Header HTRN

   
Logo Malaysia Madani Logo SMJ
Logo FB Logo Borang

 

PENGENALAN

Wad Lelaki atau dikenali Kenanga 2B terletak di aras dua berhadapan dengan Unit Tabung Darah, makmal dan Unit Kawalan Infeksi. Wad Lelaki juga bersebelahan dengan Wad Perempuan atau dikenali Wad Kenanga 2A dan Wad Paediatrik. Wad Lelaki mempunyai 20 buah katil pesakit temasuk 2 buah katil isolation.

 

 

VISI

Setiap pesakit sentiasa mendapat perkhidmatan yang berkualiti dan semua anggota melibatkan diri dalam penjagaan kesihatan ke arah pembentukan masyarakat sejahtera.

 

 

MISI

Merealisasikan visi wad melalui pelbagai jenis perkhidmatan perubatan yang berorientasikan pesakit dan warga kerja yang mengamalkan budaya kerja Berpasukan, Penyayang dan Profesionalisme.

 

 

OBJEKTIF

Memastikan kesesuaian, kecekapan dan perawatan yang berkualiti dengan penekanan kepada pendidikan dan promosi kesihatan untuk rawatan berterusan supaya dapat mengekalkan atau menjalankan cara hidup yang sihat.

 

 

PIAGAM PELANGGAN

1) Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, bertimbang rasa, sopan, jujur dan ikhlas.

2) Selepas tiba di wad pesakit dan keluarga akan diberikan maklumbalas sewajarnya mengenai peraturan kemasukan di wad.

3) Setiap pesakit akan ditempatkan di katildalam masa 15 minit.

4) Setiap pesakit akan diperiksa oleh pegawai perubatan dalam masa 45 minit.

5) Setiap pesakit akan di beri jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa rawatan, segala maklumat mengenai penyakit dan perawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.

6) Setiap pesakit akan diberi penerangan yan jelas mengenai prosesdan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan lain.

 

 

SKOP PERKHIDMATAN

1) Fungsi utama adalah memberi keperluan penilaian diagnosa rawatan jagaan perawatan dan rehabilitasi pesakit lelaki yang berumur 12 tahu dan ke atas.

2) Menyediakan perawatan pesakit multidisiplin merangkumi kes medical, surgical, orthopaedik dan penyakit berjangkit.

3) Perkhidmatan beroperasi 24 jam sehari.

4) Menyediakan anggota berpengetahuan sebagai pengiring pesakit untuk perkhidmatan ambulan bagi kes yang dirujuk ke hospital lain.

5) Memberi pendidikan dan promosi kesihatan melalui ceramah kesihatan, risalah dan sebagainya semasa pesakit di wad sebelum discaj.