PENGENALAN
Unit Pemulihan Carakerja merupakan unit sokongan klinikal yang terletak di Unit Fisioterapi (unit bersama) sejak awal tahun 2020 disebabkan penularan pandemik covid-19
VISI
Menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang bersistematik, bertaraf antarabangsa dan mudah diperolehi di setiap peringkat sistem penjagaan kesihatan dalam meningkatkan kualiti kehidupan pelanggan.
MISI
Perkhidmatan ini diberikan oleh warga kerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan evidence based practice.
OBJEKTIF
Memastikan pelanggan mendapat Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang selamat, tepat dan berkesan mengikut standard Pemulihan Carakerja yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan dengan layanan yang mesra dan profesional. Segala maklumat pesakit adalah dirahsiakan.
- Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai program pemulihan yang akan dilaksanakan.
- Setiap pelanggan akan diberi rawatan pemulihan dalam masa 30 minit selepas pendaftaran dan rawatan diberi mengikut temujanji.
- Setiap pesakit dalam yang dirujuk akan diberi perkhidmatan dalam masa 24 jam hari bekerja.
- Setiap pesakit luar akan diberi rawatan pemulihan dalam masa 3 hari bekerja.
- Pesakit akan diberi laporan kemajuan kepada Pegawai Perujuk berkenaan semasa rawatan susulan mengikut keperluan.
SKOP PERKHIDMATAN
1. Fungsi Utama
- Perkhidmatan Pemulihan Carakerja disediakan untuk pesakit dalam,dan pesakit luar,. Perkhidmatan yang diberikan seperti yang disenaraikan:-
- Pemulihan Carakerja di bidang Ortopedik
- Tangan dan anggota atas
- Kecedaraan saraf tunjang
- Kecederaan saraf periferi
- Muskuloskeletal
- Amputasi
- Pemulihan Carakerja dibidang Psikitari dan Kesihatan Mental
- Adult Psychiatry
- Kanak-kanak dan remaja
- Pemulihan Psikososial
- Pemulihan Carakerja dibidang Pediatrik
- Neurologi Pediatrik
- Neonatal
- Pemulihan Carakerja dibidang Perubatan Am
- Pemulihan Carakerja dibidang Neurologi
- Pemulihan Carakerja dibidang Pembedahan Am
- Pemulihan Carakerja dibidang Plastic And Reconstructive
2. Modaliti Rawatan
- Activities of Daily Living Assessment and Training
- Instrumental Activities Daily Living Assessment and Training
- Motor & Functional Assessment and Training
- Cognitive and Perceptual Assessment and Training
- Development Assessment and Training
- Sensory Assessment and Training
- Wheelchair Assessment and Training
- Work Assessment and Rehabilitation
- Community Placement Assessment and Visit
- Behavior Assessment and Management
- Aids & Adaptation
- Compression Therapy
- Creative Therapy
- Social Skill Assessment and Training
- Patients' and Carers' Education
- Play and Leisure (Exploration & Training)
- Relaxation Therapy
- Splint and Orthotics
- Pre-School Assessment and Training
3. Sistem Penjagaan Pesakit Dalam
- Kemudahan dan Kelengkapan
- Bilik rawatan pemulihan
- Kaunter pendaftaran
- Ruang menunggu
- Stor penyimpanan alat perubatan dan bahan guna pakai
- Alat penilaian
- Alatan Rawatan
4. Sistem Penjagaan Pesakit Luar
- Kemudahan dan Kelengkapan
- Bilik rawatan pemulihan
- Kaunter pendaftaran
- Ruang menunggu
- Stor penyimpanan alat perubatan dan bahan guna pakai
- Alat penilaian
- Alatan Rawatan
POLISI TERAS
- Perkhidmatan Pemulihan Carakerja hanya diberikan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan / Jurupulih Carakerja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja / Jurupulih Carakerja perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard sedia ada.
- Pelanggan akan menerima Perkhidmatan Pemulihan Carakerja mengikut polisi teras
- Ketua Jabatan / Unit Pemulihan Carakerja memantau bagi memastikan perlaksanaan polisi dan prosedur ini dipatuhi oleh Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja / Jurupulih Carakerja.
SISTEM RUJUKAN
Jabatan Pemulihan Carakerja akan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan dan lain-lain professional daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Semua rujukan mestilah secara bertulis.
WAKTU OPERASI
Waktu Operasi 1: 8.00 pagi - 5. 00 petang. Ditutup pada hari minggu dan hari kelepasan am.
Waktu operasi 2 – flexi hour: 7.30 pagi – 4.30 petang atau 8.30 pagi - 5.30 petang. Ditutup pada hari minggu dan hari kelepasan am.
CAS RAWATAN
Caj rawatan pesakit mengikut Akta Fee 1982
Untuk Maklumat Lanjut, Sila berhubung dengan
UNIT CARAKERJA
HOSPITAL SEMPORNA