Header HTRN

   
Logo Malaysia Madani Logo SMJ
Logo FB Logo Borang

 

 

Pengenalan

Unit Teknologi Maklumat merupakan salah satu unit utama di Hospital Tuaran. Unit ini dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA32 (TBK) dan seorang Juruteknik Komputer Gred FT19. Peranan utama Unit Teknologi Maklumat ialah bertanggungjawab ke atas segala urusan yang berkaitan dengan peralatan komputer, rangkaian kerajaan, aplikasi kerajaan, pemantauan kerja-kerja penyelenggaraan ICT dan lain-lain.




Visi

1) Menjadikan semua kakitangan Hospital Tuaran celik IT.
2) Mempunyai sistem yang memaksimakan penggunaan teknologi dalam kerja seharian.




Misi

1) Penggunaan kertas yang minima dalam budaya kerja seharian.
2) Latihan ICT yang menyeluruh dan berterusan kepada semua kakitangan Hospital Tuaran.
3) Memastikan sistem dan peralatan ICT Hospital Tuaran mencukupi, diselenggara dan terkini.




Objektif

1) Melakukan kajian alternatif pengurangan penggunaan kertas yang berterusan.
2) Memastikan setiap anggota Hospital Tuaran hadir sekurang-kurangnya satu kursus ICT dalam setahun.
3) Melakukan kajian, kertas kerja dan carian maklumat terkini serta sistem penyelenggaraan ICT yang baik.

 

Piagam Pelanggan

1) Memastikan sekurang-kurangnya 85% aduan permasalahan ICT yang diterima daripada pengadu diberikan maklumbalas awal dalam tempoh 2 jam hari bekerja.
2) Memastikan sekurang-kurangnya 85% aduan permasalahan ICT diselesaikan dalam tempoh seperti berikut :-
a) 3 hari bekerja bagi permasalahan ICT yang tidak melibatkan sebarang penggantian peralatan.
b) 90 hari (termasuk kelepasan am) bagi permasalahan ICT yang melibatkan penggantian peralatan.
3) Memastikan ketersediaan perkhidmatan rangkaian internet dan intranet pada tahap sekurang-kurangnya 95%.
4) Memastikan sekurang-kurangnya 85% permohonan email rasmi Kerajaan oleh kakitangan hospital diselesaikan dalam tempoh 3 hari bekerja.
5) Memastikan ketersediaan capaian ke sistem-sistem aplikasi Kerajaan dan Laman Web Rasmi Hospital Tuaran pada tahap sekurang-kurangnya 95%.




Skop Perkhidmatan

1) Penyediaan infrastruktur, perkakasan dan perisian IT di Hospital Tuaran.
2) Memastikan penggunaan perisian dan perkakasan IT, sistem dan aplikasi kerajaan elektronik, rangkaian LAN dan Internet di Hospital Tuaran dapat digunakan tanpa sebarang masalah.
3) Memberi khidmat sokongan pengguna di Hospital Tuaran untuk sebarang masalah berkaitan Teknologi Maklumat (IT).
4) Menyelaras dan memastikan pengurusan, perolehan dan pelupusan aset IT yang teratur.
5) Memantau agensi atau vendor yang dilantik untuk melaksana sebarang kerja atau projek IT di Hospital Tuaran melakukannya dengan baik.
6) Memberi taklimat dan kursus kepada anggota Hospital Tuaran dalam bidang IT.
7) Menyelaras Laman Web Rasmi Hospital Tuaran.
8) Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.