PENGENALAN
Wad Pedatrik (Melor) Hospital Tuaran terletak di aras 2, sektor 1 besebelahan dengan unit Makmal dan tabung darah serta berhadapan dengan wad perempuan (Kenanga 2A). Wad ini menempatkan 26 katil rasmi iaitu 14 katil untuk pediatric dan 12 katil untuk neonate. Pintu masuk di kawal menggunakan: Electronic Acess door” untuk keselamatan bayi. Wad ini juga terbahagi kepada 5 iaitu SCN, general ward, Acute Bay, bilik isolasi dan bilik rooming in untuk ibu dan anak.
VISI
Setiap pesakit mendapat perkhidmatan yang berkualiti secara berterusan ke arah pembentukan masyarakat yang sihat sejahtera.
MISI
Sentiasa berusaha merealisasikan Visi (Wad Kanak-kanak) melalui pelbagai jenis perkhidmatan perawatan yang selamat dengan mengamalkan nilai-nilai Budaya Korporat. Melibatkan pelanggan dalam penjagaan kesihatan.
OBJEKTIF
1) Memberi perkhidmatan penjagaan perawatan yang berkualiti dan selesa kepada bayi baru lahir sehingga kanak-kanak berumur 12 tahun untuk mencapai taraf kesihatan yang optima.
2) Mengutamakan keselamatan dan keselesaan kepada pelanggan semasa berada diwad.
3) Memberikan pendidikan kesihatan yang berterusan kepada pelanggan / keluarga tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan kehidupan yang sempurna.
PIAGAM PELANGGAN
1) Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, bertimbang rasa, sopan, jujur dan Ikhlas.
2) Setiap pelanggan dan keluarga diberikan orientasi sewajarnya.
3) Setiap pelanggan ditempatkan dikatil dalam masa 15 minit.
4) Setiap pelanggan akan diperiksa oleh pegawai perubatan.
5) Setiap pelangganakan diberi jaminan bahawa kehormatan, kerahsiaan dan privasi terpelihara.
6) Setiap pelanggan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan lain.
SKOP PERKHIDMATAN
1) Fungsi utama wad adalah untuk memebri keperluan penilaian diagnositik, rawatan, jagaan perawatan kejururawatan dan rehabilitasi pesakit yang berumur 12 tahun ke bawah.
2) Wad Pediatrik ini direka bentuk untuk menanmpung pesakit medical, surgical, orthopedik, penyakit berjangkit, pallaitiaf dan perawatan bayi yang baru lahir (SCN).
3) Menyediakan perkhidmatan 24 jam sehari mengikut syif.
4) Menjalankan promosi kesihatan kepada semua pesakit serta ahlli keluarga/penjaga dengan memberikan pendidikan kesihatan dan ceramah secara individu atau kumpulan kecil, kaunseling, memberi risalah dan melalui poster di wad.
5) Mengekalkan status dan melakasanakan program Hospital Rakan Bayi secara berterusan.
6) Merujuk dan mengurus pesakit untuk rawatan selanjutnya ke hospital Rujukan ataupun rawatan susulan ke klinik pakar serta klinik Kesihatan.
7) Memberi khidmat imunisasi kepada kanak- kanak yang tercicir dari jadual imunisasi jika tiada kontraindikasi.
8) Merujuk pesakit kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan untuk kes-kes yang terpilih
9) Memantau dan menilai kualiti dan mutu perkhidmatan sokongan iaitu;
a) Perkhidmatan CLS
b) Perkhidmatan HWMS
c) Perkhidmatan LLS
d) Perkhidmatan FFMS
e) Perkhidmatan BEMS
f) Perkhidmatan kawalan keselamatan


