Header HTRN

   
Logo Malaysia Madani Logo SMJ
Logo FB Logo Borang

 

VISI
Memberi perkhidmatan Optometri yang cemerlang ke arah penjagaan penglihatan dan kesihatan mata yang lebih baik.

 

 

MISI
Misi perkhidmatan Optometri Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk memberi penjagaan penglihatan dan kesihatan mata yang menyeluruh dan berkualiti tinggi kepada rakyat melalui :
1) Promotif
2) Pencegahan
3) Rawatan
4) Pemulihan dan rehabilitasi

 

 

OBJEKTIF
Untuk membantu seseorang individu supaya mencapai dan menggalakkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalani kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan bercorak penggalak (promotif), pencegahan (preventive), rawatan (curatif) dan pemulihan (rehabilitation) yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi rawatan kepada golongan yang kurang bernasib baik.PENGENALAN

UDS Hospital Tuaran dibahagikan kepada 5 ruang iaitu ruang penerimaan bahan mentah, ruang penyimpanan makanan kering (stor makanan dan stor peralatan) serta penyimpanan sejuk, ruang pra-penyediaan bahan mentah (sayur-sayuran dan buah-buahan, ikan dan ayam), ruang memasak, ruang penghidangan makanan (central plating) dan ruang serbaguna untuk urusan dokumentasi. UDS juga dilengkapi dengan satu bilik Pegawai Dietetik, 1 bilik Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, sebuah bilik rehat staf, sebuah pantri dan dua tandas. Mengikut perjawatan, UDS diketuai oleh seorang Pegawai Dietetik U41, dibantu oleh Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (PPPM) C29 dan lima orang Pembantu Penyediaan Makanan (PePM) N19 (tetap) serta Pembantu Penyediaan Makanan N19 (MySTEP). UDS Hospital Tuaran telah mendapat pengiktirafan PENSIJILAN GMP, HACCP, MeSTI dan Halal.

 

 

VISI

Unit Dietetik dan Sajian akan menjadi pusat yang menyediakan Perkhidmatan dietetik dan Perkhidmatan Sajian yang berkualiti dan komprehensif, latihan dan penyelidikan yang dikendalikan oleh anggota yang proffesional, cekap dan penyayang dengan menekankan kemuliaan insan selaras dengan visi dan misi Hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

 

MISI

Unit Dietetik dan Sajian berusaha untuk:

1) Perkhidmatan Sajian

a) Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.

b) Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

2) Perkhidmatan Dietetik

a) Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan “evidence-based” di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.

b) Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

 

 

OBJEKTIF

1) Objektif Umum:

Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

2) Objektif Khusus:

a) Untuk memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan wad bagi kelas tiga dan wad kanak-kanak.

b) Untuk memastikan diet kelas tiga dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan, mengikut kelayakan.

c) Untuk memastikan khidmat ”Medical Nutrition Therapy” (termasuk kaunseling pemakanan dan nutrition support) diberikan kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor.

d) Untuk memberi latihan praktikal katering dan dietetik kepada pelatih dari Institusi Pendidikan Tinggi.

e) Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/ dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.