Header HTRN

   
Logo Malaysia Madani Logo SMJ
Logo FB Logo Borang

 

 

Pengenalan

Unit Penolong Pegawai Perubatan (PPP) terletak di Unit Pengurusan Hospital iaitu bersebelahan dengan Unit Kejururawatan. Ia mula diwujudkan pada tahun 2013 dan diketuai oleh seorang Ketua Penyelia PPP gred U42 yang dibantu oleh seorang penyelia PPP gred U36. Sebelum ini, unit ini hanya diketuai oleh seorang PPP Kanan gred U32 yang juga mengambil peranan menjaga Jabatan Pesakit Luar. Selain menjaga kebajikan PPP, dia juga berperanan membantu tugas-tugas Pengarah Hospital terutama dalam aspek penjagaan fasiliti dan aset, pembangunan, aktiviti-aktiviti hospital dan aktiviti luar hospital seperti kem perubatan dan hubungan di antara agensi kerajaan dan NGO di daerah Tuaran. Pada masa ini Unit PPP telah diberi kepercayaan untuk mengurus tadbir Jabatan Pesakit Luar, Unit Kecemasan & Trauma, Unit Dewan Bedah, Unit Hemodialisis, Unit Forensik, Unit Pemandu Kenderaan (PK) dan Unit Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). Selain itu, peranan unit ini juga berkembang meliputi peranan dalam aspek keselamatan kebakaran, pengurusan bencana, kawalan perbelanjaan hospital, pembangunan dan penyeliaan tugas-tugas syarikat konsesi.




Visi

Semua warga Penolong Pegawai Perubatan sentiasa kompeten, relevan dan profesional.




Misi

1) Merealisasikan Visi Unit Penolong Pegawai Perubatan dengan memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang efektif dan efisien sejajar dengan teknologi terkini berfokuskan kepada pelanggan serta berkonsepkan motto “Cekap & Profesional”.
2) Mengutamakan pembelajaran berterusan dan memperkasa mudaya mendokumentasi serta berdisiplin bagi melahirkan warga Penolong Pegawai Perubatan yang berpengetahuan serta berkemahiran tinggi.
3) Mewajibkan penglibatan dalam bidang kajian dan penyelidikan bagi memantapkan Profesion Penolong Pegawai Perubatan.
4) Memperkukuh kerjasama dengan semua warga KKM dalam menjayakan sistem perkhidmatan kesihatan selaras dengan wawasan KKM.




Objektif

Memastikan semua Penolong Pegawai Perubatan berkeupayaan dalam memberi perkhidmatan kesihatan yang holistik dan dinamik mengikut piawaian amalan yang ditetapkan.









 

Skop Perkhidmatan

1) Pengurusan Sumber Manusia
a) Menyediakan dan mengemaskini pengkalan data perjawatan PPP, PPK dan PK di Hospital Tuaran.
b) Permohonan perjawatan baru melalui perancangan Anggaran Belanja Mengurus pada setiap tahun.
c) Menguruskan pengagihan jawatan dan penempatan semula PPP, PPK dan PK.
d) Menguruskan tindakan tatatertib bagi PPP, PPK dan PK yang bermasalah.
2) Pentadbiran
a) Mesyuarat Unit PPP iaitu 4 kali setahun
b) Memohon dan menguruskan peruntukan kewangan untuk latihan/pembangunan modal insan
c) Membantu dalam perolehan dan pengurusan aset
3) Penyeliaan Klinikal di semua unit di bawah seliaan dengan memastikan anggota di bawah jagaan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam aspek dokumentasi klinikal, kawalan infeksi, audit klinikal dan keselamatan pesakit
4) Menyelaras bersama Unit Kecemasan & Trauma untuk perkhidmatan ambulans dan kenderaan jabatan
a) Perkhidmatan pra-hospital
b) Intrafasiliti dan interfasiliti
c) Pasukan perlindungan perubatan
d) Urusan rasmi pegawai hospital
5) Pematuhan akta dan peraturan
a) Akta 180, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977
b) Peraturan-peraturan yang ditetapkan di peringkat hospital
c) Kod etika Pembantu Perubatan
d) Menyelaras pematuhan senarai tugas PPP, PPK dan Pemandu yang telah diluluskan mengikut bidang kerja masing-masing
6) Pemantauan pengurusan latihan oleh unit-unit di bawah jagaan
a) Orientasi PPP, PPK dan PK yang baru
b) Perancangan latihan bagi anggota
c) Penyelarasan latihan yang dihadiri oleh anggota
d) Penyediaan laporan yang dihadiri oleh anggota
e) Pengurusan Buku Log Latihan dan MyCPD
7) Menyelaras penyelidikan yang dilakukan oleh PPP
8) Pengurusan bencana
a) Sebagai Fire Safety Office (FSO) Hospital dan menyelaras Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran
b) Penyelaras Klinikal bagi Ahli Jawatankuasa Induk Bencana Hospital
c) Ahli Jawatankuasa bagi Ahli Jawatankuasa Bencana Daerah Tuaran
9) Pegawai Penghubung dengan Perkhidmatan Sokongan Hospital (HSS), NGO, lain-lain hospital, Jabatan Kesihatan Negeri, orang awam dan lain-lain jabatan/unit dalam hospital
10) Membantu hospital dalam program dan aktiviti kualiti seperti :-
a) Akreditasi
b) MS ISO
c) KPI/HPIA
d) Jawatankuasa Credentialing & Privileging
e) Pain free
f) Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
g) Lean Healthcare
h) Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
i) Hospital Bebas Sampah
j) Taman Terapeutik
k) Lawatan-lawatan rasmi Menteri / Pegawai-pegawai kanan kerajaan