Header HTRN

   
Logo Malaysia Madani Logo SMJ
Logo FB Logo Borang

 

ETD

Pengenalan

1) Perkhidmatan kecemasan dan trauma merupakan petugas barisan hadapan dan perkhidmatan yang kritikal kepada Hospital Tuaran.
2) Unit ini terletak di bahagian hadapan di bangunan kompleks perubatan utama dan bersebelahan dengan Unit Rehabilitasi.
3) Unit ini menawarkan khidmat rawatan klinikal bagi keadaan akut kes-kes perubatan, penyakit dan kecederaan. Perkhidmatan ini adalah satu usaha penjagaan kritikal perubatan kecemasan yang melibatkan diagnostik, resusitasi, komponen untuk menstabilkan keadaan pesakit tenat dan intervensi untuk menyelamatkan nyawa.
4) Secara am, skop perkhidmatan ini terbahagi kepada penjagaan perubatan di hospital dan penjagaan pra-hospital.
5) Berpandukan kepada perkhidmatan yang berfokus kepada pelanggan, unit ini mengambil pendekatan penjagaan secara holistik dimana, ciri-ciri penyayang, kerja berpasukan dan profesionlisme akan ditekankan semasa perkhidmatan disampaikan.
6) Unit ini akan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang bencana atau sebarang insiden yang melibatkan bilangan pesakit yang ramai.




Visi

Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Tuaran akan sentiasa bersedia untuk menangani sebarang kecemasan perubatan dan mengutamakan keselamatan pesakit melalui penjagaan secara hoslistik.

 

Misi

Untuk merealisasikan visi Unit Kecemasan & Trauma melalui :-
a) Perkhidmatan perawatan dan penjagaan kes perubatan kecemasan yang cekap.
b) Berterusan melatih anggota agar sentiasa memiliki kemahiran tinggi, profesional dan prihatin dalam aspek penjagaan kes-kes kecemasan perubatan.
c) Membudayakan amalan sedia membantu dan penyayang sebagai nilai tambah kepada program penjagaan kesihatan pesakit kecemasan.




Objektif

1)Menyediakan rawatan kecemasan 24 jam sehari kepada pesakit.
2) Melaksanakan proses saringan (triage) untuk setiap pesakit dan memberikan keutamaan rawatan mengikut keperluan klinikal.
3) Menstabilkan keadaan pesakit sebelum merujuk kepada pakar disiplin perubatan yang berkaitan.
4) Menyediakan perkhidmatan penjagaan pra-hospital.




Skop Perkhidmatan

1) Perkhidmatan penjagaan perubatan kecemasan di hospital
a) Perkhidmatan penerimaan pesakit dan saringan (triage)
b) Rawatan dan penjagaan klinikal kecemasan
c) Wad pemerhatian
2) Perkhidmatan penjagaan pra-hospital
a) Perkhidmatan ambulans untuk penjagaan pra-hospital, bencana dan pemindahan pesakit di antara fasiliti perubatan
b) Pusat panggilan dan pengendalian panggilan 999
c) Pengurusan bencana
d) Pasukan perlindungan perubatan
3) Lain-lain perkhidmatan
a) Pusat Krisis Setempat (One Stop Crisis Centre-OSCC)
b) Code blue
c) Ujian makmal untuk tujuan diagnostik (Point of Care Testing-POCT)