|
Visi Hospital Tuaran ke arah Fasiliti Kesihatan Perubatan yang cemerlang.
Misi Menjadi hospital pakar minor yang berfungsi sebagai pusat rujukan dan rawatan kepada hospital lain.
Objektif Meningkatkan kualiti penjagaan dan rawatan melalui kemahiran dan pengetahuan terkini secara berterusan. Ia dilaksanakan melalui tindakan berikut :- 1) Menghantar anggota kesihatan menjalani latihan kemahiran setiap tahun. 2) Mengembangkan perkhidmatan kepakaran yang berterusan. 3) Memastikan pembangunan fasiliti dan infrastruktur dikaji semula setiap tahun sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.
|
|
Piagam Pelanggan Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti. Keutamaan akan kami berikan kepada Kes Kritikal dan Separa Kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut :- 1) Semua Kes Kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta-merta. 2) Semua Kes Separa Kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 30 minit. 3) Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dalam tempoh 90 minit masa menunggu. 4) Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak berumur dibawah 1 tahun, ibu hamil, warga emas, pesara Kerajaan, kakitangan awam, dan orang kelainan upaya (OKU). 5) Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit, perawatan dan kos rawatan. 6) Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin. 7) Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan. 8) Pengurusan Aduan Awam bagi kes Biasa diurus dan diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja.
|