VISI
Unit Bekalan Bahan Steril (UBBS) menjadi sebuah pusat bekalan peralatan steril melalui perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang serta sentiasa membekalkan peralatan yang mencukupi.
MISI
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dengan penyediaan bekalan yang steril selaras dengan teknologi terkini dan menekankan aspek keselamatan berterusan.
OBJEKTIF
1) Menyediakan perkhidmatan pensterilan dan bekalan peralatan pembedahan dan perubatan dengan tujuan pengawalan jangkitan.
2) Memastikan pensterilan dan bekalan peralatan pembedahan dan perubatan sentiasa mencukupi dan selamat untuk digunakan.
3) Mewujudkan suasana kerja berpasukan yang harmoni dan sentiasa mengamalkan budaya korporat.
PIAGAM PELANGGAN
1) Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan adil.
2) Menerima set, pek atau peralatan yang sudah digunakan untuk tujuan pensterilan daripada semua unit yang berkenaan.
3) Jadual bagi perkhidmatan pensterilan adalah seperti berikut :
a) Penerimaan peralatan pembedahan/perubatan dari unit yang berkenaan: (Jam 8:00 pagi – Jam 10:00 pagi)
b) Pengagihan produk steril kepada unit berkenaan: (Jam 02:00 petang - Jam 04:30 petang)
4) Bagi kes tertentu/kecemasan hendaklah berhubung terus dengan jururawat (Y/M) atau Ketua Unit.
SKOP PERKHIDMATAN
1) Menerima, mencuci, memeriksa, membungkus dan mensteril peralatan perubatan dan bahan-bahan lain untuk kegunaan semua unit di hospital.
2) Melaksanakan pensterilan peralatan perubatan dan bahan – bahan lain dari hospital dan fasiliti kesihatan yang berhampiran.
3) Menyimpan dan mengagihkan produk steril untuk kegunaan semua unit di hospital.
4) Memesan bekalan bahan- bahan mentah dari Stor Perubatan apabila perlu mengikut hari pesanan yang dijadualkan.
5) Membungkkus linen dan soft dressing (Gauze, Gamgee, Cotton Wool dan sebagainya) untuk kegunaan semua unit di hospital.
6) UBBS beroperasi mengikut waktu pejabat dan atas panggilan.


