Header HTRN

   
Logo Malaysia Madani Logo SMJ
Logo FB Logo Borang

 

 

Visi

Menuju ke arah sebuah unit latihan yang signifikan dan holistik bagi memacu pembangunan prestasi dan kemahiran semua anggota Hospital Tuaran.




Misi

1) Menyediakan peluang latihan yang terancang bersesuaian dengan kepentingan jabatan secara adil dan telus.
2) Untuk menjadikan tenaga kerja Hospital Tuaran berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam menuju kecemerlangan dalam perkhidmatan melalui latihan yang disediakan.
3) Memastikan Hospital Tuaran merupakan tempat latihan yang kondusif.




Objektif

Membantu dan memudah cara anggota Hospital Tuaran dalam urusan berkaitan latihan serta memantau agar semua anggota hospital memperolehi peluang-peluang mengikuti latihan / bengkel / konferens samada di peringkat dalaman / dalam negara / luar negara dalam usaha mempertingkatkan kemahiran dan kompetensi diri dan organisasi.







 

Piagam Pelanggan

1) Memastikan sekurang-kurangnya semua pegawai bukan klinikal mencapai 40 jam kredit latihan.
2) Memastikan sekurang-kurangnya semua pegawai klinikal mencapai minimum mata MyCPD mengikut skim perkhidmatan masing-masing.
3) Memastikan sekurang-kurangnya 90% kakitangan hospital baharu menghadiri program orientasi dalam tempoh 3 bulan selepas penempatan mereka di unit atau jabatan di hospital.




Skop Perkhidmatan

1) Unit Latihan bertanggungjawab merancang dan mengurus latihan semua kakitangan yang merangkumi latihan dalaman, latihan luaran, latihan sangkutan, latihan jangka pendek, mahupun latihan jangka panjang.
2) Unit ini memantau prestasi menghadiri latihan kakitangan dengan memastikan 90% daripada kakitangan mencapai 7 hari berkursus setahun bagi kakitangan bukan klinikal ataupun 40 markah CPD setahun bagi kakitangan klinikal.
3) Mekanisme dan pendekatan yang bersesuaian perlu diambil oleh unit ini bagi memastikan kakitangan mencapai kehadiran berkursus seperti yang ditetapkan. Langkah-langkah yang diambil adalah membuat analisa, menyediakan latihan dalaman yang bersesuaian, serta menghantar surat peringatan mesra kepada kakitangan dan Ketua Unit berkenaan.
4) Unit ini juga bertanggungjawab mengeluarkan semua jenis sijil sama ada sijil penghargaan mahupun sijil penyertaan.
5) Unit Latihan turut bertanggungjawab mengurus dan memantau pengendalian dan penjagaan Bilik Seminar dengan memastikan jadual penggunaan sentiasa kemaskini, serta kebersihan dan keselamatan peralatan dan ruang sentiasa terjaga.