PENGENALAN
Unit Kesihatan Awam Hospital Tuaran diwujudkan pada November 2014 dan ditempatkan seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 bagi melaksanakan fungsi dan tanggungjawab PPKP U32 di Hospital Tuaran.
VISI
Hospital Tuaran mempunyai perkhidmatan kesihatan yang bertaraf profesional setanding arus perkembangan kesihatan dan teknologi terkini.
MISI
Mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap nilai-nilai kesihatan yang sempurna bagi mencapai kualiti hidup yang optima dan mengelakkan kejadian yang berkaitan dengan cara kerja dalam kalangan kakitangan.
OBJEKTIF
a) OBJEKTIF UMUM
Mengurus, merancang, melaksana dan menilai aktiviti program dalam aspek-aspek perkhidmatan kesihatan awam di hospital terutama dalam aktiviti kawalan penyakit berjangkit, kesihatan persekitaran, keselamatan pekerjaan, keselamatan dan kualiti makanan dan penguatkuasaan akta yang berkaitan.
b) OBJEKTIF KHUSUS
1) Melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) bagi melindungi pekerja / kakitangan daripada risiko semasa bekerja dengan mewujudkan urusetia tetap bagi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh setiap unit atau jabatan.
2) Mencegah kejadian penyakit berjangkit (termasuk penyakit bawaan vektor) di kawasan Hospital Tuaran.
3) Menguatkuasaan undang-undang berkaitan Kesihatan Awam seperti Akta Makanan 1983, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (pindaan Januari 2018).
4) Memantau data-data yang berkaitan untuk dianalisa secara saintifik menggunakan kaedah epidemiologi.
5) Merancang, mengatur dan menyelaras kerja-kerja pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor seperti Demam Denggi / Demam Denggi Berdarah di Hospital Tuaran.


