PENGENALAN
Unit Dewan Bedah terletak di Aras 3 Fasa II Hospital Tuaran. Mula beroperasi pada September 2015. Mempunyai dua bilik bedah, tapi hanya satu bilik bedah yang beroperasi. Perkhidmatan ini membolehkan prosedur pembedahan dilakukan di Hospital Tuaran. Perkhidmatan pembedahan ini disediakan dalam unit khusus yang dilengkapi dengan mesin dan instrumen untuk menjalankan pembedahan, menjalankan anestesia dan penjagaan perioperatif yang dikendalikan oleh kakitangan yang terlatih secara khusus.
Kedua-dua perkhidmatan anestetik dan pembedahan yang berlaku di dewan bedah membawa risiko yang tinggi kepada pesakit dan institusi. Adalah penting untuk mewujudkan kerjasama antara kakitangan di OT, Unit Kawalan Infeksi, Unit Kesihatan Pekerjaan dan mereka yang bertanggungjawab membekal dan menyelenggara peralatan.
Pihak pengurusan hospital memastikan bilangan kakitangan yang berkelayakan dan berpengalaman adalah mencukupi dan tersedia pada setiap masa bagi menyediakan perkhidmatan pembedahan dan anestetik yang selamat.
VISI
Ke arah perkhidmatan yang cemerlang.
MISI
1) Mengemaskinikan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara berterusan.
2) Memberi perkhidmatan berkaitan pembedahan yang berkualiti, cekap, tepat dan selamat kepada pesakit melalui pakar anestesiologi, pembedahan dan kejururawatan yang berpengalaman serta berkemahiran di samping kemudahan perubatan dengan teknologi terkini.
OBJEKTIF
1) Menyediakan perkhidmatan pembiusan dan pembedahan yang cekap, berkesan dan selamat sebelum, ketika dan selepas menjalankan pembedahan elektif atau kecemasan kepada pesakit dengan mengikut standard operasi yang ditetapkan serta memastikan pain score pesakit ≤ 4 apabila discaj dari Dewan Bedah.
2) Mewujudkan anggota yang mahir, berpengalaman dan mampu melaksanakan tugas dengan lebih efisien dan professional.
PIAGAM PELANGGAN
1) “Compliance to safe Surgery Saves Lives (SSSL) practice".
2) Kurangkan masa menunggu bagi kes kecemasan 1% dalam tempoh 24jam.
SKOP PERKHIDMATAN
1) Unit menyediakan penjagaan peri-operative, pembiusan dan pengurusan “acute pain‟ untuk pesakit-pesakit menjalani pembedahan atau prosedur diagnostik.
2) Bilik pembedahan beroperasi 24 jam untuk kes kecemasan manakala kes elektif beroperasi dari pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang.
3) Melakukan pembedahan dan prosedur diagnostik yang melibatkan pemberian bius keseluruhan, sebahagian, setempat dan sedasi.
4) Dewan Bedah menyediakan perkhidmatan pembedahan atau prosedur diagnostik untuk kes Ginekologi & Obstetrik, Pembedahan Am dan lain-lain.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1) Perkhidmatan Anestesia “Peri-Operative”.
2) Perkhidmatan Anestesia Di Dalam Dewan Bedah.
3) Perkhidmatan Anestesia Obstetrik Dan Ginekologi.
4) Perkhidmatan “Multidisciplinary Pain Services”.
5) Perkhidmatan pembedahan elektif dan kecemasan


