VISI
Memberi perkhidmatan Optometri yang cemerlang ke arah penjagaan penglihatan dan kesihatan mata yang lebih baik.
MISI
Misi perkhidmatan Optometri Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk memberi penjagaan penglihatan dan kesihatan mata yang menyeluruh dan berkualiti tinggi kepada rakyat melalui :
1) Promotif
2) Pencegahan
3) Rawatan
4) Pemulihan dan rehabilitasi
OBJEKTIF
Untuk membantu seseorang individu supaya mencapai dan menggalakkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalani kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan bercorak penggalak (promotif), pencegahan (preventive), rawatan (curatif) dan pemulihan (rehabilitation) yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi rawatan kepada golongan yang kurang bernasib baik.


