VISI
Memberi perkhidmatan forensik yang cemerlang, professional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dengan berlandaskan kepada peruntukan yang ada di dalam undang – undang negara dalam sistem pengurusan berkualiti.
MISI
Unit Perubatan Forensik akan menyediakan perkhidmatan forensik yang cemerlang, dinamik mengunakan teknologi terkini dengan warga kerja yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan dan kepuasan pelanggan berteraskan budaya kualiti kerja berpasukan dan profesionalisme.
OBJEKTIF
1) Menguruskan penerimaan, penyimpanan dan penyerahan mayat dari wad, Unit Kecemasan atau rujukan Polis dengan cekap dan mesra pelanggan.
2) Mengendalikan penerimaan, penyimpanan dan penyerahan anggota badan dan janin dengan selamat, cekap dan mesra pelanggan.
3) Mengendalikan mayat yang tidak dituntut dengan cara perundangan yang ditetapkan.
4) Mengendalikan Autopsi (bedah siasat) atas permintaan pihak polis atau mahkamah.
5) Membantu mengendalikan Autopsi (bedah siasat) klinikal apabila ada permintaan dari pakar perubatan yang berkenaan selepas mendapat kebenaran waris.
6) Mengendalikan specimen dengan cekap, teratur dan professional.
7) Membantu pihak Nasional Transplant Resource Centre mengendalikan pendermaan Organ.
8) Membantu Pegawai Kesihatan Awam mengendalikan kes berisiko tinggi bagi mengelakkan jangkitan.
9) Membentuk budaya kerja berpasukan dan kakitangan yang berwibawa dan terlatih dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.
PIAGAM PELANGGAN
1) Semua jenazah disimpan dalam keadaan yang baik dan selamat.
2) Semua kematian yang berlaku dalam Hospital Tuaran akan didaftarkan di Unit Forensik
3) Semua pemeriksaan bedah siasat akan dijalankan secara profesional, telus dan berkecuali.
4) Prosedur bedah siasat hanya dilakukan dengan kebenaran pihak polis menggunakan Borang Polis 61 atau atas permintaan waris yang sah.
5) Prosedur bedah siasat hanya dilakukan pada waktu pejabat (8.00 pagi hingga 5.00 petang), kecuali bagi kes-kes yang melibatkan pendermaan organ.
6) Laporan perubatan yang lengkap dan komprehensif akan disediakan dalam tempoh yang ditetapkan.
SKOP PERKHIDMATAN
1) Pengurusan kematian.
2) penyimpanan mayat.
3) Perkhidmatan Kenderaan Jenazah
4) Pengurusan mayat untuk bedah siasat( pemeriksaan luaran dan tidak melibatkan perundangan)
5) Pengambilan sample untuk siasatan bagi kes medicolegal.
6) Pengurusan Jenazah – Memandikan Jenazah dan sebagainya.
7) Membantu pihak Nasional Transplant Resource Centre mengendalikan pendermaan Organ.
8) Pengurusan kes berisiko tinggi bagi mengelakkan jangkitan.
9) Pengurusan pengkebumian Jenazah yang tidak dituntut dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.


