskripsi asal (putih) akan disimpan untuk 2 tahun.
  8. Semua anggota yang terlibat dalam aspek pengendalian ubat hendaklah mengambil inisiatif membaca dan memahami garis panduan/bahan cetakan (product information leaflet) mengenai  penggunaan ubat penyakit tertentu.
  9. Semua urusan di farmasi pesakit luar akan melalui Pharmacy Information System (PhIS).

 

1.3 PERKHIDMATAN MEDICATION THERAPY ADHERENCE CLINIC (MTAC)

  1. Buat masa ini, hanya 1 perkhidmatan MTAC yang ditawarkan iaitu Anticoagulation Medication Therapy Adherence Clinic (AC-MTAC).
  2. Semua pesakit menerima rawatan warfarin wajib dirujuk dan direkrut untuk Perkhidmatan AC-MTAC daripada Pegawai Perubatan menggunakan surat rujukan.
  3. Perkhidmatan AC-MTAC dilaksanakan mengikut Protokol AC-MTAC Hospital Semporna yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Y/M Klinik Ulangan (protokol di rujuk daripada Protocol Medication Therapy Adherence Clinic: Warfarin oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM)
  4. Semua perkembangan pesakit dipantau dan direkod melalui sistem Pharmacy Information System (PhIS)

 

1.4 PERKHIDMATAN SISTEM PENDISPENSAN UBAT BERSEPADU (SPUB)

  1. Preskripsi dari fasiliti lain KKM akan didispen melalui SPUB. 
  2. Pesakit yang membawa preskripsi ulangan boleh memohon mengambil ubat di Hospital atau Klinik Kesihatan berhampiran/ yang dikehendaki dengan memaklumkan kepada pihak  Farmasi terlebih  dahulu untuk pengurusan bekalan ubat pesakit melalui proses  Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu kemudian  preskripsi akan dicop sebagai tanda pesakit SPUB kepada Hospital / Klinik yang dirujuk.
  3. Pembekalan ubatan kepada preskripsi yang tidak mempunyai cop SPUB berdasarkan kes atau di atas budi bicara Pegawai Farmasi/ Penolong Pegawai Farmasi.

 

1.5 PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH

1.5.1 KAD TEMUJANJI

    1. Sistem Kad Temujanji juga diberikan kepada pesakit untuk mempermudahkan pesakit mengambil ubat terutamanya kepada ubat ulangan dan pemantauan akan dibuat oleh Pegawai Farmasi yang bertugas.
    2. Pesakit yang berminat akan didaftarkan dan diberikan Kad Temujanji. 
    3. Ubat-ubatan boleh disediakan pada bila-bila masa sebelum pesakit datang dan perlu disemak semula.
    4. Pesakit perlu menunjukkan kad dan mengesahkan identiti sebelum mengambil ubat di kaunter khas yang disediakan tanpa perlu menunggu lama.

 

1.5.2 LETAK DAN AMBIL

1. Pesakit yang kesuntukan masa juga boleh mendapatkan khidmat Nilai Tambah Letak dan Ambil.

2. Pesakit hanya perlu beratur dan serahkan preskripsi di kaunter penerimaan preskripsi farmasi.

3. Selepas nombor giliran diberi, pesakit boleh maklumkan kepada pegawai farmasi bahawa akan menuntut ubat setelah siap urusan persendirian nanti.

4. Pesakit kemudiannya boleh menyelesaikan urusan berkenaan dan kembali ke kaunter farmasi untuk menuntut ubat setelah urusan selesai dengan menggunakan nombor giliran yang diberi.

 

1.5.3 APLIKASI MyUBAT

      1. Sistem MyUBAT dibangunkan untuk memudahkan pesakit mendapatkan perkhidmatan VAS melalui aplikasi telefon pintar tanpa perlu hadir ke kaunter farmasi. 
      2. Bagi preskripsi jangka panjang, pesakit masih perlu mendapatkan bekalan pertama di kaunter farmasi. 
      3. Sistem MyUbat adalah perkhidmatan yang baru yang ditawarkan oleh pihak farmasi kepada pesakit di Hospital bermula pada 01 April 2022. 
      4. Sistem ini terdiri daripada Aplikasi telefon bimbit, MyUBAT dan Sistem Web-console.
      5. Fungsi MyUbat termasuklah pengguna adalah pesakit dan bertujuan semakan status permohonan dan penyediaan ubat, tracking bungkusan ubat, semakan tarikh bekalan susulan, semakan senarai ubat dan lain-lain.
      6. Pesakit perlu muat turun aplikasi MyUbat di telephone pintar masing-masing dan mendaftar di aplikasi MyUBAT dahulu untuk memudahkan pesakit mendapatkan perkhidmatan VAS melalui aplikasi tersebut tanpa hadir ke kaunter farmasi.
      7. Manakala bagi sistem Web-console adalah untuk semua kakitangan (Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi) yang terlibat dalam merekod, mengurus, kemaskini dan menyelia aktiviti pembekalan ubat susulan di fasiliti Kerajaan perlu merujuk kepada garis panduan dan rujukan penggunaan sistem Pharmacy Web Console & aplikasi MyUBAT yang terdapat dalam https://webconsole.pharmacy.gov.my/.

 

WAKTU PERKHIDMATAN

 

Farmasi Pesakit Luar

HARI

MASA

Isnin – Khamis

8.00 Pagi – 1.00 Petang

2.00 Petang – 5.00 Petang

6.00 Petang- 9 Malam (Extended)*

Jumaat

8.00 Pagi – 11.30 Pagi

2.00 Petang – 5.00 Petang

6.00 Petang- 9 Malam (Extended)*

Sabtu / Ahad & Cuti Umum

8.30 Pagi – 11.30 Pagi*

6.00 Petang- 9 Malam (Extended)*

*: Pembekalan ubat kepada Pesakit Jabatan Kecemasan sahaja.







2. FARMASI BEKALAN WAD

 

2.1 ‘PRESCRIBING’ UBAT-UBATAN

  1. Preskripsi pesakit dalam wad adalah melalui Carta Pengubatan Pesakit yang mesti ditulis sendiri oleh Pegawai Perubatan.
  2. Carta pengubatan pesakit mesti ditulis menggunakan pen, jelas dibaca dan lengkap iaitu mengandungi:
    1. Butiran pesakit (nama, unit/wad, umur, berat, tinggi, jantina, nombor kad pengenalan/ nombor pendaftaran, tarikh kemasukan wad) 
    2. Diagnosis pesakit
    3. Status alergi ubat/ makanan dan kesan sampingan ubat yang dihadapai (jika ada)
    4. Nama ubat (ditulis menggunakan nama generik dan tidak menggunakan    singkatan yang mempunyai unsur-unsur meragukan), bentuk serta kekuatan ubat
    5. Dos ubat, kekerapan dan tempoh ubat diperlukan
    6. Tarikh mula dan penamatan pemberian ubat
    7. Tandatangan dan cop rasmi preskriber (nama, jawatan dan nama hospital)      
  3. Bagi pemberian ubat-ubatan secara intravenous infusion, peraturan di bawah mesti dipatuhi bagi membantu jururawat memberi ubatan dengan betul dan selamat. Pegawai perubatan hendaklah menulis dengan jelas:
  1. Nama ubat yang hendak diberi secara infusion dan dos ubat.
  2. Bendalir infusi (ie water for injection etc) yang akan digunakan dan sukatannya.
  3. Kepekatan ubat setelah dicairkan.
  4. Rate of infusion 
  1. Pempreskriban ubat melalui telefon / secara lisan tanpa preskripsi adalah tidak dibenarkan. 
  2. Bagi kes-kes memerlukan konsultasi pakar melalui telefon dan pesakit dipreskrib ubat-ubatan Kategori A/A*, maka Pegawai Perubatan dibenarkan mempreskrib ubat   tersebut dengan menulis Spoken To atau ‘S/T’ diikuti nama pakar  mempreskrib (contoh: S/T Dr.XYZ) pada ruangan specialist authorization dalam carta pengubatan.

 

2.2 PEMBEKALAN UBAT-UBATAN PESAKIT DALAM (UoU/UDS)

  1. Unit-of-Use (UoU) atau Unit Dose System (UDS) merupakan satu sistem pembekalan ubat-ubatan di mana bekalan ubat bagi setiap pesakit disimpan di dalam bin masing-masing dan dihantar ke wad dengan menggunakan troli ubat. 
  2. Bagi pembekalan ubat melalui sistem Unit-of-Use (UoU), carta perubatan pesakit hendaklah dihantar ke Farmasi Pesakit Dalam bersama troli ubat sebaik-baiknya sebelum pukul 10.00 pagi (untuk sesi pagi) dan sebelum 3.00 petang (untuk sesi petang) mengikut jadual yang telah ditetapkan. 
  3. Bagi pembekalan ubat melalui sistem Unit Dose System (UDS) , carta perubatan hendaklah dihantar ke Farmasi Pesakit Dalam bersama troli ubat setiap hari (kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) sebelum pukul 10.00 pagi. Ubat-ubat tablet yang standard seperti Paracetamol, Ferrous Fumarate, Folic Acid, Vitamin B Complex, Ascorbic Acid serta ubat-ubat sirap adalah dikecualikan daripada pembekalan secara UDS dan akan disimpan sebagai floor stock untuk kegunaan semasa dan selepas waktu pejabat.
  4. Semua preskripsi pada carta perubatan akan disaring oleh Pegawai Farmasi dan ubat disediakan oleh Penolong Pegawai Farmasi.  Tandatangan ringkas perlu diturunkan pada setiap preskripsi yang disaring dan disediakan.
  5. Tarikh mula pemberian ubat tersebut mesti dinyatakan. Bagi antibiotik, tempoh rawatan wajib dinyatakan (contoh: 3 hari, 5 hari dan sebagainya). 
  6. Semua ubat yang dibekalkan hendaklah dilabel lengkap dengan nama pesakit dan cara penggunaan/ pengambilan ubat, kecuali untuk ubat injeksi.
  7. Ubat hanya akan dibekalkan untuk 1-7 hari, berdasarkan kepada jenis ubat yang diingini. Ubat-ubatan yang menggunakan floor stock akan ditulis sebagai ‘FS’ pada ruang pembekalan farmasi. 
  8. Semakan silang ubat-ubatan yang disediakan perlu dibuat sebelum anggota wad mengambil bekalan tersebut.
  9. Anggota wad perlu:
    • Memastikan semua carta pengubatan dan bin pesakit dibawa ke farmasi untuk pembekalan
    • Memastikan hanya Jururawat Terlatih/Penolong Pegawai Perubatan/Ketua Jururawat sahaja yang dibenarkan mengambil ubat di Farmasi Pesakit Dalam
    • Menyemak semua ubat yang telah dibekalkan oleh anggota farmasi dan menurunkan tandatangan ringkas di setiap carta pengubatan pesakit sebagai bukti semakan dan penerimaan. 
  1. Semua urusan melibatkan pembekalan ubat ke unit pesakit dalam adalah melalui Pharmacy Information System (PhIS).

 

2.3 PEMBEKALAN UBAT-UBATAN TROLI KECEMASAN (TK)

    1. Troli kecemasan (TK) hendaklah mempunyai senarai ubat yang terkandung di dalam troli tersebut. Senarai TK berbeza dari unit ke unit mengikut keperluan tetapi merangkumi beberapa ubat yang standard. 
    2. TK hendaklah diperiksa pada setiap pertukaran syif. Kuantiti ubat-ubatan di dalam TK hendaklah sentiasa mencukupi mengikut senarai yang diberi. Pesanan hendaklah dibuat setiap kali selepas stok digunakan. Ia perlu dipastikan sentiasa penuh dan mencukupi.
    3. Semua ubat-ubatan pada troli kecemasan hendaklah mempunyai tarikh luput melebihi/tidak kurang daripada 1 bulan. Jika kurang daripada 1 bulan, hendaklah menghubungi pihak farmasi bagi mendapatkan penukaran, kecuali terdapat masalah stok di pihak farmasi.
  • Sebagai langkah keselamatan pengubatan, semua troli kecemasan perlu melaksanakan label Tallman Lettering sebagai langkah bagi mengelakkan kesilapan dalam pemberian ubat kepada pesakit.
  • Semua urusan melibatkan pembekalan ke wad/unit adalah melalui Pharmacy Information System (PhIS).

 

2.4 PEMBEKALAN UBAT-UBATAN FLOOR STOCK

  1. Kuantiti yang disimpan di wad/unit hendaklah mengikut senarai floor stock yang terkini yang telah disahkan dan diedarkan.
  2. Pesanan hendaklah mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  3. Semua ubat-ubatan yang dibekalkan secara floor stock akan dilabel mengikut nama generik dan tarikh luput akan dicatatkan oleh anggota Farmasi.
  4. Jururawat Terlatih/ Pen. Peg.Perubatan/ Ketua Jururawat yang mengambil bekalan perlu menyemak bekalan dan menurunkan tandatangan pada borang pesanan farmasi.
  5. Sebarang permohonan pertambahan atau pengurangan dalam Senarai Floor Stock Wad/Unit perlu menulis surat rasmi kepada Pegawai Farmasi Y/M.
  6. Sebagai langkah keselamatan pengubatan, semua floor stock perlu melaksanakan label Tallman Lettering sebagai langkah untuk mengelakkan kesilapan dalam pemberian ubat kepada pesakit.
  7. Injeksi Potassium Chloride hendaklah disimpan pada tempat yang berasingan.
  8. Semua urusan melibatkan pembekalan ke wad/unit adalah melalui Pharmacy Information System (PhIS).

 

2.5 PEMBEKALAN BAHAN PSIKOTROPIK DAN DADAH BERBAHAYA

  1. Pembekalan ubat psikotropik di wad/ unit haruslah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan Racun (Bahan psikotropik) 1989, iaitu:
  1. Penyimpanan stok hendaklah dalam kabinet/ almari yang berkunci.
  2. Kunci kabinet hendaklah disimpan oleh Jururawat Terlatih atau Penolong Pegawai Perubatan bagi setiap syif.
  3. Jenis ubat dan bilangan akan ditentukan oleh Unit Farmasi dan sebarang perubahan perlulah mendapat persetujuan pihak Farmasi.
  4. Item yang berlainan hendaklah disimpan di dalam bekas berasingan dan bekas hendaklah dilabel nama, kekuatan, nombor kelompok dan tarikh luput ubat masing-masing.
  5. Setiap penggunaan hendaklah direkod dengan serta merta menggunakan pen biru/ hitam di dalam buku rekod) dan ditandatangani oleh Jururawat Terlatih atau Penolong Pegawai Perubatan.
  6. Buku rekod hendaklah disimpan selama 2 tahun dari tarikh terakhir rekod dibuat termasuk buku pesanan farmasi bagi ubat psikotropik.
  7. Semakan “Checked & Found” hendaklah dilakukan setiap syif, selagi ada stok ubat berkenaan dengan menggunakan pen berwarna merah.
  8. Semua pesanan hendaklah dilakukan melalui Pegawai Farmasi sahaja. 
  9. Setiap kali pesanan dibuat hendaklah membawa buku rekod, baki stok ubat dan ampul kosong dibawa. Pesanan boleh dibuat pada hari bekerja sahaja apabila stok menghampiri paras minima mengikut jadual yang telah ditetapkan , kecuali kes-kes kecemasan. Bekalan haruslah diambil pada hari yang sama.
  10. Setiap penerimaan stok hendaklah direkod pada buku menggunakan pen merah sahaja. 
  11. Tiada pembatalan dan pertukaran boleh dibuat dalam buku rekod melainkan pembetulan melalui nota kaki beserta tandatangan dan tarikh.
  12. Sebarang kesilapan atau masalah dalam pengurusan bahan psikotropik, surat penjelasan rasmi hendaklah diberikan kepada Pegawai Farmasi Y/M dalam tempoh 24 jam. Sebarang kelewatan hendaklah disertakan dengan surat tunjuk sebab.
  13. Selain daripada Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih atau Penolong Pegawai Perubatan dibenarkan memberi administrasi kepada pesakit dengan arahan Pegawai Perubatan melalui preskripsi atau carta perubatan.
  1. Bagi ubat psikotropik terkawal yang dibekalkan kepada pesakit, maklumat yang mengandungi nama pesakit, alamat tinggal pesakit, kuantiti bekalan, nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran pesakit, nama preskriber dan tarikh preskripsi perlu direkod dengan lengkap dalam buku rekod di Unit Farmasi untuk ubat psikotropik.
  2. Semua penerimaan, pengeluaran ubat dadah berbahaya dikawal serta diselia oleh Pegawai Farmasi mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

2.6 PEMBEKALAN UBAT PATIENT’S OWN MEDICATION (POMS)

  1. Semua pesakit yang masuk ke dalam wad perlu menyerahkan POMS kepada anggota wad untuk diperiksa oleh preskriber dan pihak farmasi.
  2. Ubat-ubatan POMS yang diterima oleh pihak farmasi akan disemak oleh pegawai farmasi/penolong pegawai farmasi bagi memastikan ubat-ubatan yang masih boleh digunakan.
  3. POMS yang akan digunakan di dalam wad perlu mestilah dipreskrib oleh Pegawai Perubatan dan preskripsi tersebut akan dituliskan dengan perkataan ’POMS’.

 

2.7 PEMBEKALAN UBAT KEPADA PESAKIT DISCAJ

  1. Penulisan preskripsi untuk pesakit discaj hendaklah seperti penulisan preskripsi untuk pesakit luar. 
  2. Masa penerimaan preskripsi pesakit discaj adalah sehingga 11.30 pagi (Isnin-Khamis) dan sehingga 10.30 pagi (Jumaat).
  3. Preskripsi yang legkap hendaklah ditulis dengan nama Wad dan No.Katil Pesakit bagi memudahkan sebarang pertanyaan dan proses pendispensan ubat pesakit. 
  4. Bagi preskripsi yang mengandungi Ubat Psikotropik atau Dadah Berbahaya hendaklah mengandungi alamat dan nombor kad pengenalan pesakit sebagai tambahan yang wajib.
  5. Ubat-ubatan yang diberi secara individu kepada pesakit seperti inhaler semasa dalam wad, hendaklah diberi kepada pesakit semasa discaj kecuali rawatan diberhentikan.
  6. Ubat-ubatan yang dibeli sendiri oleh pesakit adalah hak mereka. Pegawai Perubatan yang bertugas hendaklah membuat keputusan sama ada akan menggunakannya semasa di wad atau disimpan dan dikembalikan kepada pesakit apabila pesakit discaj. Semua ubat yang dibekalkan oleh hospital kerajaan yang tidak digunakan hendaklah dipulang ke Unit Farmasi untuk tindakan selanjutnya.
  7. Ubat-ubatan pesakit discaj akan didispens oleh Pegawai Farmasi bertugas secara Bedside Dispensing kepada pesakit (pendispensan ke tepi katil pesakit).

 

2.8 PELAKSANAAN COLOUR CODING, TALLMAN LETTERING DAN HIGH ALERT MEDICATIONS (HAM)

    1. Pihak farmasi adalah bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan aktiviti keselamatan pengubatan dilaksanakan di semua wad/unit di hospital.
    2. Colour Coding perlu dibuat untuk ubat-ubatan dengan tarikh luput 6 bulan atau ke bawah (dilekatkan sticker hijau) dan tarikh luput 3 bulan ke bawah (dilekatkan sticker pink) sebagai langkah pemantauan.
    3. Bagi ubat-ubatan Sound Alike, perlu melaksanakan Tallman Lettering pada label nama ubat di tempat penyimpanan ubat tersebut. Ubat-ubatan Look Alike tidak boleh disimpan bersebelahan.
  • Semua ubat-ubatan yang tersenarai dalam High Alert Medications (HAM) akan dilekatkan sticker HAM pada setiap ampul/vial.

 

2.9 PEMERIKSAAN WAD/UNIT

  1. Pihak farmasi bertanggungjawab melaksanakan pemeriksaan wad/unit sekurang-kurangnya 3 kali setahun atau lebih, mengikut keperluan.
  2. Laporan akan diberikan kepada ketua unit/wad dan ketua unit/wad bertanggungjawab untuk membuat pembetulan dan penambahbaikan hasil daripada laporan tersebut.

 

2.10 PANGGILAN ON-CALL SELEPAS WAKTU PEJABAT

  1. Panggilan On-call Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi hanya untuk membekalkan ubat-ubat kecemasan dan life saving.
  2. Panggilan On-call Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  3. Setiap panggilan diterima dan ubat yang dibekalkan hendaklah dicatit pada Buku Rekod Farmasi Pesakit Dalam.
  4. Ubat yang dibekalkan adalah mencukupi sehingga dos sebelah pagi keesokan hari atau 1 hari sahaja dan pemesanan seterusnya dibuat semasa waktu pejabat.
  5. Bagi setiap panggilan diterima, Pegawai Farmasi layak menuntut kerja lebih masa (time off) mengikut laporan Thumb-print. Bagi Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi yang datang membekalkan ubat (oncall), mereka layak menuntut kerja lebih masa mengikut laporan Thumb-print bagi setiap pembekalan.



WAKTU PERKHIDMATAN

 

Farmasi Pesakit Dalam 

HARI

MASA

Isnin – Khamis

8.00 Pagi – 1.00 Petang

2.00 Petang – 5.00 Petang

Jumaat

8.00 Pagi – 11.30 Pagi

2.00 Petang – 5.00 Petang

Sabtu / Ahad & Cuti Umum

8.30 Pagi – 11.30 Pagi

Tugas ‘On Call’

Selepas waktu bekerja

 

3. FARMASI BAHAGIAN PENGELUARAN

3.1 PENGELUARAN SEDIAAN GALENIKAL & EKSTEMPORANEOUS

  1. Penyediaan dilakukan berdasarkan kertas kerja standard (Master Formulasi) dan mematuhi Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice).
  2. Persediaan yang tertakluk untuk dianalisa seperti yang dimaklumkan dalam ‘Makluman Prosedur Operasi Penghantaran Sampel Ubat dan Air ke Makmal Farmaseutikal Negeri Sabah Untuk Ujian Analisa’ perlu dihantar untuk ujian kualiti sebelum boleh didispens kepada pesakit.
  3. Nama, kekuatan, nombor kelompok dan tarikh luput persediaan perlu dilabel pada semua persediaan yang dihasilkan. 
  4. Semua pengeluaran hendaklah dilakukan kertas kerja melalui PhIS dan hendaklah disemak oleh Pegawai Farmasi dengan menurunkan tandatangan pada setiap kertas kerja yang disediakan.

3.2 PRA-PEMBUNGKUSAN

  1. Merujuk kepada aktiviti pembungkusan semula ubat dari stok pukal ke bungkusan kecil untuk pendispensan.
  2. Hanya satu jenis ubat yang akan diprabungkus pada satu masa.
  3. Semua ubat yang diprabungkus perlu dilabelkan dengan nama ubat, kuantiti, tarikh luput, nombor kelompok dan harga
  4. Semua aktiviti prabungkus yang dibuat (ubat biji/ losyen/ krim) perlulah direkodkan dalam sistem PhIS dan hendaklah disemak oleh Pegawai Farmasi dengan menurunkan tandatangan pada setiap kertas kerja yang disediakan.
  5. Semua kertas kerja perlu difailkan sebagai bukti aktiviti pra-pembungkusan dijalankan.

 

4. PERKHIDMATAN PEMONITORAN TERAPEUTIK UBAT

  • Tujuan perkhidmatan pemoniroran terapeutik ubat adalah seperti berikut:
  1. Memaksimumkan keselamatan dan efikasi bagi terapi ubat untuk rawatan pesakit. 
  2. Menentukan komplian pesakit terhadap terapi pengubatan yang diberi. 
  3. Memantau kesan terapeutik dan/ atau toksik bagi pesakit yang mempunyai variasi antara pesakit yang besar. 
  4. Menentukan simptom-simptom yang boleh dihasilkan oleh toksisiti ubat ataupun oleh proses patologi (contohnya aritmia baru dalam pesakit yang menggunakan digoxin). 
  5. Menentukan regimen dos bagi pesakit yang mempunyai kecacatan metabolik atau proses eskresi, yang mana kesan ubat tidak dapat dijangka. 
  6. Menentukan regimen dos yang sebaik mungkin untuk pesakit yang sedang menjalani hemodialisis atau dialisis peritoneal. 
  • Ubat yang dimonitor ialah Aminogycosides, Vancomycin, Antiepileptic, Digoxin, Theophylline dan Paracetamol untuk pesakit luar dan pesakit di wad Hospital Semporna.
  1. Analisis akan dibuat oleh Hospital Tawau secara lab-based dan interpretasi akan dibuat oleh Pegawai Farmasi Hospital Semporna.
  2. Sampel darah akan diambil di makmal Hospital Semporna/ dalam wad menggunakan Borang TDM (Rujuk Lampiran 4). Semua borang perlu diisi lengkap beserta dengan tandatangan dan cop pegawai perubatan yang diisi dalam 2 salinan. TDM direkodkan melalui PhIS dan dihantar ke Hospital Tawau.
  3. Semua sampel dan borang TDM mesti melalui Pegawai Farmasi untuk disaring, direkod dan diberi nombor siri rujukan. Setiap pesakit hendaklah ditemubual oleh Pegawai Farmasi dan didaftarkan dalam Fail Rekod TDM.
  4. Keputusan analisan akan dimaklumkan oleh Hospital Tawau kepada Pegawai Farmasi Hospital Semporna dan hasil interpritasi keputusan TDM akan diserahkan ke wad/ unit yang berkaitan untuk didokumentasi dalam kes nota pesakit.

 

5 PERKHIDMATAN MAKLUMAT UBAT-UBATAN & RACUN

  1. Pegawai Farmasi bertanggungjawab kepada pertanyaan tentang ubat dan keracunan.
  2. Bahan rujukan maklumat adalah dari buku rujukan MIMS/Lexicomp, product insert, Micromedex dan lain-lain. Semua jawapan yang diberikan haruslah berdasarkan kepada fakta/ rujukan yang sah dan boleh dipercayai.
  3. Pertanyaan diterima daripada anggota hospital, pesakit dan orang awam.
  4. Jawapan akan diberi secepat yang mungkin dalam hari yang sama. 
  5. Semua pertanyaan direkodkan dalam sistem Pharmacy Information System (PhIS).
  6. Formulari Ubat Hospital Semporna disimpan dalam dalam bentuk softcopy dan boleh dirujuk ke farmasi.
  7. Aktiviti Keselamatan Pengubatan akan dibuat dan dipantau dari semasa ke semasa seperti bengkel, edaran bahan-bahan bacaan, ceramah atau pameran. Semua aktiviti akan didokumentasi dan difailkan.
  8. Pesakit yang mempunyai alahan ubat/ alergi ubat, Pegawai Perubatan atau Pegawai Farmasi boleh memohon untuk pengeluaran Kad Alahan kepada pesakit.
  9. Bagi sebarang kes kesilapan pengubatan (Medication Error) yang berlaku di hospital, kakitangan hospital hendaklah melaporkan kepada pihak farmasi. Pegawai Farmasi bertanggungjawab melaporkan kesilapan pengubatan (Medication Error) melalui Medication Error Reporting System (MERS) secara online. Semua Medication Error perlu dibuat Incident Reporting (IR) dan laporan insiden dihantar kepada jawatankuasa berkenaan.
  10. Bagi sebarang kesan advers (Adverse Drug Reaction (ADR)) yang dialami pesakit, kakitangan hospital hendaklah melaporkan kepada pihak farmasi. Pegawai Farmasi bertanggungjawab melaporkan sebarang ADR yang dialami pesakit kepada Malaysian Adverse Drug Reactions Advisory Committee (MADRAC).
  11. Menyelaras aktiviti pembelajaran berterusan (CPE) dan memantau pencapaian CPD kakitangan di Unit Farmasi. Semua aktiviti didokumentasi dan difailkan. 

 

6. PERKHIDMATAN KAUNSELING UBAT

  1. Setiap ubat yang didispen di kaunter atau wad akan diberikan penerangan berkaitan ubat yang diberikan atau sebarang maklumat berkaitan ubatan yang diminta. Jika pesakit memerlukan maklumat lanjut, kaunseling ubat akan diberikan oleh Pegawai Farmasi yang bertugas.
  2. Pesakit luar diberi kaunseling secara individu oleh Pegawai Farmasi atas permintaan pesakit, Pegawai Perubatan atau Pegawai Farmasi yang mendapati pesakit berkenaan patut diberi kaunseling berkenaan terapi ubat yang kompleks atau memerlukan penjelasan yang lanjut.
  3. Kaunseling individu untuk pesakit AC-MTAC dilakukan di bilik kaunseling Farmasi Pesakit Luar. 
  4. Setiap sesi kaunseling berkumpulan dan kaunseling secara individu perlu direkodkan di dalam sistem PhIS sebagai bukti dokumentasi.
  5. Semua maklumat pesakit yang diberikan kaunseling adalah sulit.
  6. Semua Pegawai Farmasi dikehendaki melakukan Peer Review sekali setahun untuk menilai semula kemahiran kaunseling ubat-ubatan Pegawai Farmasi.
  7. Semua kaunseling pesakit direkodkan dalam sistem Pharmacy Information System (PhIS).

 

7. PERKHIDMATAN KLINIKAL FARMASI WAD

  1. Pegawai Farmasi akan menemubual pesakit bagi mendapatkan sejarah pengubatan dan menyemak rekod preskripsi pesakit.  Pegawai Farmasi akan berbincang dengan Pegawai Perubatan untuk menentukan medication reconcillation pesakit.
  2. Penglibatan Pegawai Farmasi Klinikal dalam “ward round‟ dan berinteraksi dengan pakar/pegawai perubatan mengenai terapi ubat-ubatan. 
  3. Melibatkan diri dalam penyelidikan berkaitan dengan bidang pengurusan pesakit, farmakoterapi, kesan advers, distribusi ubat dan pendidikan pesakit. 
  4. Mendokumentasikan setiap jenis perkhidmatan yang diberi. 
  5. Merancang dan mengurus perkhidmatan klinikal wad farmasi serta latihan. 
  6. Borang yang digunakan ialah seperti berikut: 
    1. Borang CP1 – Medication History Assessment Form
    2. Borang CP2 – Medication Profile 
    3. Borang CP3 – Clinical Pharmacy Report Form
    4. Borang CP4 – nota rujukan discaj 
    5. Borang kaunseling 
  7. Untuk perkhidmatan bedside dispensing, preskripsi discaj perlu diserahkan kepada Pegawai Farmasi klinikal.

WAKTU PERKHIDMATAN

Farmasi Klinikal/Wad 

HARI

MASA

Isnin – Khamis

8.00 Pagi – 1.00 Petang

Jumaat

8.00 Pagi – 11.30 Pagi

Sabtu / Ahad & Cuti Umum

 

 

8. UNIT FARMASI LOGISTIK/ STOR FARMASI

8.1 OBJEKTIF 

  1. Stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan 
  2. Kualiti stok sentiasa terjamin dengan memberi perlindungan, penjagaan dan penyelenggaraan yang sewajarnya semasa dalam simpanan
  3. Memastikan peruntukkan yang diberikan digunakan secara optimum, berhemah serta mematuhi peraturan dan arahan perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa
  4. Membuat perolehan ubat, bukan ubat, reagen dan gas perubatan mengikut Tatacara Perolehan Kerajaan
  5. Memastikan stor diurus seperti dalam Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan KP 6.1/2013.

8.2 SKOP PERKHIDMATAN & FUNGSI 

  1. Unit Farmasi Logistik/ Stor Farmasi secara amnya dibahagikan kepada beberapa sub-unit iaitu:
    • Bahagian Perancangan dan Pengurusan Stor
    • Bahagian Pemesanan dan Kawalan Kewangan
    • Bahagian Penerimaan
    • Bahagian Penstoran/ Stok
    • Bahagian Komputer
    • Bahagian Pengeluaran dan Pembungkusan/ Penghantaran
  1. Secara amnya berfungsi untuk mengurus dan mengawal peruntukkan, membuat perolehan, menerima dan menyimpan barang, serta mengeluarkan barangan mengikut permintaan pengguna:
    • Unit Farmasi Pesakit Luar
    • Unit Farmasi Pesakit Dalam
    • Unit Kecemasan Dan Kemalangan
    • Wad Bersalin
    • Wad Perempuan
    • Wad Kanak-Kanak
    • Wad Lelaki
    • Wad SARI/ COVID-19
    • Dewan Bedah
    • Unit Radiologi
    • Unit Makmal Patologi & Tabung Darah
    • Unit Sajian
    • Unit Cssu
    • Unit Hemodialisis
    • Unit Klinik Pakar
    • Unit Kawalan Infeksi
    • Unit Penjagaan Luka
    • Unit Fisioterapi
    • Unit Forensik
  1. Fungsi yang lebih terperinci adalah seperti berikut:
    1. Mengawal peruntukan dan memantau perbelanjaan yang dilakukan dengan merancang pembelian stok mengikut keperluan
    2. Membuat perolehan ubat dan bukan ubat daripada syarikat konsesi Pharmaniaga Logistik Sdn. Bhd.
    3. Membuat pesanan ubat dan bukan ubat daripada Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sabah (CFLNS).
    4. Mengurus perolehan gas-gas perubatan
    5. Memantau perolehan bukan ubat dan reagen untuk unit/ wad lain
    6. Menerima, mengesah dan memperaku barangan yang diterima
    7. Menyimpan dan mengeluarkan stok mengikut prinsip First Expire First Out (FEFO) dan mengoptimumkan penggunaan ruang stor
    8. Mengendalikan panggilan balik produk
    9. Memastikan keselamatan penyimpanan stok di stor dan mengambil langkah-langkah keselamatan pengendalian barangan
    10. Memastikan kebersihan stor dan terlindung daripada serangan makhluk perosak untuk mencegah kerosakan barangan
    11. Memeriksa, mengesan dan mengenalpasti sebarang kelemahan yang menyebabkan stok usang, rosak, luput dan sebagainya

 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan
 
UNIT FARMASI
HOSPITAL SEMPORNA