Header HTRN

   
Logo Malaysia Madani Logo SMJ
Logo FB Logo Borang

 

JPL

Pengenalan

Jabatan Pesakit Luar (JPL) mempunyai keluasan 1740.10 m2. Telah mula beroperasi pada Mac 2007. Hospital ini memberikan perkhidmatan kepada penduduk Daerah Tuaran dalam anggaran seramai seratus tiga puluh ribu (130,000) orang. (Anggaran pada tahun 2019).

Skop perkhidmatan yang JPL sediakan adalah seperti berikut :-

1) Pendaftaran Pesakit Luar
2) Saringan Tanda Vital
3) Konsultasi (pemeriksaan, diagnosa dan rawatan)
4) Kaunter Temujanji dan Pemantauan Tekanan Darah Harian
5) Rawatan Dan Prosedur Kecil
6) Pemeriksaan Kesihatan
7) Klinik Diabetes
8) Klinik INR
9) Perkhidmatan Klinik Green Zone
10) Rawatan Harian Thallasemia
11) Lawatan pakar
12) Pakar perubatan
13) Bilik pengambilan darah (Phlebotomi)
14) Optometri

 

Visi

Hospital Tuaran ke arah Fasiliti Perubatan yang Cemerlang




Misi

1) Hospital Tuaran akan berusaha meningkatkan :-
a) Keupayaan perawatan dengan khidmat pakar.
b) Kualiti perkhidmatan melalui teknologi terkini dan inovatif.
c) Pembangunan infrastruktur yang kondusif dan mesra pelanggan.
2) Menjadi Hospital Sokongan kepada Hospital Pakar Major




Objektif

1) Mengamalkan budaya kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisme.
2) Meningkatkan kualiti penjagaan dan rawatan melalui kemahiran dan pengetahuan terkini secara berterusan.




Piagam Pelanggan

1) Setiap pelanggan adalah dilayan dengan baik, mesra bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
2) Setiap pelanggan diberi jaminan privasi dan kerahsiaan terjaga.
3) Setiap pelanggan diberikan perkhidmatan dengan sebaiknya secara professional.
4) Setiap pelanggan disediakan kemudahan dan persekitaran yang selesa, bersih dan selamat.
5) Setiap pelanggan diberikan perkhidmatan mengikut giliran.
6) Proses pendaftaran dilakukan dalam tempoh 5 hingga 15 minit.