PENGENALAN
Unit Kawalan Infeksi terletak di aras dua dalam ruangan Unit Patologi dengan nombor lokasi 34-01-189. Dianggotai oleh seorang Jururawat Kawalan Infeksi (JKI), dibantu oleh seorang Jururawat Terlatih (JT) yang dilantik sebagai Infection Control link nurse (ICLN) dari unit OT (secara sambilan) serta seorang pembantu perawatan perubatan. Unit Kawalan Infeksi hospital merupakan satu unit yang ditubuhkan untuk mengekalkan persekitaran yang selamat untuk pesakit dengan mengurangkan risiko kejadian transmisi jangkitan dikalangan anggota kesihatan, pesakit dan pelawat di Hospital Tuaran. Ditubuhkan pada tahun 2016 demi menyahut seruan KKM dimana setiap hospital harus mempunyai Unit Kawalan Infeksi untuk memastikan amalan pencegahan dan kawalan infeksi dilaksanakan. Ini termasuk penyediaan polisi bagi prosedur yang berkaitan, latihan kakitangan dan program pemantauan.
VISI
Unit Kawalan Infeksi Hospital Tuaran akan menjadi pusat rujukan bagi peringkat bahagian dalam hospital ke arah pencegahan dan pengawalan jangkitan healthcare associated infection (HCAI) selaras dengan piawaian kawalan infeksi yang terkini.
MISI
Berusaha untuk memastikan program kawalan infeksi dilaksanakan selaras dengan polisi dan garis panduan kawalan infeksi Kementerian Kesihatan Malaysia.
OBJEKTIF
1) OBJEKTIF AM
a) Mengawal dan mengurangkan jangkitan nokosomial melalui pendidikan berterusan, survelen dan audit.
b) Menyediakan program kawalan infeksi serta pengetahuan berterusan mengenai kawalan infeksi kepada semua anggota hospital, pesakit, keluarga pesakit dan pelawat.
2) OBJEKTIF KUALITI
Mengekalkan peratusan jangkitan nosokomial di bawah paras 5% untuk kajian point prevalence.
SKOP PERKHIDMATAN
1) Pemantauan / penyeliaan HCAI.
2) Melakukan Environmental Audit.
3) Menjalankan Audit Hand Hygiene.
4) Menjalankan ujian air sampling (jika perlu).
5) Menasihat dalam prosedur pencegahan, penyiasatan, pengawalan dan perawatan berkaitan kawalan infeksi.
6) Menjadi pusat rujukan berkaitan kawalan infeksi.
7) Memberi orientasi berkaitan kawalan infeksi kepada semua anggota.
8) Memantau pematuhan kepada polisi dan garis panduan kawalan infeksi dan seterusnya dapat mengenalpasti kemungkinan berlakunya infeksi dan merancang langkah-langkah pencegahan, pengawalan dan perawatan.
9) Pendidikan dan kajian berterusan.
AMS HOSPITAL TUARAN
1) Antimicrobial Stewardship (AMS) ditubuhkan di Hospital Tuaran telah mula berjalan secara aktif pada Januari 2023.
2) AMS adalah dibawah seliaan Jabatan Farmasi dan diketuai oleh Dr. Muhamad Azam Bin Abdul Razak.
3) Anggota AMS terdiri daripada Pegawai Farmasi Cik Hew Yee Jin, Jabatan Patologi En. Muhammad Syahmi Khairuzzaman Bin Che Mohd Nasir dan pasukan kawalan infeksi.
4) Jadual rondaan AMS adalah sekurang-kurangnya 6 kali dalam setahun.
SKOP PERKHIDMATAN AMS
1) Melaksanakan surveillance dan memberi maklumbalas berkenaan penggunaan antibiotic kepada peringkat negeri dan kebangsaan.
2) Mengenalpasti dan memberi cadangan bagi penyelarasan antibiotik :-
a) Pemilihan antibiotik
b) Deescalate
c) Dose optimization
d) IV to oral switch
3) Mewujudkan formulary restriction dan pre-authorization / approval system.


