Header HTRN

   
Logo Malaysia Madani Logo SMJ
Logo FB Logo Borang

 

PENGENALAN
Unit Pemulihan Carakerja adalah salah satu unit di bawah unit Rehabilitasi yang telah beroperasi sejak 24 Jun 2013 di bangunan Hospital Tuaran Fasa I sebelum berpindah ke bangunan Hospital Tuaran Fasa II pada 4 Ogos 2014 bersama-sama dengan Unit Fisioterapi.

 

 

VISI
Unit Pemulihan Carakerja Hospital Tuaran menyokong visi Hospital Tuaran untuk memberi rawatan perubatan yang berkualiti secara optima, cekap dan professional khusus dalam bidang pemulihan carakerja di Hospital Tuaran.

 

 

MISI
1) Memajukan bidang pemulihan carakerja di Hospital Tuaran khususnya dan umumnya di daerah Tuaran dengan menyediakan tempat pemulihan yang selesa, selamat dan memenuhi keperluan pelanggan.

2) Memberi khidmat pemulihan carakerja yang profesional dengan menyediakan anggota yang berkemahiran tinggi dan teruji yang boleh mengaplikasikan kemahiran tersebut kepada pelanggan melalui pembelajaran, praktikal, kajian dan juga inovasi yang berterusan oleh anggotanya.

3) Sentiasa berusaha mengenalpasti individu yang memerlukan khidmat pemulihan carakerja melalui ceramah, bengkel, forum dan sebagainya kepada masyarakat umum dan turut melibatkan diri dalam organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan masyarakat kurang upaya di daerah Tuaran.

 

 

OBJEKTIF
Memberi rawatan pemulihan kepada pelanggan yang mengalami gangguan kehidupan akibat mengalami kecederaan, penyakit fizikal, kecacatan sejak lahir, akibat proses penuaan atau kes neuro yang sederhana supaya mereka dapat kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat dengan dapat menjalani kehidupan yang berdikari, optima serta berpuashati dengan keupayaan tersebut. Seterusnya ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan di rumah, di tempat kerja, di tempat riadah dan juga dalam kehidupan sosial dan rohani dengan cara;

a) Menilai dengan teliti aspek kehidupan yang bermasalah.

b) Menilai dengan teliti kemampuan atau potensi yang ada dalam diri

c) individu tersebut dan persekitaran fizikal dan sosialnya.

d) Melatih dengan menggunakan sumber atau potensi yang ada dalam diri, persekitaran fizikal dan sosial inidividu tersebut.

e) Mengubahsuai persekitaran fizikal dan sosial individu tersebut agar ianya menggalakkan dan kondusif terhadap individu tersebut.

f) Mengubahsuai peranan individu tersebut agar mampu meneruskan kehidupan yang optima.

 

 

PIAGAM PELANGGAN
a) Setiap pesakit akan dilayan dengan mesra dan bertimbang rasa serta diberi rawatan pemulihan yang sewajarnya.

b) Mendaftar pesakit dalam masa 15 minit.

c) Pesakit diberi rawatan pemulihan dalam masa diantara 30 minit hingga 90 minit bergantung kepada jenis rawatan.

d) Mendapatkan temujanji (kes baru dan ulangan) dalam masa 10 minit.

 

 

SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Pemulihan carakerja disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar.

1) Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti:

2) Pemulihan carakerja di bidang ortopedik

3) Pemulihan carakerja di bidang medikal

4) Pemulihan carakerja di bidang pediatrik (child psychiatry dan physical)

5) Pemulihan carakerja di bidang psychiatry

Rawatan pemulihan yang disediakan termasuk;

1) LATIHAN ACTIVITY OF DAILY LIVING (ADL) - Aktiviti pemulihan yang bertujuan untuk mengekalkan atau meningkatkan kefungsian klien dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian. Contoh; memakai pakaian, mandi, makan, minum, penjagaan diri dan sebagainya. 2 kategori ADL iaitu; BASIC ADL– Penjagaan diri sendiri dan INTRUMENTAL ADL – Care of others.

2) ADAPTASI DAN MODIFIKASI PERALATAN - Membuat adaptasi dan modifikasi ke atas alat-alat untuk meningkatkan kefungsian fizikal klien supaya dapat berdikari dalam aktiviti hariannya. Contoh; membesarkan tangkai sudu bagi klien yang tidak boleh menggenggam saiz normal tangkai sudu, membuat ‘palmar-pocket’ untuk menulis dan makan (feeding and writing aids), ‘dressing-aids’ dan sebagainya.

3) SENSORY TRAINING AND RE-EDUCATION - Teknik pemulihan yang bertujuan untuk mengembalikan kefungsian sensori klien dengan menggunakan kaedah ‘sensory-desensitization’, ‘sensory re-education’, ‘sensory stimulation’ dan ‘stereognosis training’.

4) EARLY INTERVENTION PROGRAMME (EIP) - Merupakan suatu teknik pemulihan yang dijalankan terhadap kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan milestone; dari segi fizikal dan kognitif. Menggabungkan konsep ransangan perkembangan (developmental stimulation), ‘multi-sensory stimulation’, fine & gross-motor training dan ‘play-therapy’.

5) MOTOR TRAINING - Kaedah perawatan yang mana bertujuan untuk mengembalikan kefungsian pergerakan anggota atas dan bawah berlandaskan teknik ‘hand function and dexterity training’, ‘fine-motor skills’, ‘normalization of muscles tone activity, ‘ROM training’, ‘gross-motor activities’ dan sebagainya.

6) REMEDIAL ACTIVITIES/DIVERSIONAL THERAPY - Merupakan aktiviti yang digunakan untuk tujuan latihan motor kasar dan halus.

7) BEHAVIORAL THERAPY - Terapi pemulihan yang memfokuskan kepada tingkahlaku klien. Kaedah pendekatan yang digunakan ialah teknik ‘Behaviour-Modification technique’, ‘Social-skill training’, ‘Relaxation-therapy’, ‘Neurobiofeedback-training’, ‘Cognitive-Remediation therapy’, ‘Cognitive-Behavioural therapy’, ‘Stress-Management technique’ dan sebagainya.

8) COGNITIVE AND PERCEPTUAL RE-TRAINING - Bertujuan membantu klien dalam masalah persepsi dan kognitif melalui teknik atau kaedah akvititi yang berterapeutik berdasarkan kepada permasalahan yang spesifik. Teknik yang digunakan bagi tujuan ini ialah seperti ‘basic concept training’, ‘concentration & attention training’, ‘memory re-training’, ‘Reality-Orientation’, ‘right-left discrimination’ dan sebagainya.

9) COMPRESSION THERAPY - Terapi yang berasaskan kepada konsep tekanan kepada suatu bahagian anggota atau badan bertujuan untuk mengelakkan bengkak (oedema) atau menghalang pembentukan keloid (hypertropic scarring). Teknik yang digunakan bagi pendekatan ini ialah ‘Scar-Management’, ‘Pressure-Garment’, ‘Anti-Embolism stocking regime’ dan kawalan oedema atau ‘Compression-Drainage’ untuk pesakit kanser.

10) PRESSURE GARMENT - Mengunakan bahan yang dikenali sebagai kain lycra. Memberikan tekanan yang lebih kuat dan profundus. Sesuai bagi kes kelecuran pada kulit. Selain itu, sesuai untuk di ubahsuai bagi kes pembedahan post kardiak (Cardiac Rehabilitation), untuk dijadikan ‘Chest-Hugger’ dan ‘lumbar-corset’ bagi kes kecederaan korda spina.

11) LASTOGRIP/ TUBIGRIP (STOCKING COMPRESSION) - Menggunakan sejenis kain yang elastik dan berbentuk tubular. Didatangkan dengan pelbagai saiz (saiz A – J) untuk dipakaikan kepada pesakit post-surgical procedure, oedema dan vena-vericose.

12) CREATIVE THERAPY - Kaedah pemulihan yang digunakan bagi merawat klien psikososial secara umum. Contoh; aktiviti seperti ‘Creative-Art’, ‘Music-therapy’, ‘Dance and Movement therapy’, ‘Drama-therapy’, ‘Origami’ dan sebagainya. Terapi kreatif lebih sesuai di implementasi kepada pesakit psikososial dan klien yang mempunyai masalah keyakinan diri, personaliti dan konflik dalaman.

13) SOCIAL SKILL RE-TRAINING - Penyaluran perkhidmatan pemulihan yang berkonsepkan penggalakkan klien melibatkan diri dalam integrasi sosial melalui pelbagai aktiviti secara berkumpulan. Contoh; ‘Psychodrama’, ‘Role-Play’, ‘Assertive-training’, ‘Self-mirror’, ‘Outing-activity’ secara berkumpulan dan sebagainya. Sesuai bagi klien yang mengalami masalah kognitif dan psikososial.

14) PENILAIAN DAN LATIHAN KERUSI RODA - Perkhidmatan pemulihan yang berkonsepkan mengenai pengetahuan serta penggunaan kerusi roda. Pendidikan mengenai jenis kerusi roda yang bersesuaian dengan seseorang klien, teknik maneuver yang betul serta langkah berjaga-jaga yang harus dititikberatkan. Juga memfokuskan terhadap latihan penggunaan kerusi roda serta melaksanakan adaptasi dan modifikasi terhadap kerusi roda yang asas.

15) SPLINTING / ORTHOTICS AND ORTHOSIS - Konsep pemulihan yang mengunakan bahan yang dikenali sebagai ‘Low-thermalthermoplastic splint’. Bertujuan untuk:

a) Membetulkan atau mengelakkan deformiti pada sendi tulang.

b) Melindungi otot yang lemah daripada ‘overstretching’.

c) Menguatkan otot yang lemah dengan bantuan pergerakan (assistive motion).

d) Memberikan sokongan.

e) Mengekalkan posisi tangan yang sesuai selepas kelecuran (burn), pembedahan atau post skin grafting. Contoh; CTE CTCV, kecedaraan saraf, tendon cut, kepatahan tulang (fracture), hemiparesis, paraplegia dan sebagainya.

f) Memberikan preskripsi ortotik dan ortosis yang bersesuaian dengan seseorang pesakit berdasarkan kepada keperluannya.

g) Contoh; preskripsi cervical collar bagi kes kecederaan saraf spina; dan preskripsi ortosis (anggota tiruan) bagi kes-kes amputasi anggota atas atau bawah.

16) RELAXATION - Konsep pemulihan yang mengaplikasikan teknik psikologikal bagi membantu klien mencari ketenangan dalaman. Membantu meningkatkan keyakinan dan sahsiah diri. Membantu klien meningkatkan kefungsian dalam aktiviti harian dan meningkatkan kualiti kehidupan. Contoh teknik yang selalu digunakan ialah ‘Bio-feedback’, ‘Deep-Breathing’, ‘Relaxation technique’, ‘Imaginary-Relaxation technique’, ‘Progressive-Muscular-Relaxation technique’, dan ‘Jacobsonian-method’.

17) CLIENT AND CAREGIVER EDUCATION - Bahagian ini memberi penekanan terhadap pendidikan kesihatan secara menyeluruh yang mana berkaitan dengan kondisi seseorang klien. Ini adalah termasuk juga pendidikan penjagaan pesakit semasa berada di hospital mahupun setelah di rumah.

18) PSYCHOLOGICAL SUPPORT - Merupakan sejenis kaedah yang digunakan untuk memberikan anjakan emosi yang lebih baik sekiranya terdapat permasalahan bagi penjagaan klien.

19) PLAY AND LEISURE (EXPLORATION AND RE-TRAINING) - Merupakan suatu pendekatan terhadap pemuliharaan atau eksplorasi terhadap aktiviti masa lapang dan pengisiannya. Perlaksanaannya adalah berdasarkan kepada hasil penilaian yang telah dijalankan (Interest checklist; Leisure Activity Checklist and Play/Leisure Activities Exploration). Intervensi pendekatan ini akan dilaksanakan melalui teknik ‘Therapeutic-play activities’; ‘indoor/outdoor-leisure activities’;etc.

20) WORK / VOCATIONAL RE-TRAINING - Return to Work Training – kaedah pemulihan yang mempunyai polisi atau bertujuan untuk memberikan manfaat kepada individu yang terdiri daripada:

a) Pekerja yang tercedera

b) Majikan

c) Institusi government seperti SOCSO yang membiayai dana ganti rugi.

Perkaitan antara RTW dan bidang rehabilitasi yang akan memberi manfaat kepada pelanggan:

a) Mencegah kehilangan kefungsian.

b) Memperlahankan kadar kehilangan kefungsian bagi sesetengah kes.

c) Peningkatan atau pengekalan kefungsian.

d) Gantirugi bagi kehilangan kefungsian.

e) Penyelenggaraan kefungsian sedia ada

21) WORLPLACE AND SCHOOL VISIT - Merupakan pendekatan yang digunakan membuat penilaian terhadap persekitaran asal/sebenar bagi klien iaitu samada tempat kerja / sekolah. Peranan yang dijalankan oleh Jurupulih Perubatan Carakerja ialah untuk memastikan klien mampu berdikari serta menjalani aktivitinya samada di tempat kerja/sekolah; iaitu dengan melaksanakan pengubahsuaian persekitaran termasuklah cadangan modifikasi dan alat bantuan serta mengutamakan aspek-aspek keselamatan.

22) PSYCHOSOCIAL REHABILITATION - Merupakan program pemulihan psikososial bersama ahli IDT/MDT yang lain. Berkonsepkan lawatan kerumah klien atau kedatangan klien secara berkala ke unit Pemulihan Carakerja untuk tujuan pemulihan.