Header HTRN

   
Logo Malaysia Madani Logo SMJ
Logo FB Logo Borang

 

PENGENALAN

Unit Radiologi merupakan salah satu unit sokongan klinikal yang membantu dalam proses perawatan atau diagnosis ke atas pesakit. Matlamat utama unit ini adalah menyediakan perkhidmatan radiologi kepada pesakit dalam/luar dan pesakit dari kecemasan Hospital Tuaran. Unit Radiologi turut memberikan perkhidmatan kepada pesakit yang dirujuk oleh pegawai perubatan daripada Klinik Kesihatan Luar dan Hospital lain. Tujuan polisi ini diwujudkan untuk memberikan panduan kepada kakitangan Unit radiologi dan pesakit yang datang berurusan di unit ini.

 

 

VISI

Menyediakan perkhidmatan radiologi yang cekap, tepat, selamat, cemerlang dan berkesan kepada semua pesakit.

 

 

MISI

Memberikan perkhidmatan yang berkualiti menggunakan modaliti berteknologi tinggi secara profesional dengan mengutamakan perlindungan radiasi yang paling optimum bagi keselamatan dan keselesaan pesakit.

 

 

OBJEKTIF

1) Menyediakan perkhidmatan radiologi yang selamat dan secara professional dengan menggunakan modaliti terkini bagi menghasilkan imej berkualiti yang mempunyai nilai diagnostik yang tinggi dengan mengamalkan prinsip perlindungan radiasi dan jagaan pesakit.

2) Memastikan semua petunjuk prestasi utama unit dicapai sertamengenalpasti dan mengambil tindakan penambahbaikan berterusankearah kecemerlangan kualiti perkhidmatan.

 

 

PIAGAM PELANGGAN

Memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, serta berkualiti dengan:

1) Memberi penerangan yang jelas dan ringkas mengenai prosedur pemeriksaan termasuk risikonya sebelum pemeriksaan x-ray dijalankan kepada pelanggan dan Pemeriksaan x-ray dijalankan dalam tempoh masa tidak melebihi 30 minit bagi kes biasa (satu jenis pemeriksaan) sehingga selesai pemeriksaan kecuali semasa pengendalian Kes-Kes Trauma dari Kecemasan.

2) Pemeriksaan mobile x-ray di Wad-wad dijalankan dalam masa tidak melebihi 30 minit kecuali bagi kes-kes kecemasan dijalankan serta merta setelah menerima borang pemeriksaan x-ray.

3) Pemeriksaan Ultrasound dijalankan dalam masa 30-45 minit bagi satu jenis pemeriksaan dan laporan Ultrasound disediakan dalam tempoh kurang 15 minit.

4) Setiap pelanggan yang memerlukan temujanji diberi tarikh yang sesuai serta penerangan tentang persediaan terlebih dahulu sebelum pemeriksaan dijalankan. Pemberian Temujanji untuk Pemeriksaan Ultrasound diberikan kepada pelanggan dalam tempoh kurang 15 minit di Kaunter Temujanji, Fasa 2 (Bangunan Baru).

5) Laporan Pakar Radiologi disiapkan dalam masa Empat Belas (14) hari bekerja untuk pesakit luar dan kurang Lima (5) hari bekerja bagi pesakit dalam.

 

 

SKOP PERKHIDMATAN

1) Unit Radiologi merupakan salah satu unit sokongan klinikal yang membantu dalam proses perawatan atau diagnosis ke atas pesakit.

2) Matlamat utama unit ini adalah menyediakan perkhidmatan radiologi (X-ray) kepada;

a) Pesakit dalam/luar dan pesakit dari kecemasan Hospital Tuaran.

b) Pesakit yang dirujuk oleh pegawai perubatan daripada Klinik Kesihatan Luar dan Hospital lain.

3) Perkhidmatan Pemeriksaan Radiologi yang disediakan:

a) Pemeriksaan Radiografi Am (General Radiography)

b) Pemeriksaan Radiografi Mudah Gerak (Mobile Radiography)

c) Pemeriksaan Radiografi Khas (Ultrasonography)