Header HTRN

   
Logo Malaysia Madani Logo SMJ
Logo FB Logo Borang

 

 

Pengenalan

Unit Kejururawatan terletak dibahagian pengurusan dan mengurus serta mengwal selia semua aktiviti Jururawat. Merupakan unit yang terbesar di antara unit-unit lain dengan bilangan anggota yang paling ramai terdiri daripada jururawat pelbagai kategori . Unit ini diketuai oleh seorang ketua Penyelia Jururawat U36 dan dibantu oleh 1 orang Penyelia Jururawat U36, 7 orang ketua Jururawat U32. Ketua Penyelia Jururawat bertanggungjawab terus kepada pengarah Hospital.




Visi

Menyediakan perkhidmatan Kejururawatan yang cemerlang demi membantu pelanggan menikmati kehidupan yang berkualiti mengikut keupayaan masing-masing.




Misi

Mengekalkan dan meningkatkan prestasi Profesion Kejururawatan pada tahap yang unggul demi kecemerlangan perkhidmatan Kejururawatan melalui pengamalan Budaya Korporat dan peningkatan kualiti yang berterusan.




Objektif

Menyediakan penjagaan kejururawatan holistik dan pemulihan yang cekap, berkualiti dan menyeluruh agar pesakit dapat dipulihkan dengan cepat dan dapat mengekalkan tahap kebolehan yang optima.






 

Piagam Pelanggan

Unit Kejururawatan Hospital Tuaran, akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan seperti ketetapan berikut :-
1) Sijil Amalan Tahunan: 100% jururawat akan menerima APC untuk tahun berikutnya, selewat-lewatnya 15 Disember pada tahun semasa.
2)Program orientasi: 90% jururawat yang melapor diri ke Unit ini akan diberikan orientasi selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh lapor diri.
3) Latihan jangka pendek dalam perkhidmatan: 100% jururawat akan berpeluang mengikut latihan jangka pendek dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 4 hari dalam setahun.




Skop Perkhidmatan

1) Menyelaras, Merancang, Melaksana dan Memantau Pengurusan Perkhidmatan Organisasi Kejururawatan, Hospital Tuaran.
2) Menyelaras, Merancang, Melaksanakan dan Memantau Pengurusan Sumber Manusia (Kejururawatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan).
3) Menyelaras, Merancang, Melaksanakan dan Memantau Kompetensi anggota Kejururawatan termasuk aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Unit Kejururawatan Hospital Tuaran.
4) Menyelaras, Memantau dan Melapor Pengurusan Penempatan Pelatih IPTA dan IPTS serta penempatan latihan sangkutan dalam bidang klinikal kejururawatan.
5) Menyelaras Perlaksanaan kefahaman, Kepatuhan dan Keberkesanan Polisi dan Prosedur, Garls panduan, Pekeliling dan Arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Kejururawatan KKM, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Hospital Tuaran.
6) Menyelaras, Merancang, Melaksana dan Memantau Program Keselamatan dan Penambahbaikkan Aktiviti Kualiti Kejururawatan termasuk Pemantauan pencapaian Performance Improvement dan KPI Unit Kejururawatan.
7) Memastikan jagaan dan rawatan yang diberikan oleh jururawat adalah mengikut standard yang ditetapkan bagi memenuhi keperluan pelanggan.