|
Pengenalan Unit Hemodialisis Hospital Tuaran mula beroperasi sejak 10 September 2012. Unit ini menyediakan perkhidmatan utama rawatan hemodialisis dengan 16 kapasiti water point. Unit ini terletak di bahagian Fasa 1 Hospital Tuaran.
Visi Menyediakan perkhidmatan rawatan dialisis kronik yang efektif dan selamat.
Misi Memberikan perkhidmatan rawatan dialisis kronik dan khidmat nasihat yang komprehensif berkaitan penjagaan dialisis kepada semua pesakit yang diterima masuk dalam program rawatan hemodialisis.
Objektif 1) Memastikan pesakit hemodialisis menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu. 2) Memastikan pesakit di saring melalui ujian makmal setiap 3 bulan bagi tujuan rawatan lanjut.
|
|
Piagam Pelanggan 1) Memastikan pelanggan diberikan rawatan hemodialisis selama 4 jam setiap sesi kecuali jika ada masalah atau gangguan perkhidmatan. 2) Memberi pendidikan kesihatan untuk meningkatkan tahap pengetahuan.
Skop Perkhidmatan 1) Mendaftar pesakit di dalam buku kemasukan, buku daftar PER-PL-101(Pind.1/2003). Rawatan harian dimasukkan di dalam sistem online SMRP. 2) Menyediakan mesin hemodialysis dan memastikan test lulus. 3) Menyediakan peralatan rawatan iaitu dialyzer, blood line, drip set, iv normal saline, syringe dan ubat-ubatan lengkap dan mencukupi untuk proses rawatan. 4) Memastikan semua peralatan berfungsi dan selamat untuk digunakan melalui pemeriksaan harian dan PPM yang mengikut jadual. 5) Melakukan proses rawatan pesakit iaitu priming, canulation, initiation dan termination. 6) Melakukan pemerhatian tanda-tanda vital setiap jam iaitu tekanan darah, nadi dan pain score, serta keadaan pesakit sepanjang proses rawatan hemodialysis. 7) Merujuk pesakit kepada pegawai perubatan jika berlaku sebarang komplikasi seperti tekanan darah rendah semasa proses rawatan hemodialisis. 8) Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit setiap bulan dan pendidikan kesihatan mengenai diet pesakit dari Unit Dietetik dan Sajian setiap dua bulan. 9) Mengambil sample darah empat kali setahun sebagai rutin pemantauan tahap kesihatan pesakit menggunakan borang patologi PER-PAT 301. Senarai ujian darah adalah seperti dalam lampiran 1. 10) Mengemaskini dan menghantar laporan tahunan kepada National Renal Registry (NNR). Setiap penerimaan pesakit dan outcome notification dilaporkan dalam tempoh satu bulan.
|