PENGENALAN
Wad Perempuan atau dikenali juga sebagai Wad Kenanga 2A terletak di aras 2 berhadapan dengan Wad Paediatrik. Wad Perempuan mempunyai 20 buah katil pesakit temasuk 2 buah katil isolasi
VISI
Setiap pesakit sentiasa mendapat perkhidmatan yang berkualiti dan semua anggota melibatkan diri dalam penjagaan kesihatan ke arah pembentukan masyarakat sejahtera.
MISI
Merealisasikan visi wad melalui pelbagai jenis perkhidmatan perubatan yang berorientasikan pesakit dan warga kerja yang mengamalkan budaya kerja Berpasukan, Penyayang dan Profesionalisme.
OBJEKTIF
Memastikan kesesuaian, kecekapan dan perawatan yang berkualiti dengan penekanan kepada pendidikan dan promosi kesihatan untuk rawatan berterusan supaya dapat mengekalkan atau menjalankan cara hidup yang sihat.
PIAGAM PELANGGAN
1) Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, bertimbang rasa, sopan, jujur dan ikhlas.
2) Selepas tiba di wad pesakit dan keluarga akan diberikan maklumbalas sewajarnya mengenai peraturan kemasukan di wad.
3) Setiap pesakit akan ditempatkan di katildalam masa 15 minit.
4) Setiap pesakit akan diperiksa oleh pegawai perubatan dalam masa 45 minit.
5) Setiap pesakit akan di beri jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa rawatan, segala maklumat mengenai penyakit dan perawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
6) Setiap pesakit akan diberi penerangan yan jelas mengenai prosesdan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan lain.
SKOP PERKHIDMATAN
1) Fungsi utama adalah memberi keperluan penilaian diagnosa rawatan jagaan perawatan dan rehabilitasi pesakit lelaki yang berumur 12 tahu dan ke atas.
2) Menyediakan perawatan pesakit multidisiplin merangkumi kes medical, surgical, orthopaedik dan penyakit berjangkit.
3) Perkhidmatan beroperasi 24 jam sehari.
4) Menyediakan anggota berpengetahuan sebagai pengiring pesakit untuk perkhidmatan ambulan bagi kes yang dirujuk ke hospital lain.
5) Memberi pendidikan dan promosi kesihatan melalui ceramah kesihatan, risalah dan sebagainya semasa pesakit di wad sebelum discaj.


