Header HTRN

   
Logo Malaysia Madani Logo SMJ
Logo FB Logo Borang

 

PENGENALAN

Unit Patologi & Perubatan Transfusi adalah merupakan unit sokongan klinikal yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan asas patologi dan perkhidmatan transfusi darah. Unit ini terletak di bahagian aras 2 berdekatan dengan Wad Perempuan,Wad Lelaki dan Wad Kanak-kanak. Perkhidmatan Unit Patologi Dan Unit Perubatan Transfusi ini terbahagi kepada enam (6) seksyen iaitu seksyen Patologi Kimia, Hematologi, Mikrobiologi,Klinikal,Unit Perubatan Transfusi dan Perolehan.

 

 

VISI

Menyediakan perkhidmatan ke arah mencapai output kualiti kerja yang terbaik dengan kecekapan, kejituan dan ketepatan bagi memenuhi keperluan pengurusan pesakit.

 

 

MISI

Unit Patologi & Perubatan Transfusi mewujudkan perkhidmatan cemerlang yang tertumpu kepada peningkatan produktiviti melalui budaya kerja berpasukan secara profesional dan penggunaan teknologi yang sesuai serta terkini dengan kemahiran berterusan anggota untuk memenuhi keperluan klinikal dalam penjagaan pesakit.

 

 

OBJEKTIF

1) Menyediakan perkhidmatan diagnostik dalam bidang berikut : Patologi Kimia, Hematologi, Mikrobiologi, dan Perubatan Transfusi mengikut LTAT yang ditetapkan.

2) Memastikan segala keputusan makmal yang dikeluarkan memenuhi spesifikasi output yang berkualiti dan jitu berdasarkan kawalan kualiti seperti IQC dan EQA.

 

 

PIAGAM PELANGGAN

1) Setiap ujian akan dijalankan mengikut tempoh masa yang ditetapkan (LTAT)

2) Memastikan Sifar Kesilapan Transfusi (Transfusion Error) bagi semua prosedur tabung darah.

3) Semua ujian urgent akan dikeluarkan dalam tempoh masa kurang dari 4 jam.

4) Memastikan semua ujian yang dijalankan menggunakan mesin melalui kawalan kualiti dalaman dan luaran dan berada pada julat bacaan yang diterima.