PENGENALAN
1) Jabatan Farmasi diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Farmasi U54 dan terdiri daripada 10 orang Pegawai Farmasi (tetap) dan kontrak pelbagai gred. Perkhidmatan Farmasi turut dibantu oleh 9 orang Penolong Pegawai Farmasi yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pegawai U32 serta anggota sokongan gunasama yang lain.
2) Jabatan Farmasi terdiri daripada 3 (tiga) bahagian utama mengikut lokasi iaitu :-
a) Farmasi Pesakit Luar
- perkhidmatan farmasi pesakit luar
- perkhidmatan kaunseling
- perkhidmatan sediaan ekstemporaneous dan prabungkus
- perkhidmatan MTAC
b) Farmasi Pesakit Dalam
- perkhidmatan farmasi pesakit dalam
- perkhidmatan maklumat ubat
- perkhidmatan sediaan galenical, ekstemporaneous dan prabungkus
- perkhidmatan farmakoterapeutik ubat (TDM)
- perkhidmatan farmasi klinikal.
c) Farmasi Logistik
- Pentadbiran dan pengurusan Jabatan Farmasi
- Perolehan dan pembekalan ubat, bukan ubat, reagen, gas perubatan, vaksin
VISI
Melahirkan warga Malaysia yang berpengetahuan tentang penggunaan produk rawatan perubatan dan kesihatan secara rasional.
MISI
Misi Perkhidmatan Farmasi adalah untuk memastikan semua warga Malaysia memperolehi Produk Farmaseutikal dan Produk Pemeliharaan Kesihatan yang Berkualiti, Selamat dan Berkesan termasuk nasihat mengenai penggunaannya secara rasional.
OBJEKTIF
1) Memberikan perkhidmatan Farmasi yang cekap dan berkesan kepada semua pesakit / pelanggan Jabatan Farmasi.
2) Mendispens (membekalkan) ubat-ubatan yang dipreskrib oleh preskriber melalui preskripsi yang sah kepada pesakit.
3) Membekalkan ubat dan bukan ubat (konsumabel) kepada pelanggan dalaman yang lain dan memastikan ianya dalam keadaan yang baik, selamat dan berkesan.
4) Meningkatkan pengetahuan pesakit terhadap penggunaan ubat-ubatan.
PIAGAM PELANGGAN
Jabatan Farmasi berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:
1) Piagam Pelanggan Farmasi Pesakit Luar
- Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan dalam tempoh tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
2) Piagam Pelanggan Farmasi Pesakit Dalam
- Memastikan pembekalan ubat-ubatan yang betul ke wad atau unit bagi preskripsi atau pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 3 jam semasa waktu pejabat.
3) Piagam Pelanggan Farmasi Logistik
- Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
- Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 7 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.


