
Visi
Ke arah mewujudkan pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan berhemah.
Misi Memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan berhemah berlandaskan undang-undang, peraturan dan arahan semasa.
Objektif Menyediakan peruntukan kewangan mengurus dan pembangunan yang mencukupi untuk semua program dan aktiviti bagi mencapai visi dan misi Hospital Tuaran serta mewujudkan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan serta bersistematik.
Skop Perkhidmatan Unit ini menjalankan fungsi-fungsi pengurusan kewangan di dalam Hospital Tuaran seperti berikut :-
1) Menguruskan peruntukan belanjawan mengurus dan pembangunan. 2) Memproses semua jenis perbelanjaan seperti bayaran baucer biasa, e-perolehan, tuntutan perjalanan dan lebih masa, elaun penceramah, dan sebagainya. 3) Memproses pembayaran emolumen, elaun, potongan KWSP, cukai pendapatan dan potongan gaji kakitangan. 4) Menyediakan laporan-laporan kewangan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan. 5) Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun peringkat Hospital Tuaran
|
|
Piagam Pelanggan Unit Kewangan terbahagi kepada dua (2) iaitu AKAUN dan GAJI. Piagam Pelanggan bagi Unit Kewangan adalah seperti berikut :-
a) AKAUN
1) Mengurus waran peruntukan asal / pindah peruntukan / kecil yang telah diluluskan oleh JKNS dalam tempoh 3 hari bekerja. 2) Memproses tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) / Elaun Lebih Masa (ELM) / Elaun Kerja Luar Waktu Bekerja Biasa (EKLWBB) yang sempurna dengan dokumen sokongan termasuk perakuan dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja. 3) Memproses bayaran bil bagi Perolehan Bekalan / Perkhidmatan dan Kerja dalam tempoh 7 hingga 14 hari dari tarikh tuntutan / bil invois diterima didalam sistem ePerolehan / IGFMAS dengan sempurna dan lengkap daripada pembekal beserta dokumen-dokumen berkaitan untuk bayaran. 4) Memproses dokumen-dokumen tuntutan yang lain seperti Tuntutan Pindah Rumah, Pindah Stesen, Elaun Kasut, Elaun Jahitan, Elaun Penceramah dan sebagainya dengan sempurna dan lengkap termasuk perakuan dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja. 5) Menyediakan Sijil Pengesahan Baki Amanah bagi Laporan Perubatan dan dikemukakan ke JKNS pada setiap bulan. 6) Menyediakan Sijil Pengesahan Baki Bulanan bagi Vot B (Mengurus) dan Vot P (Pembangunan) dan dikemukakan ke JKNS pada setiap bulan. 7) Menghantar Laporan Prestasi Proses Pembayaran Bil/Invois Sempurna (APRPT – 035) empat (4) kali sebulan melalui sistem iBPRS. 8) Menghantar Laporan Kedudukan Bil / Invois Tertunggak (ZWDAPR037) pada setiap bulan melalui email. 9) Menghantar Laporan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 2 kali sebulan melalui email. 10) Menghantar Laporan Pembayaran bagi Kontrak Hospital (PSH, Keselamatan & Bahan Mentah) pada setiap bulan. Secara amnya, piagam pelanggan Unit Kewangan adalah pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima dengan syarat peruntukan adalah mencukupi.
b) GAJI
1) Terima / semak Kew 8 yang lengkap daripada perkhidmatan dan proses SG20 bagi urusan perubahan gaji dan elaun kakitangan dan selesai 3 hari sebelum simulasi Gaji pada bulan berikutnya. 2) Menyediakan sijil gaji akhir (LPC) & pindah keluar sehingga selesai 3 hari sebelum simulasi gaji pada bulan berikutnya. 3) Mengendalikan proses tahan gaji dan bayaran balik gaji sehingga selesai 3 hari sebelum simulasi gaji pada bulan berikutnya. 4) Mengurus pengiraan gaji terakhir bagi kakitangan yang akan berpencen, meletak jawatan, Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Separuh Gaji sehingga selesai 3 hari sebelum simulasi pada gaji bulan berikutnya. 5) Memproses potongan caruman KWSP, Cukai & lain-lain pinjaman / potongan. 6) Memastikan Simulasi Gaji berjaya tanpa sebarang ralat pada tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh JANM Kota Kinabalu.
|