Header HTRN

   
Logo Malaysia Madani Logo SMJ
Logo FB Logo Borang

 

UNIT HASIL


Pengenalan

Unit Hasil adalah unit yang bertanggungjawab menguruskan kutipan bayaran bil hospital pesakit. Ia juga merupakan unit yang menguruskan hasil hospital seperti sewa tapak dan bangunan hospital disamping menguruskan utiliti kakitangan Hospital Tuaran. Unit Hasil terbahagi kepada pemungut di kaunter utama dan dua (2) pemungut kecil Hasil yang bertempat di Jabatan pesakit Luar dan Jabatan kecemasan dan Trauma.




Visi

Mengoptimakan Pungutan Hasil dan meminimumkan Tunggakan Hasil.




Misi

Memastikan pengurusan pungutan hasil dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan berhemah berlandaskan undang-undang, peraturan dan arahan semasa.




Objektif

Memungut kutipan hasil dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan berhemah berlandaskan undang-undang, peraturan dan arahan semasa.




Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan secara professional, mesra, bersopan santun, jujur dan berkualiti.
1) Proses penyediaan resit bayaran akan dilakukan dalam masa 8 minit bagi keadaan biasa di mana selepas menyerahkan bil bagi setiap pembayaran bil rawatan.
2) Bagi kes-kes yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kaunter akan dirujuk kepada pihak atasan yang berkenaan.
3) Memastikan Peraturan-peraturan didalam Perintah Fee, Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling -Pekeliling berkaitan dipatuhi.
4) Caj rawatan pesakit adalah berpandukan kepada Perintah Fee, Perintah Am Bab F dan Pekeliling-Pekeliling yang berkaitan.
5) Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan yang baik, Persekitaran yang bersih, selesa dan selamat.




Skop Perkhidmatan

Unit ini menjalankan fungsi-fungsi pengurusan hasil dalam Hospital Tuaran seperti berikut :-
1) Memungut caj bayaran hospital melalui pesakit atau wakil pesakit yang dikenakan bayaran mengikut peruntukan Akta Fee 1951, Perintah Perubatan 1982 dan pindaan-pindaannya, Perintah Am bab F serta lain-lain peruntukan kewangan yang telah diluluskan oleh kerajaan dari masa ke semasa.
2) Memberi pengurangan caj bayaran kepada rakyat miskin dan miskin tegar di kalangan warganegara serta diperakukan oleh Jabatan kebajikan Masyarakat dan lain badan bertauliah.
3) Mengoptimakan pungutan hasil dan meminimumkan tunggakkan hasil.
4) Mengesyorkan tindakan hapuskira kepada tunggakkan-tunggakkan lapuk hasil yang tidak dapat dikutip daripada orang awam setelah pelbagai cara pengutipan dilakukan.

 

UNIT PEROLEHAN


Pengenalan

1) Mengurus perolehan sama ada secara pembelian terus ataupun sebut harga dengan efisien dan penuh integriti.
2) Unit Perolehan bertanggungjawab merancang perolehan selaras dengan keperluan Jabatan dengan mengambilkira peruntukan yang diterima oleh Jabatan.




Visi

Menjadikan Unit Perolehan Hospital Tuaran sebagai pusat pembelian bekalan dan perkhidmatan bagi aktiviti yang dijalankan dengan memelihara Integriti dan Akauntabiliti dalam perkhidmatan.




Misi

Memberi mutu perkhidmatan yang efisyen dan cekap mengikut dasar, prinsip dan objektif perolehan Kerajaan yang telah ditetapkan.




Objektif

1) Mengurus perolehan cekap dan berkesan.
2) Mendapatkan harga yang paling menguntungkan kerajaan.




Piagam Pelanggan

1) Mengurus permohonan pembelian terus dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
2) Mengurus permohonan sebut harga dalam tempoh 120 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
3) Mengurus dan memajukan permohonan tender ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.




Skop Perkhidmatan

Kategori Perolehan Kerajaan dibahagikan kepada tiga (3) kategori seperti berikut :-
1) Kerja Perolehan kerja melibatkan kerja-kerja pembinaan seperti bangunan, lapangan terbang, pelabuhan, jalan raya, tapak kawasan, empangan air dan kerja perparitan serta juga merangkumi kerja-kerja sivil, mekanikal dan elektrikal.
2) Bekalan Perolehan bekalan merangkumi barangan/peralatan yang dibekalkan bagi menjalankan sesuatu program, aktiviti atau projek Kerajaan seperti makanan, pakaian, kenderaan dan kelengkapan pejabat.
3) Perkhidmatan Perolehan perkhidmatan ditafsirkan sebagai khidmat tenaga manusia atau kepakaran untuk melaksanakan dan menyiapkan sesuatu projek. Bidang perkhidmatan terbahagi kepada dua iaitu perkhidmatan perunding dan bukan perunding.
a) Perkhidmatan perunding meliputi bidang-bidang seperti perunding pembangunan fizikal dan bukan fizikal.
b) Perkhidmatan bukan perunding adalah meliputi perkhidmatan seperti pengendalian kursus dan latihan, penyenggaraan dan pembaikan, pencucian dan pembersihan, penyewaan dan pengurusan bangunan, pengiklanan, pengangkutan dan sebagainya.