Header HTRN

   
Logo Malaysia Madani Logo SMJ
Logo FB Logo Borang

 

VISI

Setiap pesakit sentiasa mendapat perkhidmatan yang berkualiti dan semua anggota melibatkan diri dalam penjagaan kesihatan kearah pembentukan masyarakat yang sihat sejahtera.

 

 

MISI

Merealisasikan visi perkhidmatan wad bersalin yang berorentasikan pesakit dan warga kerja yang mengamalkan Budaya Kerja Berpasukan, Penyayang dan Profesionalisme.

 

 

OBJEKTIF

1) Memberi Perkhidmatan Penjagaan Perawatan yang berkualiti kepada ibu-ibu mengandung dan selepas bersalin untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.

2) Mengutamakan keselamatan kepada ibu-ibu antenatal, postnatal dan bayi semasa berada didalam wad.

3) Memberi pendidikan kesihatan dan bimbingan kepada ibu-ibu antenatal dan postnatal.

4) Memastikan polisi penyusuan susu ibu sentiasa diamalkan oleh semua anggota yang ditugaskan di wad bersalin.

 

 

PIAGAM PELANGGAN

1) Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, bertimbang rasa, sopan santun, jujur dan ikhlas.

2) Selepas tiba di wad, pesakit dan keluarga akan diberikan maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan di wad.

3) Setiap pesakit akan ditempatkan di katil dalam tempoh masa 15 minit.

4) Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa 45 minit.

5) Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.

6) Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan lain.

 

 

SKOP PERKHIDMATAN

1) Menyediakan perkhidmatan 24 jam sehari mengikut shif untuk ibu mengandung dan ibu selepas bersalin dengan selesa dan selamat.

2) Pesakit dirawat oleh kakitangan yang bertauliah dan mempunyai Sijil yang diperlukan didalam Perkhidmatan PAC, Wad Bersalin dan Bilik Bersalin.

3) Menyediakan perawatan untuk ibu mengandung, selepas bersalin dan Gynae.

4) Mengurus kes-kes berisiko yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan ke hospital lain.

5) Mengimplementasikan Polisi Hospital Rakan Bayi berdasarkan Standard Polisi yang telah ditetapkan terutama amalan “Rooming in” 24 jam sehari.

6) Memberi perawatan kes-kes penyakit berjangkit berpandukan peraturan / polisi pengendalian penyakit berjangkit.

7) Memberi imunisasi awal kepada bayi baru lahir (Hep B dan BCG) serta mengekalkan “Cold Chain”.

8) Memberi perkhidmatan perawatan kepada pesakit berdasarkan polisi “patient safety Goal”, “Patient and family Right” dan “Pengurusan Bebas Kesakitan”.

9) Menjaga ibu bersalin yang normal dan berisiko.

10) Menerima kemasukan dan memberi perawatan kepada ibu-ibu mengandung dan gynae.

11) Memberi pendidikan kesihatan melalui ceramah kesihatan secara individu atau berkumpulan, menggunakan bahan flip chart, risalah dan sebagainya.

12) Pemantauan dan penilaian terhadap kualiti dan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat konsesi dan perkhidmatan kawalan keselamatan iaitu,

a) Perkhidmatan CLS

b) Perkhidmatan HWMS

c) Perkhidmatan LLS

d) Perkhidmatan FEMS

e) Perkhidmatan BEMS

f) Perkhidmatan

g) Kawalan Keselamatan

13) Wad Bersalin mengadakan jadual Pembedahan elective LSCS dan Emergency LSCS bergantung kepada kes setelah dibincang dan dirujuk kepada Pakar HWKKS.

14) Kes pembedahan yang dibuat termasuk kes Obstetrik dan Kes Gynae.

15) Memberi perawatan kepada kes-kes berjangkit berpandukan kepada SOP pengendalian penyakit berjangkit.