PENGENALAN
Perkhidmatan unit Rekod Perubatan merupakan elemen penting dalam sistem pengurusan maklumat kesihatan. Ianya merupakan platform bagi perkembangan informasi perawatan dan perkhidmatan yang disalurkan kepada pesakit. Polisi ini disediakan khusus untuk kegunaan Unit Rekod Perubatan Hospital Tuaran. Polisi ini akan digunapakai dalam operasi harian untuk memastikan pemberian perkhidmatan yang berkesan kepada pelanggan. Secara umumnya Ketua Unit Rekod Perubatan adalah tanggungjawab untuk memastikan polisi ini dipatuhi sepenuhnya.
VISI
Kearah mewujudkan satu sistem pengurusan maklumat kesihatan yang berkesan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.
MISI
Menyediakan perkhidmatan Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan / Health Information Management Sistem (SMPK/HIMS) dan pengurusan Rekod Perubatan Pesakit (RPP) yang efisien melalui amalan profesionalisma, kerja berpasukan dan mesra pelanggan melalui keberkesanan aplikasi teknologi maklumat untuk memenuhi kehendak pelanggan.
OBJEKTIF
Bertanggungjawab dalam Pengurusan Rekod Perubatan yang berkesan melalui:
1) Pengurusan laporan perubatan biasa disediakan dalam tempoh masa 14 hari (masa bekerja) selepas membuat pembayaran yang telah ditetapkan.
2) Pengurusan laporan perubatan yang melibatkan kes “medico-legal” boleh diperolehi dalam tempoh masa 30 hari,
3) Pelaksanaan Pelupusan Rekod Perubatan secara sistematik dan berkesan sekurang-kurangnya sekali setahun,
4) Perlaksanaan Audit Rekod Perubatan 2 tahun sekali dengan jumlah pensampelan 3% dari jumlah discaj pesakit dalam,
5) Perlaksanaan Audit Dokumentasi Klinikal dan ketepatan kod klasifikasi sekali setahun,
6) Memberi kod kepada penyakit dan prosedur yang dijalankan ke atas pesakit. Pengkodan klinikal memerlukan kemahiran dalam terminologi perubatan, anatomi dan fisiologi perubatan untuk kefahaman semasa memberikan kod yang betul dan tepat. Ketepatan dalam kod yang diberikan oleh pengkodan adalah fakta kesihatan penting terhadap “morbidity dan mortality” dalam pembangunan, perancangan, pengawalan serta pencegahan yang digunapakai oleh pihak pengurusan tertinggi.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1) BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KUALITI
Merupakan Setiausaha kepada Ketua Unit dan Pencatit Minit bagi mana-mana mesyuarat yang berkaitan dengan unit. Bertanggungjawab dalam aspek:
a) Pengurusan Unit Rekod Perubatan
b) Pemantauan objektif kualiti unit
c) Pengurusan kakitangan Unit Rekod Perubatan
2) BAHAGIAN PENGURUSAN REKOD PERUBATAN PESAKIT
Menguruskan perkhidmatan Rekod Perubatan pesakit dengan teratur, efisyen dan kemaskini dari segi:
a) Penyimpanan
b) Pengesanan
c) Peminjaman
d) Pemuliharaan
e) Arkib
f) Pelupusan
3) BAHAGIAN PENGURUSAN STATISTIK DAN MAKLUMAT KESIHATAN
Menguruskan pengurusan maklumat dan statistik kesihatan dengan menyediakan penyata perangkaan hospital yang tepat berdasarkan tugasan:
a) Mengekod penyakit berdasarkan Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD10 Rev.)
b) Penyediaan laporan statistik berkala bagi Pesakit luar, Pesakit Dalam, Laporan kluster, Rawatan harian dan yang berkaitan
c) Pengurusan data MyDRG (Casemix) dan MyHDW
4) BAHAGIAN LAPORAN PERUBATAN, MEDICO-LEGAL DAN LEMBAGA PERUBATAN
Menguruskan pemprosesan laporan perubatan dan lembaga perubatan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 2 hingga 4 minggu:
a) Memproses permohonan laporan perubatan biasa, laporan insurans, laporan perubatan kes polis dan lain-lain laporan perubatan yang berkaitan.
b) Memproses dan membentuk ahli jawatankuasa permohonan lembaga perubatan.
c) Mengendalikan sepina mahkamah dan ‘writ of summon’.
5) PENGURUSAN STATISTIK CASEMIX
a) Sistem casemix merupakan satu sistem yang diperkenalkan oleh Bahagian Perkembangan Informatik Kesihatan (PIK), KKM.
b) Penggunaan sistem ini diwajibkan kepada hospital yang telah dinaik taraf kepada hospital kluster. (Hospital kluster kota kinabalu).
c) Unit Rekod Perubatan Hospital Tuaran telah dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini data-data pesakit dalam bagi sistem casemix. Seiring dengan status hospital Tuaran sebagai hospital kluster Kota Kinabalu.
PIAGAM PELANGGAN
1) Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat dan bersopan-santun.
2) Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan, disimpan dengan selamat dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya, tertakluk kepada undang-undang.
3) Setiap pelanggan boleh mendapatkan laporan perubatan biasa dalam tempoh masa 14 hari (masa bekerja) selepas membuat pembayaran yang telah ditetapkan.
4) Setiap laporan perubatan yang melibatkan kes “medico-legal” boleh diperolehi dalam tempoh masa 30 hari.


