Header HTRN

   
Logo Malaysia Madani Logo SMJ
Logo FB Logo Borang

 

FUNGSI JKK

Mewujudkan kaedah dan sistem kerja :

1) Membantu majikan dalam mewujudkan kaedah-kaedah atau sistem kerja bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja.

2) Mengkaji :-

a) Mengkaji semula keberkesanan program-program keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

b) Menjalankan kajian tren kemalangan di tempat kerja, kemalangan nyaris dan penyakit pekerjaan. Melaporkan hasil kajian kepada majikan (contoh : amalan tidak sihat, persekitaran tidak selamat) dan mencadangkan langkah penambahbaikan.

c) Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Mencadangkan kepada majikan sekiranya dasar perlu disemak.

3) Menjalankan pemeriksaan tempat kerja :-

a) Memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali untuk memastikan tiada perkara yang boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan dan kesihatan pekerja serta merekodnya.

b) Membincangkan dengan seberapa segera hasil pemeriksaan dengan JKK sekiranya terdapat perkara-perkara di tempat kerja yang boleh mendatangkan implikasi keselamatan dan kesihatan kepada pekerja.

- Mencadangkan kepada majikan langkah pemulihan yang perlu diambil.

- Menilai keberkesanan langkah-langkah yang telah diambil.

4) Menyiasat perkara yang tidak selamat :-

a) Sebarang perkara yang dikenalpasti oleh anggota JKK sebagai tidak selamat atau mendatangkan risiko kepada kesihatan.

b) Sebarang aspek keselamatan dan kesihatan yang telah dibawa kepada perhatian majikan.

c) Membincangkan dan menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti semasa siasatan. Sekiranya tidak mampu menyelesaikan, boleh memohon pihak DOSH untuk menjalankan pemeriksaan.

d) Merekodkan masalah yang dikenalpasti yang dibincangkan dan cadangan yang diajukan dalam bentuk laporan dan menyimpan rekod / laporan dengan baik serta sistematik.

e) Majikan atau pengurusnya hendaklah memberitahu Pengerusi atau Setiausaha JKK sekiranya berlaku kemalangan / kemalangan nyaris / kejadian berbahaya di tempat kerja, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan dengan seberapa segera. JKK perlu melakukan pemeriksaan dan bermesyuarat untuk menyiasat perkara tersebut. Penyebab atau punca kemalangan / penyakit / keracunan perlu dikenalpasti. Cadangan perlu dikemukakan kepada majikan bagi mencegah berulangnya kejadian serupa.

5) Menyiasat aduan :-

a) Menyediakan saluran aduan yang sesuai untuk kakitangan mengadu masalah berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

b) Menyiasat aduan yang diterima oleh majikan sekiranya pekerja mengadu kepada JKK atau di atas arahan majikan dan mencadangkan langkah yang sesuai bagi menghapuskan atau mengurangkan risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

c) Menyediakan laporan siasatan aduan dan cadangan. Laporan tersebut perlulah diserahkan kepada majikan / Pengarah Hospital untuk tindakan selanjutnya dan disimpan dengan baik.

d) Menyiasat dan menyelesaikan aduan pekerja sekiranya tidak bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh majikan berkenaan aduan tersebut.

e) Namun ini memerlukan permohonan daripada Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) terlebih dahulu. Seterusnya JKK perlu mengemukakan kepada Ketua Pengarah :-

- Laporan pemeriksaan dan penyiasatan.

- Cadangan kepada majikan.

- Dokumen-dokumen yang berkaitan.

6) Membantu dalam aktiviti promosi keselamatan dan kesihatan :-

a) Membantu majikan dalam menjalankan sebarang kegiatan menggalakkan keselamatan dan kesihatan pekerja.